Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!


PEMBANGUNAN INSAN BUKIT KERAYONG


Aspek pembangunan insan pula terbahagi kepada 3 bahagian iaitu aspek pendidikan dan latihan kemahiran, aspek penggunaan teknologi maklumat dankomunikasi serta aspek rohaniah dan sivik.

Bagi aspek pendidikan dan latihan kemahiran, penduduk disediakan sekolah rendah, sekolah agama serta sekolah tabika kemas bagi pendidikan awal anak-anak. Pencapaian anak-anak juga boleh dibanggakan iaitu mendapat 51.70% bagi UPSR dan 85.45% bagi PSRA. Pelajar yang berjaya ke pusat-pusat pengajian tinggi juga memberangsangkan iaitu lebih dari 30 orang.

Bagi aspek teknologi maklumat dan komunikasi, Penduduk mendapat maklumat IT menerusi program belajar IT menggunakan K-trak dengan kerjasama kerajaan negeri. Pelajar sekolah pula belajar IT menerusi kelab It disekolah. Mereka juga belajar menerusi kelab IT Desa Bukit Kerayong.

Bagi aspek kerohanian dan sivik, kelas-kelas pengajian agama diadakan di surau-surau dan juga masjid Bukit Kerayong. Ceramah-ceramah dan kursus-kursus juga diadakan seperti kursus keibubapaan dan juga kursusu motivasi. Kempen penyalahgunaan dadah juga diadakan bagi memeberi kesedaran kepada penduduk khususnya belia tentang bahaya najis dadah.