Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
Pemikiran Kritis
Definisi
 

Matlamat
Asasnya, Pemikiran Kritis menjadikan kita lebih terbuka dalam menerima sesuatu, di samping cuba mempertimbangkannya semula, menganalisa secara kritis dengan mengambil kira pelbagai sudut. Ia juga memungkinkan pencernaan beberapa idea dan konsep baru.

    Ilmu Pemikiran Kritis juga membolehkan selain menganalisa hujah (hujah yang kuat atau lemah, teori berguna atau menyangkalnya), kita juga berupaya berhujah dengan berkesan sekali. Hakikatnya ia mampu membuatkan kita berhujah dengan baik atau menganalisa hujah dengan lengkap.

    Pemikiran Kritis menjadikan kita lebih kritis dan peka dalam mengkaji sesebuah hujah ataupun penyataan yang dikeluarkan secara pengucapan ataupun penulisan. Ia dapat menyedarkan kita bahawa sesebuah penyataan itu tidak semestinya benar walaupun konteks struktur penyataannya adalah betul.

    Pemikiran kritis juga mampu membuka minda kita agar lebih menerima berbanding terus menolaknya secara falasi kejahilan. Kita akan lebih berkeyakinan dalam menangani permasalahan serta jelas dalam melihat sesuatu fenomena.

    Secara kesimpulannya, pemikiran kritis adalah sebuah kemahiran hidup yang amat penting. Ia padsa dasarnya mampu membantu kita di dalam;

    *Berhujah secara berkesan (iaini jelas dan tepat)
    *Menganalisa hujah secara kritis dan lengkap (sama ada dalam artikal atau interpersonal
      komunikasi)
    *Memungkinkan kita untuk berfikiran positif dan inovatif serta terbuka (open minded)
Teori
 

Fenomena Pemikiran Kritis

Beberapa Konsep Asas

Hujah Deduktif
Sesebuah hujah itu dianggap sebagai hujah deduktif berasaskan pertalian antara premis-premis dengan kesimpulannya (premis mengimplikasi kesimpulan). Umumnya, ia ditanggap, spesifikasi kepada general (dominan - jika terdapat 'kalau').   Dengan kata lain sesebuah hujah deduktif yang sah, premis-premis hujah itu mengimplikasikan kesimpulannya.

    Berikut adalah contohnya;
      Semua orang di dalam kelas A tahu tentang Pemikiran Kritis (premis1)
      Shah berada di dalam kelas A (premis2)
      Jadi, Shah tahu tentang Pemikiran Kritis (Kesimpulan)
      Contoh ini menunjukkan premis-premisnya mengimplikasi kesimpulan.
Hujah Induktif
Hujah ini pula, kesimpulannya mempunyai maksud yang lebih luas dari  premis-premisnya. Jadi, maksud kesimpulan melebihi maksud premis-premis. General kepada spesifikasi (yang bukan universal sebenar 'sebahagian besar', 'kebanyakan', atau 'sehingga kini').Ini bermakna kesimpulannya boleh jadi tidak benar (mampu menjadi benar atau tidak benar) walaupun premis-premisnya adalah tidak benar.
    Berikut adalah contohnya;
      90% daripada penduduk Malaysia tidak tahu tentang adanya ilmu Pemikiran Kritis(premis1)
      Budin adalah penduduk Malaysia (premis2)
      Jadi, Budin tahu tentang Pemikiran Kritis (kesimpulan)
      Contoh ini, kesimpulannya melebihi premis-premisnya. Iaitu setiap kesimpulan menyebut sesuatu sesuatu ayng tidak terdapat di dalam premis-premis hujah.
Penyataan
Suatu ayat atau sebahagian dari suatu ayat yang benar atau tidak benar, ataupun ia adalah suatu ayat yang boleh dibuktikan sebagai benar atau tidak benar. Walau bagaimanapun dia bukan suatu ayat seruan, soalan, dan suruhan.
    Berikut adalah contohnya;
      Badrul adalah seorang yang bijak
      Ia adalah ayat penyata
Permis
Merupakan sebab-sebab yang diberi untuk menyokong kesimpulan sesuatu hujah
 

Hujah
Bergantung pada ayat atau penyataan yang boleh menjadi benar dan juga tidak benar. Satu unit hujah boleh membayangi penyataan yang keseterusnya pula secara logik.

