Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

 

Wan Azizah Bersama Madeline Albright (Bangsa Yahudi Yang Paling berkuasa semasa pentadbiran Clinton) semasa persidangan APEC Kuala Lumpur. Persidangan itu walau bagaimana pun menjadi medan bagi Albright untuk mempertikaikan tindakan kerajaan Malaysia  menahan Anwar Ibrahim. Kesempatan ini diambil oleh isteri Anwar Ibrahim untuk mendapatkan simpati dari Amerika bagi membebaskan suaminya. Wan Azizah juga mengharapkan tekanan dari Amerika terhadap kerajaan Malaysia dikenakan bagi membebaskan suaminya. Bentuk tekanan ini amat jelas ditonjolkan dalam media masa barat yang kerap menghentam kerajaan Malaysia bagi menjatuhkan kredibiliti kerajaan.

Pertemuan antara Albraight dan Wan Azizah disalah sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur. Apakah agenda Amerika terhadap pembangunan Islam sudah jelas kepada mata dunia? Jiakalau tidak, kenapa mereka bersusah payah mahu membebaskan Anwar? Adakah kerana Anwar seorang itu lebih 'Islam' dari rakyat bosnia, kosovo atau pun Iraq? Kalau begitu, kenapa negara negara tersebut tidak di ambil peduli oleh Amerika walau pun mereka dianiaya dengan berlipat kali ganda lebih kejam?