Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

VISI SEKOLAH

 

 

SJK(C) Kwang Chien, Sarikei menetapkan visi bahawa pendidikan di sekolah ini sewajarnya menyediakan peluang yang sama rata kepada setiap murid yang ditempatkan di sekolah ini di bawah dasar pendemokrasian pendidikan dan memberikan pendidikan yang berkualiti bagi memastikan pencapaian cemerlang dalam bidang akademik, kokurikulum dan perkembangan sahsiah individu yang menyeluruh. Untuk mencapai matlamat ini, perlulah diwujudkan budaya sekolah yang cemerlang yang kondusif untuk perjalanan dan pelaksanaan segala aktiviti persekolahan. Dengan adanya azam yang kuat, usaha yang gigih, komitmen yang tinggi serta sokongan dan kerjasama daripada semua pihak, akhirnya kami menaruh harapan untuk menjadikan sekolah ini sebuah sekolah bestari yang dipandang tinggi dan sentiasa diyakini masyarakat setempat.

 

MISI SEKOLAH

 

 

SJK(C) Kwang Chien, Sarikei mempunyai misi murni untuk :

 

1.      Menyediakan peluang persekolahan kepada setiap murid yang  ditempatkan di sekolah ini dan memastikan mereka meneruskan pelajaran dari Tahun Satu hingga tamatnya Tahun Enam tanpa keciciran di bawah dasar pendemokrasian pendidikan.

 

2.      Memberikan pendidikan yang berkualiti kepada setiap anak didik sekolah ini dengan menyediakan kemudahan fizikal yang baik, lengkap, selesa dan selamat serta keceriaan sekolah yang terserlah yang dapat mewujudkan iklim persekolahan kondusif untuk pengajaran-pemelajaran di mana murid-murid dari pelbagai latar belakang sosioekonomi dapat belajar dan mengembangkan potensi masing-masing dengan optimum.

 

3.      Memastikan setiap kakitangan sekolah ini berkhidmat dengan penuh kejujuran dan dedikasi serta sentiasa bersedia menerima pandangan, cadangan dan teguran yang membina daripada semua pihak demi mempertingkat prestasi akademik dan kokurikulum ke arah kecemerlangan.

 

4.      Melahirkan insan berkualiti dan menyeluruh berdasar kepada Falsafah Pendidikan Negara yang mempunyai daya ketahanan tinggi, berdaya saing dan berakhlak mulia untuk memenuhi keperluan sumber tenaga manusia negara dalam usaha mencapai Wawasan 2020.

 

5.      Mewujudkan hubungan erat dan mesra dengan Lembaga Pengurusan Sekolah, Jabatan Pendidikan Bahagian, agensi-agensi luar, ibu bapa murid dan masyarakat tempatan untuk merealisasikan matlamat pendidikan sekolah. 

 

 

MATLAMAT SEKOLAH

 

Adalah menjadi matlamat kami menjadikan SJK(c) Kwang Chien, Sarikei sebuah sekolah yang cemerlang dalam segala aspek.

 

Matlamat ini boleh dicapai dengan :

 

1.     Mempertingkat budaya ilmu murid ke arah kecemerlangan.

 

2.     Meningkatkan lagi kecemerlangan etika kerja kakitangan sekolah.

 

3.     Meninggikan prestasi pencapaian sekolah dalam pelbagai aspek supaya  dapat dikenali sebagai sebuah sekolah cemerlang.

 

 

 

OBJEKTIF SEKOLAH

 

 

A.  Objektif Sekolah Jangka Pendek

 

1.      Bidang Akademik

 

1.1   Celik Huruf dan Celik Angka

 

Memastikan murid-murid dapat menguasai kemahiran asas, iaitu membaca, menulis dan mengira dalam enam bulan pertama persekolahan Tahun Satu.

Memastikan murid-murid dapat mengenal dan menulis serta membuat operasi tambah       dan tolak bagi nombor 1 hingga 100 dalam tempoh persekolahan Tahun Satu.

Memastikan murid-murid Tahap II (Tahun 4, 5 dan 6) boleh membaca dan  menulis Bahasa  Cina, Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dengan bantuan minimum daripada guru.

 

1.2   Peningkatan Prestasi Pencapaian  Dalam Peperiksaan Awam 2003

 


UPSR

 

Peningkatan pencapaian prestasi UPSR dari segi kualiti dan kuantiti :-

Peratus kelulusan secara keseluruhan meningkat/melebihi 75%.

Bilangan murid yang mendapat 7A dan 6A bertambah (10 orang)

Bilangan murid yang mendapat kelulusan minimum (Gred C) dalam ketujuh-tujuh kertas soalan bertambah (+ 20%).

Murid yang lemah (border-line cases) boleh lulus dengan mendapat kelulusan minimum (Gred C) dalam UPSR (+ 15%).