    Berikut adalah contoh;
      Kalau Saiful itu seorang yang jujur, maka  Saiful adalah seorang budiman (dan) Saiful bukanlah seorang budiman.
      Menerusi dari hujah di atas, kita boleh mendapat penyataan yang ketiga secara logik daripada penyataan petama dan kedua. Maka, apabila saya menegaskan bahawa"kalau Saiful itu seorang yang jujur, maka  Saiful adalah seorang budiman (dan) Saiful bukanlah seorang budiman." Sebenarnya saya berharap pendengar tahu dan menyedari bahawa "Jadi, Saiful bukanlah seorang yang jujur".
Ayat Seruan, Suruhan, dan Soalan
Ia bukan ayat penyata kerana ia tidak boleh menjadi benar ataupun tidak benar.
    Berikut adalah contohnya;
      Jangan nak merapu!
       
        atau
      Kenapa panas?
       
        atau
      Pehhh!!!
Ayat Nilai
Menunjukkan nilai seseorang, pilihan, perasaan, dan kepercayaan.
    Berikut adalah contohnya;
      Sedap!
Kesimpulan
Penyataan yang diperolehi secara logic dari permis-permis yang merupakan akibat di dalam unit hujah.
 

Valid
Bergantung pada pertalian kesimpulan dan permis (berkaedah betul)
 

Benar
Bergantung pada sifat dan fungsi ayat. Ada kaitan dengan kesahan fakta. Ia digunakan untuk menunjukkan penyatan atau ayat sahaja, yang selaras dengan fakta. Setiap penyataan yang tidak selaras dengan fakta adalah tidak benar.

    Contohnya berikut;
      Malaysia adalah sebuah negara eropah (tidak benar)
       
        atau
      Malaysia terletak di asia (benar)
Betul
Bergantung kepada kaedah hujah dan tiada kaitan dengan fakta. Ia hanya menunjukkan struktur kaedah hujah sahaja. Sesuatu hujah yang boleh diterima daripada segi kaedah dianggap sebagai hujah yang berkaedah betul. Hujah yang salah dari segi kaedah adalah hujah yang tidak berkaedah betul. Jadi kesimpulan dan premis di dalam sesuatu  hujah boleh merupakan penyataan yang benar ataupun tidak benar.
    Contohnya berikut;
      Semua kucing adalah karya seni (tidak benar)
      Semua karya seni adalah binatang (tidak benar)
      Semua kucing adalah binatang (tidak benar)
      Penyataan di atas adalah berkaedah betul walau pun ianya tidak benar
       
        atau
      Semua tikus adalah mamalia (benar)
      Semua tikus adalah binatang (benar)
      Jadi semua mamalia adalah binatang (benar)
      Penyataan di atas adalah benar tetapi tidak berkaedah betul
Kemungkinan (possibility)

Kemungkinan Logik
Menurut kamus falsafah (A. R. Lacey)
" ... is anything not self-contradictory, but a real possibility may be either simply a physical possibility or something having at least some probability that it will occur"

    Sesuatu yang boleh wujud dan juga tidak wujud, dan tidak bertentangan dengan prinsip-prinsip logik (consistency) dan tidak berubah. Pada dasarnya ia adalah semua yang mampu digambarkan oleh fikiran.

Kemungkinan Epistemik (epistemic possibility & necessity)
Menurut kamus falsafah (A. R. Lacey)
" ... are relative to what we, or some given set of people, know, or to what we believe. Something possible given what we know may not be possible given everything that is the case, and something necessary given everything that is the case may not be necessary given only what we know"

    Sesuatu yang boleh wujud selaras dengan pengetahuan dan kepercayaan serta dianggap benar (norma). Walau bagaimanapun ia bukan tuntas dan boleh berubah mengikut masa dan boleh menjadi tidak benar kerana tidak selari dengan fakta (apabila telah ditemui kebenaran yang asli).

Kemungkinan Empirikal (empirical possibility)
Selari dengan hukum alam dan sesetengahnya telah diketahui, dan ada juga yang belum diketahui, menjadi rahsia alam.
 

Kemungkinan Logik dan Kemungkinan Fizikal
Walaupun kita jarang membezakan antara kemungkinan logik (logical possibility) dengan kemungkinan fizikal (physical possibility), perbezaan ini adalah penting dalam bidang logik sendiri. Kebanyakan fenomena ataupun peristiwa yang dianggap tidak mungkin berlaku (impossible) dalam dunia fizikal, boleh dianggap sebagai suatu kemungkinan ( a possibility) dalam bidang logik. Jikalau sesuatu penyataan itu menunjukkan sesuatu yang tidak mungkin berlaku atau menjadi benar dari segi logik, ia selalunya akan mengandungi unsur-unsur yang bertentangan sesama sendiri (self-contradiction), ataupun ia akan menunjukkan sesuatu yang tidak konsisten (inconsistency).

