Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
Form 5' 96 Online : Home S.M.S.T.J
Current News

SMSTJ Official Homepage

Homepage is being updated..

Important announcement!

Miscellaneous

More...

Quotes

"You can tell whether a man is clever by his answers. You can tell whether a man is wise by his questions."

- Naguib, Mahfouz


"I hear and I forget. I see and I remember. I do and I understand."
- Confucius
HTML Goodies Britannica
Know More
Movie Reviews JAVA Review
Service
E-Circles Online

 Contact Info
News...
Links

-Google.com
-Cari Search
-Utusan Malaysia
-The Star
-Cinescape Online
-Ain't It Cool News




















 Login Page
  12/07/2000 - AZAR

MyKad - Malaysia pendahulu teknologi kad pintar biometrik

me_01_big (32k image)MALAYSIA yang telah membangunkan kad pelbagai guna kerajaan pertama dunia merancang untuk memperluaskan penggunaan teknologi kad pintar tersebut ke pasaran antarabangsa ke negara yang berminat.

Pembangunan kad dikenali sebagai MyKad yang berlandas kad pintar itu membuktikan kemampuan Malaysia menjadi negara pendahulu dan pengeksport teknologi terbaru yang belum digunakan di negara lain.MyKad merupakan kad yang mempunyai pelbagai maklumat di dalamnya termasuk pengenalan diri, lesen memandu, kad rawatan, kad kredit, e-tunai dan sebagainya dalam satu cip.

MyKad dilancarkan pada 5 September lepas oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. MyKad buat permulaan akan dilengkapi dengan maklumat-maklumat berkaitan kerajaan seperti kad pengenalan dan lesen memandu terlebih dahulu sebelum diperluas kepada aplikasi kewangan.

Komponen utama terminal pembaca kad pintar itu dimaju dan dikeluarkan syarikat tempatan, iaitu CSA MSC Sdn. Bhd. dan IRIS Corporation Bhd.Alat CAD telah direka untuk membaca, mengakses, mencetak dan menggunakan maklumat yang tersimpan di dalam MyKad.Menggunakan terminal ini, pengguna MyKad boleh melakukan transaksi tertentu seperti pengesahan identiti, memperbaharui lesen memandu, pembayaran bil utiliti, perbankan dan transaksi komersial. Pembaca kad ini terdapat dalam pelbagai bentuk dan saiz dari peringkat pembaca `key ring' seperti pemegang kunci sehingga kepada terminal pembayaran desktop.

Terdapat juga terminal mudah alih yang dilengkapi dengan pembaca cap jari untuk pengesahan biometrik.Salah satu terminal yang menarik dan di peringkat pembangunan ialah alat yang menggabungkan pelbagai aplikasi seperti telefon GSM/ GPRS, pembaca MyKad, pembaca cap jari dan sistem pengesan kedudukan global (GPS) yang dikenali sebagai IRIS i@TERM St-2e. Alat ini mempunyai skrin warna sesentuh dengan paparan 240 x 320 piksel dan 64k warna, berlandaskan platform Microsoft WinCE dan slot bersepadu Modul Pengesahan Keselamatan (SAM).

Copyright © Form 5 '96, Sek. Men. Sains Tuanku Jaafar