Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

PROSES PENGENDALIAN SESI SIASATAN DALAMAN

 

 

1.0     PENGENALAN

 

1.1      Sesi Siasatan Dalaman dijalankan apabila pihak Syarikat , berdasarkan

            kepada siasatan awalan yang dijalankan, berpendapat bahawa seseorang          

pekerja telah melakukan salah laku yang serius. Semasa sesi Siasatan   

Dalaman, pekerja terbabit yang dikenali sebagai Tertuduh akan didakwa          

Terhadap salah laku yang dipercayai telah dilakukan. Pembentangan kes akan

dijalankan oleh pegawai yang dilantik oleh Syarikat yang dikenali          

sebagai Pegawai Pembentang Kes.

                                                                                                                                                             

1.2       Panel Siasatan Dalaman merupakan pihak ketiga yang

dipertanggungjawabkan untuk mendengar pembentangan kes oleh                                    

Pegawai Pembentang Kes dan juga pembelaan daripada Tertuduh

Seterusnya, Panel Siasatan akan membuat keputusan samada Tertuduh

Bersalah atau tidak terhadap dakwaan yang dikemukakan.                                                                                                                                           

           

1.3       Panel Siasatan ini terdiri daripada seorang Pengerusi dan dua orang                                           ahli Panel lain.

 

 

1.4       Pada dasarnya, tujuan Siasatan Dalaman diadakan adalah untuk;

            -Mencari kebenaran

            -Menegak kebenaran

            -Untuk menentukan samada kebenaran tersebut menyokong     

              perlakuan yang dilakukan oleh Tertuduh samada salah atau betul.                                             -Menentukan siapa yang melakukan salah laku tersebut.                                                      -Menambil kira faktor-faktor yang boleh meringankan hukuman

 

 

1.5       Untuk mencapai tujuan Siasatan Dalaman, Panel Siasatan hendaklah;

            -menjalankannya dengan semangat yang adil dan berhati murni.

            -Memberi Tertuduh peluang yang secukupnya untuk membela diri dan  

             memperdengarkan hujahnya.

            -Meneliti setiap dokumen yang dikemukakan oleh kedua-dua pihak sebagai

              bahan  bukti.

            -Tidak menyebelahi mana-mana pihak  dan hanya berpandukan kepada

             fakta-fakta yang dinyatakan dalam sesi tersebut.

 

 

 

 

2.0       PERMULAAN SIASATAN DALAMAN

 

 

2.1       Sebelum memulakan suatu Siasatan Dalaman secara rasminya, Pengerusi

hendaklah memastikan bahawa semua ahli Panel telah hadir dan memastikan bahawa Tetuduh, Pegawai Pembentang Kes dan pencatat minit juga telah berada          

di tempat yang diteteapkan. Lampiran 1 adalah contoh kedudukan sesi Siasatan Dalaman.Pengerusi juga perlu memastikan bahawa keadaaan tenang sebelum Siasatan tersebut dimulakan.

 

 

2.2       Pengerusi perlu memulakan siasatan tersebut dengan memperkenalkan diri selaku Pengerusi dan ahli Panel, dan seterusnya menyatakan tujuan siasatan pada hari ersebut. Contoh pengenalan adalah seperti berikut.

 

           

            “Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera. Saya, (nama Pengerusi) selaku Pengerusi siasatan padahari ini, dan akan di Bantu oleh dua ahli Panel iaitu En (nama) dan En (nama). Tujuan kita mengadakan Sesi Siasatan Dalaman pada hari ini adalah untuk mendengar kes terhadap (nama Tertuduh) yang telah dituduh melakukan salah laku yang bercanggah dengan peraturan-peraturan syarikat.”

 

 

 

2.3       Pengerusi seterusnya, hendaklah bertanya kepada Tertuduh , samada beliau mempunyai apa-apa bantahan terhadap perkara-perkara berikut;

            -Pemilihan Panel Siasatan

            -Tempat/ Masa siasatan tersebut dijalankan.

 

            Contoh penyataan adalah seperti berikut;

 

            “Sebelum saya mulakan Siasatan Dalaman pada hari ini, saya ingin bertanya Tertuduh samada anda mempunyai apa-apa bantahan terhadapperlantikan kami selaku Panel pada hari ini dan juga apa-apa bantahan terhadap tempat dan masa Siasatan Dalaman ini dijalankan. Sekiranya anda mempunyai sebarang bantahan sila nyatakan sekarang berserta sebab-sebab atau alasan anda membuat bantahan tersebut. Sekiranya tiada bantahan yang dibuat kita akan teruskan siasatan ini

 

 

Sekiranya ada bantahan yang dibuat, Pengerusi hendaklah eminta Tertuduh memberikan penjelasanterhadap sebab atau asas bantahan tersebut dibuat dan seterusnya berbincangbersama ahli Panel yang lain. Pengerusi boleh juga meminta pendapat Pegawai Pembentang Kes dan pemerhati Syarikat sebelum membuat sebarang keputusan. Selepas perbincangan Pengerusi boleh membuat keputusan-keputusan berikut;

-meneruskan juga siastan Menangguhkan siasatan ke suatu tarikh yang lain.

