Puncak Syahwat Wanita 1 Free Hit Counters


9 tingkat menuju Puncak Syahwat wanita

Puncak syahwat, orgasme atau inzal wanita adalah berbeza dari inzal seorang lelaki. Perbezaan ini nampaknya menimbulkan banyak kekeliruan antara pasangan suami-isteri.

Inzal seorang lelaki boleh diibaratkan sebagai suatu puncak tajam; sedangkan inzal wanita sebagai satu siri lereng bertingkat-tingkat ke atas diikuti dengan satu sorotan menyusut ke bawah.

Kesesuaian hubungan seks, hatta keseronokan, kelazatan dan kepuasan akan hanya dapat dikecapi apabila pasangan suami-isteri memahami hakikat inzal yang berbeza ini.

Di sini - untuk pertama kalinya di internet, kami ingin membicarakan tentang puncak syahwat @ orgasma seorang perempuan. Pengetahuan ini diharapkan dapat membantu mengeratkan lagi hubungan suami-isteri yang sering tergugat apabila tidak ada keserasian seksual.

Seorang wanita akan melalui 9 peringkat pengalaman - bayangkan lereng bukit yang landai - sebelum sampai ke Puncak Syahwat. Setiap tingkat yang dilalui adalah tahap sensasi yang saling bertindih tapi membuka jalan ke peringkat yang seterusnya, tak ubah seperti sekuntum bunga teratai yang kelopaknya berkembang perlahan sehinggalah terbuka luas dan akhirnya menyerah kepada yang menghargai dirinya.

Setiap peringkat mendaki ke puncak shahwat memberi tenaga baru (energized) kepada wanita dan membangkitkan reaksi-reaksi yang tertentu. Cuba pelajari carta di bawah ini:

Peringkat

Organ  tenaga

Tanda-tanda yang dapat dilihat pada wanita

Satu

Paru-paru

mendesah , bernafas kencang dan air liurnya bertambah.

Dua

Jantung

semasa mencium lelaki, menghulurkan lidahnya untuk dihisap.

Tiga

Limpa, Pancreas, dan Perut

ototnya menjadi aktif dan memeluk serta memegang dengan kuat.

Empat

Buah pinggang dan Pundi

mengalami satu siri kekejangan rahim/vaginal pada waktu ini dan air mazinya mula mengalir.

Lima

Tulang

longgar sendi dan lemah longlai - ada yang mula menggigit.

Enam

Hati dan Saraf

menjalarkan kaki dan tangannya untuk melilit pasangan.

Tujuh

Darah

darahnya semakin hangat dan  tergopoh-gapah menyentuh setiap bahagian tubuh pasangannya.

Lapan

Otot

otot-ototnya releks - sambil menggigit leher atau menyentuh puting lelaki

Sembilan

Tenaga meliputi seluruh badan

dia menyerah dan merelakan tubuhnya dilakukan apa saja oleh lelaki yang berjaya membawanya sampai ke peringkat ini !!!


Air mazi yang dikeluarkan oleh wanita yang sihat adalah jernih dan tidak berbau.

Ramai lelaki ( dan wanita ) yang keliru menyangkakan bahawa wanita mencapai orgasma sedangkan dia hanya baru sampai di Peringkat Empat. Malahan wanita tersebut belum pun separuh mendaki Puncak Syahwat!!!

Kebanyakan buku seks moden ( yang ditulis oleh lelaki ) berpendapat orgasma wanita berakhir pada Peringkat Empat kerana menganalisanya melalui pengalaman inzal lelaki. Hakikatnya, sifat wanita dan lelaki berbeza. Kalau lelaki diibaratkan matahari yang panas memberi tenaga, perempuan seperti bulan yang memancarkan sinar yang menyejukkan mata. Dalam tradisi Islam sifat-sifat lelaki dan wanita ditempatkan bertentangan ( atau lebih tepat - bersemuka) dan diberi asma-asama tertentu. Rahman/Rahiim , Jalal/Jamil, Syams/Qamar, Basith/Qabidh dan sebagainya.

Begitu juga, selalunya lelaki cepat ghairah sedangkan wanita mengambil lebih banyak masa untuk dicumbu rayu sebelum timbul ghairahnya. Kebanyakan lelaki bergegas untuk "melakukannya" dan mengabaikan kemahuan wanita yang ingin dibelai terlebih dahulu!!! Kekeliruan memahami hakikat ini telah membawa ramai wanita di peringkat empat dan terus tersadai di situ.

Apabila wanita capai Peringkat Empat, ia menjadi lebih senang untuk lelaki membawanya ke peringkat syahwat yang lebih tinggi. Hanya sedikit gerakan dapat memarakkannya ke peringkat berikut dan seterusnya sampai ke Puncak Syahwat yang lengkap, yakni peringkat 9.

Kegagalan mencapai orgasma yang lengkap boleh menyebabkan wanita mengalami gangguan organ seperti buah pinggang, perut, usus dan saraf. Ini kerana tenaga yang terputus di tengah jalan ( peringkat 4 ) menyebabkan tubuh wanita itu tidak dicas sepenuhnya, justeru terjadi ketidak-seimbangan tenaga antara organ-organ yang bersangkut paut.

Adalah menjadi tanggungjawab suami untuk memberi kepuasan batin yang lengkap dan melaksanakan dengan sepenuhnya. Jangan tinggalkan kerja anda separuh jalan kerana bagi seorang wanita, dia memerlukan anda "SELESAIKAN TUGAS" sehingga ke peringkat 9 , dan bukannya "MELAKUKAN SEKALI LAGI". Tugas yang diselesaikan adalah lebih memberi erti dan menambat hati wanita. Lantaran itu anda akan disayangi dan dihormati 100% oleh pasangan anda. Inilah hakikat nafkah batin yang perlu diberi oleh setiap suami, agar tidak kucar-kacir rumahtangga dan masyarakat oleh dosa zina dan jenayah seks. Seorang wanita yang mencapai Puncak Syahwat yang lengkap melalui suaminya akan sentiasa sedia memenuhi tuntutan suami untuk bersenggama. Jika anda dapati isteri anda sering menolak ajakan anda, cuba fikirkan semula - adakah anda telah berjaya memberi beliau puncak inzal? Jika anda menjawab TIDAK, anda perlu lebih prihatin ketika hubungan seks dengan isteri. Perhatikan tanda-tanda yang tertera dalam carta di atas, dan cuba berusaha untuk membawa isteri anda ke puncak inzal.

Begitulah hakikat nafkah batin yang tidak ramai lelaki mengetahuinya.

kembali