Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

Ke Halam Hadapan > .index
.: Perutusan Pengarah Pertahanan Awam Negeri Johor :.
PERUTUSAN PENGARAH PERTAHANAN AWAM MALAYSIA NEGERI JOHOR
Dewasa ini teknologi multimedia mengambil tempat yang utama dalam usaha untuk menyebar dan mendapatkan maklumat. Konsep manual seperti membuat rujukan di perpustakaan, membaca majalah, risalah atau buku berkaitan menjadi keterbatasan dalam ertikata semua urusan harus berjalan dengan cara yang pantas, ringkas dan mudah diperolehi. Pendedahan kepada internet dan alam siber terutamanya kepada remaja dan belia negara ini menjadikan mereka lebih suka menerokai kemudahan yang disedia dan dibekalkan melalui monitor komputer. (GAMBAR)

?


Justeru itu, saya merasakan bahawa pihak Jabatan ini juga tidak seharusnya ketinggalan dalam arus perdana teknologi siber ini dan paparan laman web Jabatan ini sebagai salah satu usaha kita untuk mempromosi dan memperkenalkan Jabatan dan aktivitinya kepada masyarakat. Apa yang saya harapkan kepada semua pengunjung ke laman web Jabatan ini agar akan dapat memahami, mengenali dan mendapat input yang sebaiknya berkaitan aktiviti dan peranan Jabatan ini. Pihak Jabatan sentiasa berusaha memuat dan memaparkan kepada pengunjung laman ini semua berita-berita yang terkini yang boleh dijadikan rujukan, panduan atau kajian.

 
Tentunya juga setelah para pengunjung laman ini memperolehi maklumat yang dikehendaki, tidak akan teragak-agak lagi untuk mengikuti seterusnya paparan yang lebih menarik serta membuka hati dan minda para pengunjung untuk menyertai Pasukan sukarela ini dengan hanya perlu mengisi borang permohonan menjadi anggota dalam laman yang disediakan. Pihak Jabatan sentiasa cuba mempermudahkan cara bagi orang awam dan pengunjung laman Jabatan ini untuk menganggotai Pasukan secara online dan jawapan permohonan akan diperolehi dengan cara yang lebih singkat dan pantas.

 
Harapan saya adalah untuk melihat laman web Jabatan ini akan menjadi wadah bagi interaksi berkesan antara Jabatan dengan pengunjungnya dengan matlamat setiap pengunjung laman ini akan mendapat maklumat yang tepat, terkini dan bermanafaat.

 
Sekian dari saya. Wassalam.



 
Tuan Haji Che Othman Bin Haji Hussin
Pengarah Jabatan Pertahanan Awam
Negeri Johor
 
Julai 2005/Rabiulakhir 1425H

Ke Halam Hadapan > .index

Copyright (c) 2004, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, Negeri Johor. All right reserved