-Menangguhkan seketika siasatan bagi mendapatkan pendapat dari pihak-pihak  yang lain.

 

 

2.4       Sekiranya tiada apa-apa bantahan yang dibuat, Pengerusi bolehlah meneruskan sesi Siasatan Dalaman tersebut dengan memulakan pembacaan pertuduhan-pertuduhan.Pertuduhan-pertuduhan adaterdapat di surat “Notis Siasatan Dalaman”

            yang diserahkan kepada Panel.

 

 

3.0       PEMBACAAN PERTUDUHAN

 

 

3.1       Pembacaan pertuduhan hendaklah dibuat dengan jelas dan terang supaya ianya mudah difahami oleh Tertuduh. Selepas setiap pembacaan pertuduhan, Pengerusi hendaklah bertanyakan kepada Tertuduh samada ia mengaku bersalah atau tidak. Contoh pembacaan pertuduhan adalah seperti berikut;

 

            “En (Tertuduh), saya akan bacakan pertuduhan satu persatu dan anda hendaklah menjawab samada anda mengaku bersalah atautidak terhadap pertuduhan apabila saya selesai membaca setiap satu pertuduhan.

            Tuduhan pertama…(rujuk kepada pertuduhan)

            Adakah anda mengaku bersalah?

            Tuduhan kedua…(rujuk kepada pertuduhan)

            Adakah anda mengaku bersalah ?

 

 

3.2       Bagi setiap jawapan yang diberikan ke atas setiap pertuduhan, Pengerusi dan Panel hendaklah membuat catatan terhadap jawapan tersebut samada bersalah atau tidak

 

 

4.0       SEKIRANYA TERTUDUH MENGAKU BERSALAH    

 

 

4.1       Sekiranya Tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan,Pengerusi hendaklah memastikan bahawa Tertuduh faham terhadap perakuan tersebut. Pengerusi juga perlu memastikan bahawa Tertuduh memahami kesan dan akibat pengakuan tersebut; yang mana pihak Syarikat boleh mengenakan tindakan disiplin yang tegas kepada Tertuduh;yang merangkumi pembuangan kerja.

 

4.2       Pengakuan bersalah hendaklah disebut tanpa meletakkan sebarang syarat.

4.3       Setekah pengesahan tersebut dibuat, dan tertudh tetap dengan pengakuan bersalah;ini bermakna perbicaraan untuk kes tersebut telah selesai. Pengerusi tidak perlu meminta Pegawai Pembentang Kes untuk membentangkan kes dengan sepenuhnya seperti memanggil saksi-saksi, tetapi Pengerusi handaklah mengarahkan Pegawai Pembentang Kes  menyatakan ringkasan fakta kes sahaja.

 

4.4       Pengerusi seterusnya meneruskan sesi tersebut dengan memberi peluang kepada Tertuduh untuk membuat rayuan terhadap hukuman yang bakal dikenakan. Semasa sesi ini, Tertuduh sudah tidak boleh lagi mempersoalkan terhadap pertuduhan-pertuduhan yang dikenakan kapadanya. Pengerusi perlu memastikan  bahawa Tertuduh menumpukan kepada isu-isu rayuan sahaja.

 

 

5.0       SEKIRANYA TERTUDUH TIDAK MENGAKU BERSALAH

 

 

5.1       Sekiranya Tertuduh tidak mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dikenakan, ini bermakna pembicaraan pada hari tersebut diteruskan dan Pengerusi akan meminta Pegawai Pembentang Kes untuk membentangkan kes. Contah penyataan adalh seperti berikut;

 

            “Memandangkan Tertuduh tidak mengaku bersalah terhadap kesemua /tuduhan pertama/kedua(dan seterusnya);Panel dengan ini meminta Pegawai Pembentang Kes untuk membentangkan kes”

 

 

6.0 PEMBENTANGAN KES OLEH PEGAWAI PEMBENTANG KES

 

 

 

6.1       Untuk membentangkan kes, Pegawai Pembentang Kes biasanya akan menyatakan bahawa beliau ingin memanggil saksi untuk memberikan keterangan. Jumlah saksi syarikat berubah-berubah bergantung kepada jenis kes dan kesalahan. Pegawai Pembentang Kes juga biasanya akan membawa dokumen-dokumen bukti yang akan ditender sebagai eksibit.

