Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

 

 

Destinasi Menarik Di Negeri Selangor

 

   Batu Caves merupakan satu-satunya gua yang terdapat di negeri Selangor. Gua Batu Caves ini biasanya di kunjungi oleh kaum india di Malaysia untuk meraikan perayaan seperti Thaipusam dan juga Deepavali. Terdapat berbagai jenis ukiran patung-patung berhala di dalam gua ini yang lazimnya di gunakan oleh kaum india dalam upacara penyembahan. Gua Batu Caves ini mempunyai lebih kurang 500 anak tangga untuk sampai ke dalam gua tersebut.

 

Bukit Melawati merupakan salah satu peninggalan sejarah bagi negeri Selangor Darul Ehsan. Ia di bina sebagai kubu pertahanan ketika selangor di landa peperangan suatu masa dahulu. Terdapat beberapa buah meriam yang masih cantik dan tersergam indah di kawasan bukit ini. Selain itu terdapat juga rumah api di atas bukit ini. Kini bukit ini menjadi salah satu daripada tarikan pelancong. Bukit Melawati ini terletak di tengah-tengah bandar Kuala Selangor.

 

Jeti Kuala Selangor ini merupakan jeti untuk para nelayan pada zaman dahulu berlabuh.Salah satu destinasi menarik di Kuala Selangor.

 

 

Kelip-kelip merupakan salah satu tarikan yang terdapat di Kuala Selangor. Selain itu terdapat pelbagai jenis spesis kelip-kelip yang terdapat pada kawasan ini. Daya tarikan pelancong ke Kuala Selangor adalah melihat kelip-kelip tersebut secara langsung dari depan mata.

 

Muzium Shah Alam yang terletak di tengah-tengah negeri Selangor Darul Ehsan. Muzium ini banyak menyimpan khazanah-khazanah sejarah dan budaya masyarakat di negeri ini. Malah muzium ini merupakan hak milik kerajaan Selangor.

 

Muzium orang Asli ini terletak di daerah Gombak. Muzium ini menyimpan pelbagai bahan sejarah dan alat-alat tradisional masayarakat kaum Asli. Selain itu muzium ini juga terletak berhampiran dengan kawasan perumahan kaum orang Asli.

 

Sunway Lagoon atau Taman Tema Sunway yang terletak di Petaling Jaya merupakan kawasan tumpuan orang ramai untuk bercuti bersama keluarga sambil menghabiskan cuti hujung minggu.

 

The Mines merupakan salah satu tempat pelancongan yang terdapat di Sungai Besi. Kawasan yang di bina dengan pembangunan yang menyerupai mahligai menampakkan lagi keindahan kawasan tersebut. Terdapat pelbagai kemudahan yang di sediakan di situ termasuklah perhotelan, kawasan membeli-belah dan tempat beristirehat bersama keluarga dan teman.

 

Pantai Bagan Lalang merupakan salah satu destinasi percutian yang menyeronokkan bersama keluarga dan teman-teman. terdapat chalet-chalet dan kawasan perkhemahan yang di sediakan untuk mereka menginap di samping bermandi-manda.

 

Perpustakaan negeri Selangor Darul Ehsan terletak di Shah Alam. Di sini terdapat beribu-ribu jenis bahan bacaan ilmiah. Perpustakaan ini merupakan perpustakaan terbesar yang terdapat di negeri Selangor Darul Ehsan.

 

Masjid Sultan Salehuddin Abdul Aziz yang dulu di kenali sebagai Masjid Negeri Selangor Darul Ehsan atau Masjid Shah Alam ini terletak di tengah-tengah bandar Shah Alam di mana ia menjadi salah satu sumber kebanggaan negeri Selangor Darul Ehsan dan menjadi mercu tanda negeri ini.

 

Taman Tasik Shah Alam merupakan salah satu tempat rekreasi bersama keluarga selain daripada kawasan untuk beriadah adakalanya taman tasik ini menjadi trek untuk orang berjogging di waktu petang. Kawasan yang cukup indah dan menarik.

 

Tanjung Harapan yang terletak di Pelabuhan Klang ini merupaka tempat menari kerana orang ramai yang ingin melihat suasana indah ketika matahari terbenam dapat dilihat di sini. Selain itu terdapat muara ikan bakar dan pelbagai jenis restoran makanan laut yang terdapat di sini.

 

Zoo Negara Malaysia yang terletak di Hulu Klang merupakan destinasi riadah dan rekreasi bersama keluarga. Terdapat pelbagai jenis spesis binatang dan haiwan di sini. Adakalanya kita boleh melihat sendiri pertunjukkan yang di persembahkan oleh haiwan-haiwan yang di latih oleh para pelatih dan kakitangan di Zoo ini.

 

 

Biografi Ashikin Rahim

Galeri Album Kita

Pendidikan
Kesihatan
Agro Pelancongan
Other Links

 

 

 

Back To Main Page

 

 

 

@hak cipta terperlihara oleh ashikin _zai31/03/2002