Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!


Page Pertama
My Picture
Myspace
Nukilanku..
Petua
Iman
Guest Book










Up Close And Personal With Fazli.

Friendship Often Ends In Love, But Love In Friendship - Never.

Assalamualaikum semua dan selamat sejahtera kepada semua pengunjung laman web saya ini. Pertama skali saya ingin mengucapkan terima kasih kerana sudi melawat laman web saya ini....laman web ini diwujudkan oleh saya untuk anda semua berkongsi cerita, pengalaman dan luahan hati saya ini.....Sebab saya berbuat demikian adalah kerana saya rasa dengan cara ini sahaja yang akan membuatkan saya merasa puas.Kalau nak cerita pada kawan-kawan, siapa la yang paham? kalau nak cerita pada pakar kaunseling nanti saya akan dapat jawapan yang tidak memuaskan hati plak......so kat dalam laman web sahajalah yang bagus pun....org leh baca, nak komen pun komen la, saya tak dengar pun...lain la kalau send mail kat saya, mungkin saya akan balas atau mungkin tidak. Didalam laman web saya ini, selain dari cerita tentang saya dan peribadi saya, ada juga saya sediakan laman web yang lain yang boleh dikira sebagai menarik jugakla.....ada juga saya selitkan skali cerita pedoman dan kata2 kiasan dan lelain lagi....tapi tujuan utama laman web ini ialah untuk saya meluahkan rasa hati saya dengan sepuas-puasnya.....yeaahh!!!! ok la, sampai sini saja sesi pengenalan kita....so tgk la apa yg patut...dan bagi yang nak hack ke nak deface ke tak payah la buang masa, sebab tak berfaedah pun....kalau berjaya pun saya leh buat baru....10 kali deface 10 kali saya buat baru...so jadi la hamba Allah yang bertanggungjawab dan jangan jadi binatang yang hanya pandai menggunakan komputer tapi bodoh di dalamnya.....ok..have a nice day!!!

About Me...

Ok la....ni la saya....nama saya fazli diza tapi kawan2 panggil saya fazli atau bob....saya berasal dari Tapah, Perak. Saya dilahirkan pada 6 Ogos 1980 pada pukul 6.30 pagi (lebey kurang la, sebab tak ingat)....saya mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Taman Sri Gombak. Kemudian saya berpindah ke Sg. Besar dan bersambung di Sekolah Rendah Sri Utama Sg. Besar Sabak Bernam. Kemudian saya mendapat pendidikan menengah di dua sekolah iaitu di Sekolah Menengah Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Seksyen 2 Shah Alam dan menamatkan pendidikan menengah saya di Sekolah Menengah Sri Perak Teluk Intan. Saya kemudian meneruskan pengajian saya dalam peringkat sijil perakaunan di Kolej Inpens sebelum diterima masuk ke UiTM Shah Alam (ITM pada ketika itu) dalam jurusan matrikulasi Pentadbiran dan Undang-Undang. Seterusnya ke Jurusan Diploma Pengajian Maklumat dan Sekarang dalam jurusan Diploma Teknologi Maklumat di Kolej PTPL. Naper banyak sangat ek, sebabnya ada yang saya tak dapat abiskan dan ada yang saya berjaya habiskan or tamat pengajian. Semasa dalam pengajian saya, saya ada membuat sedikit kerja sambilan yang membolehkan saya menampung perbelanjaan saya sebagai orang bujang.Hobi aku ialah gelak,suka sakat org(yg rapat jer la), suka surfing internet,chatting,main Ps2 dan suka berjalan dan camping.Cita-cita aku plak, masa kecik aku suka main Polis sentri...aku asyik jadi orang jahat jer, nasib la besar ni aku tak jadi orang jahat dan aku nak jadi Polis...harap2 la dapat....tapi parent aku suruh aku jadi mcm bapak aku iaitu Pegawai Daerah....bagi aku, aku serahkan pada nasib aku sendiri, aku lebih suka bangun pada waktu pagi tanpa mengetahui apa yang akan berlaku dan apa yang terjadi, aku suka buat ikut apa yang naluri aku suka. Dalam kehidupan seharian saya, ada yang gembira dan ada yang kecewa...tapi selalunya kekecewaan adalah yang paling teruk walaupun terlalu banyak kenangan manis di dalam hidup kita. Kegembiraan tidak akan kekal jika kita tidak berusaha mengekalkannya dan kegembiraan tidak akan ada jika kita tidak mencarinya.....sebab itulah saya tidak serik dalam mencari kebahagiaan dan kegembiraan duniawi yang tidak kekal ini. Jadi inilah kehidupan saya...susah betul nak jadi 'seorang saya' ini. Apa jua pendapat dan pandangan sila lah mail kepada bob.charming@gmail.com .....chow!!









This site is © Copyright FAZLI 2005-2006, All Rights Reserved.