Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi s.a.w.
bersabda :
"Solat
yang lima, begitu pula solat Jumaat ke Jumaat berikutnya, dapat menghapus
dosa-dosa yang terjadi antara semuanya, selama tidak diperbuat dosa-dosa besar."
Dari Abu Hurairah r.a. katanya Nabi s.a.w.
bersabda :
"Allah
Taala sangat gembira menerima taubat seseorang kamu, melebihi kegembiraan
seseorang yang menemukan kembali barangnya yang hilang."
Abdullah bin Mas'ud r.a. mengkhabarkan bahawa
Nabi s.a.w. bersabda
:
"Jangan
berasa iri hari, kecuali kepada 2 orang, iaitu orang yang diberi Allah harta,
kemudian dipergunakannya untuk yang hak, dan orang yang diberi Allah hikmah (ilmu
yang baik), kemudian dipergunakannya (untuk yang hak) serta diajarkannya."
Dari Abu Hurairah r.a. katanya Nabi s.a.w.
bersabda :
"Menengoklah
kepada orang yang lebih rendah darimu, dan jangan menengok orang yang lebih
tinggi. Itulah tembok yang kukuh supaya kamu tidak menghina pemberian Allah
kepadamu."
Dari Abu Musa r.a., dari Nabi s.a.w. sabdanya
:
"Allah
'Azza wa Jalla membentangkan tangan-Nya pada malam hari untuk menerima taubat
orang yang bersalah siang hari, dan membentangkan tangan-Nya siang hari untuk
menerima taubat orang yang bersalah malam hari, sehingga matahari terbit di
Barat."
Dari Anas bin Malik r.a. katanya Nabi s.a.w.
bersabda :
"Sesungguhnya
apabila orang kafir mengerjakan kebajikan di dunia, dia diberi upah dengan
amalnya itu berupa rezeki di dunia. Adapun orang Mukmin, maka pahala
kebajikannya disimpan Allah Taala untuknya di akhirat serta diberinya rezeki di
dunia berhubung dengan taatnya."
Dari Anas bin Malik r.a., katanya Nabi s.a.w.
bersabda :
"Yang
menghantar jenazah ada 3 macam. Yang 2 kembali, satu tinggal menemaninya. Yang
menghantar ialah keluarganya, hartanya dan amalnya. Keluarga dan hartanya pulang
dan yang tinggal menemaninya ialah amalannya."
Dari Ibnu 'Abbas r.a. katanya Nabi s.a.w.
bersabda :
"Aku
melihat ke syurga, maka kelihatan olehku kebanyakan penghuninya adalah orang
miskin. Dan aku menengok pula ke neraka, maka kelihatan olehku kebanyakan
penghuninya adalah wanita."
Dari
Anas bin Malik r.a. katanya, Nabi s.a.w. bersabda :
"Sesungguhnya
Allah Taala sangat suka kepada hamba-Nya yang mengucapkan tahmid (Alhamdulillah)
sesudah makan dan minum."
Dari Ibnu Umar r.a. katanya, Nabi s.a.w.
bersabda :
"Hai,
manusia ! Taubatlah kamu semua kepada Allah. Sesungguhnya aku taubat kepada-Nya
100 kali setiap hari."
Dari Abu Darda r.a. katanya, Nabi s.a.w.
bersabda :
"Tidak
seorang Muslim pun yang mendoakan kebaikan bagi saudaranya (sesama Muslim) yang
berjauhan, melainkan malaikat mendoakannya pula : Mudah-mudahan engkau beroleh
kebaikan pula."