 

 

6.2       Apabila  Pegawai Pembentang Kes memanggil saksi, beliau akan menyoal saksi tersebut bagi mengaitkan bahawa Tertuduh  adalah bersalah terhadap tuduhan yang dikenakan berdasarkan kepada kenyataan-kenyataan yang diberikan oleh saksi yang dipanggil. Pegawai Pembentangan Kes juga akan menyerahkan dokumen-dokumen bukti melalui saksi tersebut; yang mana dokumen-dokumen tersebut akan ditandakan mengikut turutan. Pengerusi dan Panel hendaklah meyemak dokumen-dokumen  tersebut; meminta  penjelasan sekiranya perlu dan seterusnya mengesahkan penerimaan dokumen-dokumen tersebut sebagai eksibit. Contoh penyataan penyerahan dokumen bukti yang  dilakukan oleh Pegawai Pembentang Kesc adalah seperti berikut;

 

            “Panel, saya ingin menyerahkan rekd perubatan ini sebagai eksibit PO3”

 

 

Pengerusi dan Panel setelah menyemak dan meneliti dokumen tersebut;menerima dokumen tersebut sebagai eksibit dengan mengatakan:

 

“Panel dengan ini menerima rekod perubatan ini sebagai eksibit PO3”

 

Satu salinan dokumen bukti tersebut akan diserahkan kepada tertuduh.

 

6.3       Apabila Pegawai Pembentang Kes telah selesai menyoal saksinya, Panel seterusnya akan memberi peluang kepada Tertuduh untuk menyoal-balas saksi tersebut. Panel hendaklah memastikan bahawa soalan-soalan yang diajukan oleh Tertuduh adalah berkaitan dengan pertuduhan-pertuduhan sahaja. Contoh penyataan Panel adalah seperi berikut

 

            “Sekarang saya beri peluang kepada tertuduh untuk menyoal-balas saksi ini”

 

6.4       Apabila Tertuduh telah selesai menyoal-balas saksi syarikat, Panel hendaklah memberi peluang kepada Pegawai Pembentang Kes untuk menyoal semula saksi tersebut. Contoh penyataan Panel adalah seperti berikut;

 

            “Sekarang saya memberi peluang semula kepada Pegawai Pembentang Kes untuk  menyoal semula saksinya atau untuk meminta penjelasan lanjut, dipersilakan”

 

            Sekiranya tiada apa-apa  soalan daripada Pegawaqi Pembentang Kes, atau telah selesai dengan soal-balasnya, ini bermakna saksi tersebut telah selesai memberi keterangannya, dan Pengerusi seterusnya membenarkan saksi untuk meninggalkan bilik Siasatan Dalaman. Contoh penyataan adalah seperti berikut;

 

            “Terima kasih (nama saksi) diatas kerjasama yang telah anda berikan. Sesi ini telah selesai mendengar keterangan anda dan anda dibenarkan untuk keluar”

 

6.5       Pegawai Pembentang Kes  akan seterus nya memanggil saksi kedua untuk memberikan keterangan dan seterusnya sehingga kesemua saksi-saksi bagi pihak syarikat selesai memberi keterangan. Proses memberi keterangan, penyerahan dokumen bukti sebagai eksibit dan soal-balas adalah serupa bagi kesemua saksi dan semua dokumen

 

6.6       Apabila Pegawai Pembentang Kes telah selesai menyoal kesemua saksinya, pihak Tertuduh pula akan diberikan peluang untuk memanggil saksi-saksinya, iaitu saksi bagi pihak Tertuduh. Proses memberi keterangan oleh saksi Tertuduh adlah serupa saperti saksi syarikat, cuma untuk kali ini. Tertuduh akan memulakan soalan-soalannya dahulu. Setelah selesai, Pegawai Pembentang Kes pula akan duberikan peluang untuk menyoal-balas dan seterusnya diatas. Contoh penyataan adalah seperti berikut:

 

            “Pegawai pembentang Kes telah selesai memanggil saksi-saksi bagi pihak syarikat sekarang adalah giliran pihak Tertuduh untuk memanggil saksi-saksi Tertuduh bagimemberi keterangan kepada sesi ini, dipersilakan”

 

6.7       Semasa proses saksi memberi keterangan ini, Pengerusi dan Panel dibenarkan untuk menyoal soalan dan meminta penjelasan samada dari saksi, Pegawai Pembentang Kes atau Tertuduh; terhadap apa-apa jua isu-isu yang berkaitan

 

6.8       Setelah kedua-dua pihak selesai dengan saksi dan dokumen bukti masin-masing; kedua-dua pihak akan diminta untuk meggulung kes. Penggulungan akan  dibuat olieh Pegawai Pembentang kes dan di ikuti oleh Tertuduh. Contoh penyataan adalh seperti berikut;

 

            “memandangkan kedua-dua piahk telah selesai dengan kes masing-masing dan juga telah selesai memenggil saksi masing-masing; Panel Siasatan Dalaman dengan ini  meinta kedua-dua pihak untuk menggulung kes masing-masing. Kita mulakan penggulungan kes oleh Pegawai Pembentang Kes dahulu, dipersilakan

 

            …sekarang Panel Siasatan Dalaman meminta pihak Tertuduh untuk meggulung kesnya, dipersilakan”.

 

6.9       Setelah kedua-dua pihak melakukan penggulungan masing-masing; ini bermakna sesi Siasatan Dalaman tersebut telah sampai ke penghujungnya.

 

6.10     Sebelum brsurai Pengerusi  hendak memberitahu kepada Tertuduh bahawa keputusan siasatan tersebut akan diberitahu secara bertulis dalam jangkamasa terdekat.

 

6.11     Sesi Siasatan Dalaman bersurai.