    Penyataan-Penyataan di bawah bukan sahaja tidak mungkin menjadi benar dari segi fizikal, tetapi juga tidak mungkin menjadi benar dari segi logik. Sebagai contoh disenaraikan berikut, penyataan yang tidak logik;

Kereta Zaimi berwarna hitam keseluruhannya, dan dalam masa yang sama juga bewarna putih secara keseluruhannya. (ingat bukan warna kelabu. Ataupun berselang seli antara hitam dan putih)
Penyataan ini membuatkan kita tidak dapat membayangkannya. Kita tidak dapat mengambarkannya sekaligus dalam masa yang sama berkenaan dua perkara yang bertentangan kerana yang dimaksudkan di sini ialah keseluruhannya bukan berbelang atau berbintik-bintik ataupun warna kelabu.
Saiful seorang bujang yang telah beristeri.
Penyataan ini mengandungi unsur-unsur yang bertentangan sesama sendiri kerana perkataan bujang sudah bermaksud seseorang yang belum berkahwin (jadi dia tentu tidak boleh beristeri)   7 + 5 = 300
Hal ini sememangnya tidak logik kerana tidak mampu digambarkan, bagai mana 7 dicampur dengan 5 mampu menjadi 300. Ia bertentangan dengan prinsip ilmu matematik   Saya hanya mencukur janggut semua lelaki di dalam dunia ini yang tidak mencukur janggut mereka sendiri. (diandaikan yang mengeluarkan penyata ini adalah seorang lelaki yang berjanggut).
Penyataan ini sebenarnya adalah paradoks. Ini kerana, jikalau saya mencukur janggut saya sendiri, ini bererti saya sekurang-kurangnya mencukur janggut seorang lelaki yang mencukur janggutnya sendiri (jadi ayat tersebut mesti tidak benar). Tetapi , kalau saya tidak mencukur janggut saya sendiri, ini bermakna saya sekurang-kurangnya tidak mencukur janggut seorang lelaki yang tidak mencukur sendiri janggutnya (dan ini juga bererti ayat itu semestinya tidak benar).
    Walau bagaimanapun, bukan semua penyataan yang tidak benar merupakan juga penyataan yang menunjukkan sesuatu yang tidak mungkin berlaku dari segi logik. Kalau diperhatikan penyataan di bawah ini tidak mengandungi unsur-unsur yang bertentangan sesama sendiri (self-contradiction) dan ia juga tidak menunjukkan yang tidak konsisten (inconsistency) Berikut sebagai contoh; Setiap pagi Hezrin meminum milo. Dan apabila dia meminum milo dia menelan kepala dia sendiri semasa dia meminum milo.
Penyataan ini tidak benar dari segi fakta kerana ia bertentangan dengan prinsip semulajadi (natural laws). Tubuh kita tidak membolehkan kita menelan kepala kita sendiri. Walau bagaimanapun penyataan ini logik kerana ia tidak bertentangan dengan prinsip logik. Kita masih mampu membayangkan dunia lain yang mempunyai prinsip semulajadi yang berlainan dengan dunia kita. Kita masih boleh membayangkan cara Hezrin meminum milo dengan menguakkan mulutnya lalu terus membesar hingga menelan tubuhnya sendiri. Ataupun mulutnya berada di tangan yang memungkinkan itu semua.   Dia membunuh ibu bapa dia sebelum mereka melahirkannya.
Sememangnya dari segi fakta perkara ini tidak mungkin berlaku, namun masih boleh diterima dari segi prinsip logik. Ini menjadi benar apabila kita boleh mengambarkan bahawa kita mampu ke bergerak ke masa lepas.
Struktur Dalam Hujah (model)

Modus Ponens
Menurut kamus falsafah (A. R. Lacey)
"Argument that if a conditional statement and its antecedent are true, so is its consequent"

    Struktur hujahnya adalah seperti berikut; Kalau P maka Q  (premis1)
    Sebenarnya P (premis2)
    Jadi Q (kesimpulan)
Modus tollens
Menurut kamus falsafah (A. R. Lacey)
"Argument that if a conditional statement and its antecedent are true, so is its consequent"
    Struktur hujahnya adalah seperti berikut; Kalau P maka Q  (premis1)
    Sebenarnya -Q (bukan Q) (premis2)
    Jadi -P (bukan P)  (kesimpulan)