Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

 

RESEPI RAMBUT

    Memiliki rambut yang degil dan tidak terurus                                                                                 

    sememangnya agak sukar dan menyakitkan 

    hati. kamu telah mencuba pelbagai jenama produk 

    perapi rambut, namun hasilnya tetap tidak memuaskan

    hati!! Jangan risau kerana kini ada cara yang mudah 

    untuk mengatasi masalah ini. Lebih mengembirakan lagi 

    kamu boleh menghasilkan sendiri produk perapi sendiri 

    dirumah. Ternyata hasilnya lebih semulajadi dan tidak 

    menggunakan sebarang bahan kimia. apa di tunggu lagi??

    Cepatlah mencuba!!!!!

BAHAN-BAHANNYA

1 sudu teh baby oil

1 biji kuning telur

1 gelas air kosong                                                                       

CARA MEMBUATNYA :

1.Kuning telur di kacau sehingga berbuih.

2.Tambahkan minyak baby oil dan kacau lagi.

3.Kemudian tambah segelas air kosong.

CARA MEMAKAINYA :

1.Setelah semua bahan telah sebati, sapukan hasil campuran

   bahan-bahan tadi pada kepala dan urut dengan lembut.

2.Biar selama beberapa saat dan kemudian bilas rambut hingga bersih.

 

 

 

UNTUK RAMBUT!!!

    Menyentuh soal penjagaan rambut, kamu pasti

   membayangkan beberapa rangkaian produk

   berjenama khusus untuk penjagaan rambut

   seperti syampu, perapi dan sebagainya. Hakikatnya

   ia tidak terhad di situ sahaja. Tahukah kamu

   bahawa beberapa resipi dari dapur juga boleh

   dijadikan sebagai amalan harian khusus untuk

   melahirkan rambut yang sihat menawan. Jom kita

   kongsi info ini!!!

    MINYAK KELAPA - Sapukan minyak kelapa pada

    rambut terutama di bahagian akarnya dan kemudian

    ramas secara perlahan-lahan. Bahan ini berfungsi

    sebagai pelembab dan menguatkan rambut.

    MINYAK ZAITUN - Sapukan pada rambut dan urut

    bahagian kepala secara perlahan-lahan sebelum meramaskannya.

    bahan ini di akui berkesan untuk menghilangkan kelumumur.

  TEH - Dipercayai dapat membantu menyubur

    dan menghitamkan rambut. Biarkan satu cawan

    teh pekat diembunkan semalaman. keesokan

    harinya, tersebut boleh di pakai untuk membasahi

    kulit kepala dan rambut sambil di urut perlahan.

    lakukan sehari sekali sebagai rutin harian sehingga

    kamu nampak akan hasilnya.

    PISANG - Bertindak menyihatkan rambut    

    yang kusam, mudah putus dan tidak berkilau.

    caranya: Hancurkan pisang dan campur

    dengan satu sudu teh sunflower oil serta air

    perahan limau nipis. ratakan ke seluruh helaian

     rambut dan biarkan selama 30 minit

    sebelum di cuci.

kembali...