Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

MARI KENALI SEJARAH INTERNET........................

 

    Pada asasnya, internet bermula melalui projek Pentagon Advanced Reseach Project Agency (ARPA),iaitu agensi Pertahanan Amerika Syarikat. Ia digunakan untuk perkongsian ilmu persenjataan dan ilmu sains diantara negara. Network ini dikenali sebagai ARPANET. Ia mula berfungi pada September 1969 yang menghubungkan pengkaji dan akedemi di seluruh Amerika Syarikat. ARPANET mengunakan sistem WAN( Wide Area Network) yang mempunyai 4 komputer utama iaitu di Universiti California di Los Angeles, Stanford Reseach Institute, Universiti California cawangan Santa Barbara dan di Universiti Utah. Setiap computer ini bertindak sebagai host yang menghubungkan secara terus kepada mana-mana komputer dalam rangkaiannya. Host selalunya menyimpan dan memindahkan data dalam pada masa yang singkat (high-speed communication lines) dan menyediakan Rangkaian Perhubungan ( Network Connection) kepada lain-lain komputer. Pengkaji dan orang ramai menyedari keuntungan dan kepentingan ARPANET ini memperkembangkan kegunaannya. Pada tahun 1984, ARPANET telah mempunyai lebih daripada 1000 host (kini lebih sejuta!!!!).

    Terdapat sesetengah organisasi mengunakan kemudahan ARPANET sepenuhnya melalui high-speed communications untuk tujuan mereka. Pada tahun 1986 National Science Foundation menghubungkan rankaian (network)  5 pusat supercomputernya yang dikenali sebagai NSFnet, kepada ARPANET. Tatarajah rangkaian (network) yang kompleks ini dan juga host mula dikenali sebagai INTERNET.

    Sehingga tahun 1995, NSFnet mengawal semua aktiviti perhubungan atau traffic dalam internet. Pada tahun 1995 NSFnet memberhentikan rangkaian Internetnya dan kembali semula pada status reseach network.

   Pada massa kini pelbagai perbadanan, firma periklanan, dan pelbagai syarikat yang mengantikan tempat NSFnet untuk menyediakan rangkaian (networks) bagi mengawal traffic dalam Internet. Rangkaian ini adalah melalui syarikat telekomunikasi, kabel, syarikat satelit dan juga kerajaan, menyumbang kepada perkembangan structure dalaman internet dan juga peningkatan servicenya.

lebih lanjut layari

http://www.internet101.org/internet.html

 

HOME