 

2.      Bidang Kokurikulum

 


2.1   Pencapaian dalam bidang kokurikulum

 

*   Permainan

 

Bola Tampar, Bola Keranjang, Bola Jaring, Ping Pong

                Melahirkan pemain-pemain untuk mewakili sekolah, daerah, bahagian dan negeri.

 

*   Kelab dan Persatuan

 

Pengakap, Boy’s Brigade dan Girl’s Brigade

            Terus aktif dan memberikan sumbangan kepada sekolah dan masyarakat.

 

*   Kelab Muzik

 

Mengekalkan kejuaraan Piala Pusingan yang dianjurkan oleh Persatuan Muzik, Bahagian Sarikei.

 

*   Kelab Tarian

 

Melatih murid-murid dan mengambil bahagian dalam pertandingan yang dianjurkan oleh mana-mana pihak.

 

*   Kelab Kaligrafi

 

Melatih murid-murid menulis kaligrafi dengan cara yang betul dan mengambil bahagian dalam pertandingan yang dianjurkan oleh mana-mana pihak.

 

*   Kelab Seni Lukis

 

Melatih murid-murid mewarna dan melukis dengan cara yang betul dan mengambil bahagian dalam pertandingan yang dianjurkan oleh mana-mana pihak.

                                   

 

*   Persatuan Bahasa Malaysia, Bahasa Cina, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains

 

·        Murid-murid mendapat manfaat maksimum daripada aktiviti-aktiviti yang dijalankan.

·        Mencungkil bakat murid-murid untuk menyertai pertandingan bercerita/syarahan/pidato,kuiz Matematik antara sekolah, daerah, bahagian, negeri.

·        Melatih murid-murid merekod cuaca dan memelihara/menjaga Taman Sains.

 

* Olahraga

 

            Melahirkan pemain-pemain untuk mewakili sekolah, daerah dan bahagian.

 

3.      Budaya Skolah

 


*   Memastikan murid-murid tidak ponteng untuk kelas harian, kelas tambahan dan kegiatan kokurikulum.

*   Memastikan murid-murid bersopan santun dan menghormati guru.

*   Memastikan murid-murid mematuhi peraturan sekolah.

*   Mewujudkan etika kerja yang cemerlang di kalangan guru.

 

4.      Pembangunan Kemudahan Fizikal Sekolah Yang Lebih Baik

 


* Kemudahan fizikal sekolah yang memerlukan tindakan segera termasuk :

* Membaiki kerosakan kemudahan sekolah yang sudah rosak dan usang.

* Menambahkan kemudahan yang mendesak seperti kerusi dan meja tambahan untuk menampung       pertambahan murid

* Membina dua buah bilik darjah yang usang untuk menampung keperluan pembangunan sekolah       menaikkan taraf kemudahan yang sedia ada seperti :

                bilik Guru Besar, bilik Penolong Kanan, bilik Guru, Pusat Sumber Sekolah, bilik Bimbingan dan             Kaunseling, bilik KH, bilik Sains, Kelas Komputer dan dll.

 

 

5.      Persekitaran Sekolah Yang Lebih Ceria, Selesa, Selamat Dan Kondusif Untuk Persekolahan :

 

 


(a)   Melaksanakan program 3K ( Keceriaan, Kebersihan dan Keselamatan )

(b)   Melaksanakan Program Bersepadu Sekolah Sihat ( PBSS )

(c)   Melaksanakan Program Sekolah Selamat

(d)   Program-program yang perlu dilaksanakan / diteruskan termasuk :

*   Mengadakan program penghijauan kawasan sekolah

*   Mengadakan projek ‘landscaping’ di kawasan sekolah

*   Mengecat semula bangunan sekolah

*   Pemeriksaan keselamatan pemadam api / pendawaian semula bangunan sekolah

*   Kerja pembaikan, penyelenggaraan / pemeliharaan bangunan / kawasan sekolah diteruskan

 

 

 

B.  Objektif Sekolah Jangka Panjang

 

1.      Bidang Akademik

 

1.1 Celik Huruf dan Celik Angka

 

*     Mewujudkan keceriaan sekolah yang terserlah

*     Mencapai matlamat konsep ‘Sekolah dalam Taman’

*     Semua murid bangga dan menyayangi sekolah

 

 

 

PENILAIAN  DAN  PEMANTAUAN

 

 

1.     Pihak sekolah memastikan bahawa unit / jawatankuasa  berkenaan  menjalankan   pemeriksaan,  penilaian  dan  pemantauan   terhadap   pengurusan ,  pelaksanaan , keberkesanan , kemajuan dan pencapaian program-program  sekolah.

 

(a)Bidang  Akademik  : 

 

(i)          Jawatankuasa  Kurikulum  Sekolah.

(ii)        Panitia  Mata  Pelajaran.

           (iii)       Unit  Penilaian