Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

Laporan PSM

 

Analisa Ketepatan Pemetaan Dengan Menggunakan Data Beresolusi Tinggi (QuickBird)

 

Sarjana Muda Sains (Remote Sensing)

Fung Fook Wah (4SGS)

Sesi 2003/2004

Tel: 012-8843390

 

 

 

 

Abstrak

 

 

       Kajian terhadap ketepatan maklumat planimetri untuk data satelit beresolusi tinggi masih terhad pada masa sekarang. Ia adalah susah untuk membuat penganalisaan terhadap data yang beresolusi tinggi kerana kekurangan data kawalan dalam penentuan ketepatannya. Kebanyakkan data kawalan yang terdapat adalah lebih rendah resolusinya berbanding dengan data QuickBird yang beresolusi tinggi. Data beresolusi tinggi adalah penting dalam bidang pemetaan bandar yang mana berubah dengan dinamik seiris dengan pembangunan yang pesat. Analisa ketepatan yang akan dijalankan mencakupi ketepatan relatif dan mutlak untuk mendapatkan maklumat planimetri dari imej satelit. Data kawalan yang digunakan terdiri daripada data Foto udara yang telah dibetulkan geometrinya dengan menggunakan data GPS. Data kawalan ini akan digunakan sebagai rujukan dalam menentukan ketepatan yang akan dapat dihasilkan daripada peta imej QuickBird.