Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

Ke Halam Hadapan > .index
.:PENDAFTARAN:.

  Permohonan Kenggotaan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia


Syarat
Orang Awam yang berminat bagi menyertai Angkatan Pertahanan Awam ini hendaklah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur 18 tahun keatas;
  • Boleh membaca dan bertutur dengan baik;
  • Sihat tubuh badan;
  • Berminat untuk menjalankan tugas-tugas Pertahanan Awam secara separuh masa.

Latihan
Latihan Pertahanan Awam di bahagikan kepada 3 bidang utama iaitu Penyelamat, Pertolongan Cemas dan Melawan Kebakaran. Selain dari itu anggota juga akan dilatih dalam Kawad Kaki, Kemahiran Alat komunikasi, Pengurusan bencana dan lain-lain aktiviti yang berfaedah.

  • Anggota yang terpilih akan dikehendaki untuk mengikuti Latihan Asas dan lulus ujian asas yang disyaratkan.

Kemudahan
Antara kemudahan, ganjaran, insentif dan faedah yang disediakan kepada anggota-anggota Pertahanan Awam;

  • Pakaian Seragam percuma;
  • Elaun Latihan dan Perjalanan;
  • Elaun Saguhati;
  • Perlindungan di bawah Kaedah-Kaedah Pertahanan Awam (Bencana Diri 1970);
  • Kursus-Kursus peringkat cawangan dan pusat.

Borang Permohonan
Sila kemukakan permohonan keanggotaan melalui kaedah yang berikut ini;

  • Borang Permohonan secara 'Online';
  • Borang Permohonan dalam format MS-Word untuk dipindahsalin (Dikemukakan secara pos atau mel elektronik kepada Pejabat Negeri atau Cawangan yang terdekat.).

Cara-cara pendaftaran yang ditawarkan :

[Daftar Online] [Pindahturun] [Daftar di cawangan]

Ke Halam Hadapan > .index

Copyright (c) 2004, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, Negeri Johor. All right reserved