Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

Anwar berjalan dan bukannya tempang seperti yang di lakonkan kepada rakyat sebelum ini. Ini terbukti dengan gambar beserta streaming video di bawah di mana anwar berdiri, berjalan ke sana sini untuk beberapa ketika, dan kemudian duduk di atas kerusi rodanya semasa beliau berada di hospital. Streaming Video ini mengandungi timeline yang menunjukkan bila peristiwa ini berlaku. Ianya berlaku pada awal bulan 5 di mana pada ketika itu ialah kemuncak Anwar dengan retoriknya bagi mendapatkan rawatan pakar dari Jerman seolah olah beliau dalam keadaan sakit tenat. Memandangkan perkembangan terbaru ini amat penting dan rakyat mesti mengetahuinya dengan cepat, maka webmaster telah membuat 4 jenis format bagi pelayar website ini untuk menonton aksi aksi terbaru Anwar dengan selesa dan mengikut citarasa pelayar website ini.

Sila Lihat kenyataan Tambahan Di Page paling bawah.


Format pertama ialah dalam bentuk streaming video. Seperti streaming video lain lain yang terdapat dalam website ini, pelayar website harus mempunyai real player untuk menonton streaming video tersebut. Sila klik link di bawah untuk menonton streaming video Anwar tersebut.

AnwarBerjalan (realplayer)
Size 2.21 MB
Jangkamasa Video = 3 Minit 45 saat
Masa Untuk Download = 10-15 minit
Kualiti Gambar = Sederhana
Kualiti Audio = Sangat Baik

---------------------------------------------------------------

Format kedua adalah dalam bentuk gambar thumbnail. Gambar thumbnail ini telah di 'print screen' terus dari VCD rakaman Anwar ini. Dengan thumbnail, pelayar website boleh membuat 'preview' daripada gambar yang telah di kecil kecilkan. Jikalau pelayar berminat dengan salah satu gambar yang kecil, pelayar website boleh klik kepada thumbnail tersebut untuk melihat gambar yang besar dan jelas. Sila klik link di bawah untuk ke thumbnail page.

Format 

anwarkaki

Size thumbnail 179 KB
Masa Untuk Download = 10 saat - 2 minit
Kualiti Gambar (thumbnail) = Sederhana
Kualiti Gambar (Enlarge) = Sangat Baik

--------------------------------------------------------------

Format seterusnya ialah dalam bentuk AVI (Audio Video Interleaved). Format ini sangatlah besar fail saiznya. Hanya mereka yang mempunyai T1 atau T3 connection sahaja yang boleh download file ini. Jikalau pelayar menggunakan standard cable modem untuk download file ini, sila gunakan download manager. Download ini mengambil masa satu hari bagi standard cable modem. Kebaikan format ini selain dari gambar yang sangat jelas ialah AVI format boleh di 'burn' ke dalam CD copy bagi mereka yang mempunyai CD writer. Selepas di'burn' ke dalam CD, saudara boleh lah mencetak banyak banyak VCD dan sebarkan kepada rakan rakan yang lain. Namun, AVI format hanya boleh di tonton di dalam Mpeg player atau windows media player. Secara ringkasnya, AVI hanya boleh di tonton di dalam computer, dan bukannya di dalam VCD player. Jikalau saudara ingin menukar format supaya ia boleh di mainkan di VCD player, sila download dahulu AVI format ini dan kemudian carik la tokan VCD sebab mereka adalah pakar membuat VCD.

AnwarBerjalan (AVI) 127 MB
Size 127 MB

Masa Untuk Download = 15 Jam - 24 Jam (56Kbps Modem), 10 minit untuk T3 connection.
Jangkamasa Video = 3 Minit 45 saat
Kualiti Gambar = Sangat Baik (Maximum Resolution at  100% full screen)
Kualiti Audio = Sangat Baik

--------------------------------------------------------------

Format terakhir juga adalah dalam bentuk AVI. Tetapi file ini kecil sedikit sizenya dari yang sebelum ini. Kualiti gambar dan Audio amat baik tetapi pada screen resolution yang sederhana. Fail ini juga memerlukan T1 atau T3 connection bagi download yang cepat. Tetapi, jikalau saudara hanya mempunyai cable modem sahaja tetapi Anwar adalah idola saudara, tidak salah bagi saudara mencuba download fail ini. (tips: gunakan download manager).

AnwarBerjalan (AVI) 83.9 MB
Size 83.9 MB
Masa Untuk Download = 8 Jam - 10 Jam (56Kbps Modem), 5 minit untuk T3 connection.
Jangkamasa Video = 3 Minit 45 saat
Kualiti Gambar = Sangat Baik (Resolution sederhana 50% screen coverage)
Kualiti Audio = Sangat Baik

--------------------------------------------------------------

Logic..

Jika di perhatikan pada streaming video di atas, adalah di dapati bahawa timeline yang ditunjukkan adalah pada 4/4/2001, 19/4/2001, 23/4/2001, 25/4/2001, 3/5/2001 dan  9/5/2001. Tarikh yang menunjukkan Anwar berjalan kaki seperti biasa adalah pada 3/5/2001 dan  9/5/200. Kita sedia maklum, pada tarikh tarikh ini lah kemuncak di mana Anwar mengadu sakit tulang belakangnya sehingga beliau mahu di rawat di Jerman seperti yang di cadangkan oleh Dr Hoogland. Namun permintaanya ditolak. Tetapi setelah menonton streaming video di atas, satu persoalan yang penting timbul iaitu, mustahil Anwar boleh pulih begitu cepat. Atau adakah selama ini Anwar memang berpura pura?  Mustahil Anwar boleh sembuh begitu cepat tanpa apa apa rawatan. Adakah Anwar memang benar benar sakit seperti yang di gembar gemburkan? Untuk menguatkan hujah saya, saya sertakan sekali 2 keratan akhbar pembangkang di mana akhbar ini menunjukkan keadaaan Anwar yang seolah olah dalam keadaan 'tenat' seperti yang di tonjolkan olehnya.

 

Lihat tarikh pada akhbar ini menunjukkan 1-15 Jun 2001 menunjukkan gambar Anwar menaiki kerusi roda.

Wan Azizah dan Dr Hoogland. Perhatikan Tarikhnya.


Kenyataan Wan Azizah yang menggambarkan seolah olah suaminya akan mati kalau tidak dirawat. Lihat Tarikhnya menunjukkan 16-31 May 2001.

[Kembali ke Laman UTAMA]