Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

MOTOR ARUS TERUS SESIRI

PENGENALAN

 

Definisi motor

-         mesin yang menukarkan tenaga elektik kepada tenaga mekanikal.

 

Prinsip Motor AT

-         apabila satu pengalir yang membawa arus dimasukkan didalam medan magnet, satu daya mekanik dihasilkan yang mempunyai arah yang tertentu berdasarkan Hukum Tangan Kiri Fleming.

-         F=B.I.L ( Newton )

 

 

 

 

Binaan Motor Arus Terus Sesiri

 

-         Belitan medan bagi motor ini disambung secara siri dengan belitan angker.

 

                               

 

-         Ia menampung segala arus yang mengalir pada litar magnet.

-         Belitan medan siri diperbuat daripada belitan dawai tembaga kasar dengan lilitan yang sedikit tetapi mampu menghasilkan D.G.E yang diperlukan kerana nilai arus angker yang tinggi melaluinya.

 

Bulatan medan motor ini disambung secara siri dengan angker. Oleh sebab itu, pada beban yang besar, fluksnya besar dan daya kilasnya tinggi. Kelajuan motor ini boleh mencapai tahap bahaya (merosakkkan motor) jika dihidupkan tanpa beban terpasang padanya.

 

Beban yang disambungkan menerusi tali sawat atau rantai tidak dibenarkan kerana kemungkinan untuk tali sawat atau rantai untuk putus adalah tinggi. Jika ini berlaku, bererti motor dihidupkan tanpa beban.

 

Teori Motor Arus Terus Sesiri

 

Motor arus terus sesiri adalah agak berbeza jika dibandingkan dengan motor pirau dan majmuk. Ini disebabkan fluks dihasilkan secara berasingan oleh arus sesiri yang mengalir melalui armatur. Untuk menerbitkan persamaan bagi daya elektromotif (emf) dan persamaan tork bagi motor arus terus sesiri adalah agak mudah jika kita menganggarkan hubungan antara fluks dan arus armatur dengan menganggap bahawa motor beroperasi pada keadaan linear dalam lengkung kemagnetannya. Maka kita boleh menulis

 

f = ks Ia

 

Maka persamaan daya emf dan torknya masing-masing menjadi

 

Eb = ka wm f = ka wm ks Ia

 

T = ka f Ia = ka ks Ia2

 

Persamaan untuk litar bagi motor arus terus sesiri menjadi

 

Vs = Eb + Ia(Ra + Rs) = (ka wm ks + RT) Ia

 

Di mana Ra ialah rintangan armatur, Rs ialah rintangan sesiri bagi lilitan medan dan RT ialah jumlah rintangan. Daripada persamaan di atas, kita boleh menyelesaikan Ia dan menggantikannya di dalam persamaan tork di atas untuk mendapatkan hubungan di antara tork dan laju motor.

 

T =        ka ks  Vs2   /   (ka wm ks + RT)2     

 

 

 

Persamaan di atas mengimplikasikan bahawa tork berkadar songsang dengan kuasa dua laju motor bagi motor sesiri. Persamaan di atas juga menunjukkan bahawa dalam keadaan tertentu, perlakuan motor adalah tidak stabil. Memandangkan laju meningkat apabila tork berkurang, kita boleh melihat bahawa jika seseorang memutuskan beban serentak, laju motor akan meningkat secara tiba-tiba ke nilai yang bahaya. Untuk mengelakkan laju yang berlebihan, motor sesiri sentiasa berpasangan dengan beban secara mekanikal. Langkah ini tidak semestinya merugikan, kerana motor sesiri boleh menghasilkan tork yang tinggi pada laju yang rendah dan oleh itu, ia boleh berfungsi dengan baik untuk aplikasi menarik beban. Contohnya, conveyor belts dan sistem rejangan kenderaan.

 

Lengkung tork dan laju melawan kuasa bagi motor sesiri ditunjukkan seperti gambarajah di bawah.  

 

 

 

                                            

 

 

Persamaan pembezaan bagi litar armatur motor diberi sebagai

 

Vs = Ia(t)(Ra + Rs)+ La dIa(t) + Ls dIa(t) + Eb

                                      dt              dt

 

    = Ia(t)(Ra + Rs)+ La dIa(t) + Ls dIa(t) + Eb + ka wm ks Ia

                                      dt              dt

 

 

Ciri-ciri Motor Sesiri

 

 

 

a) Ciri Daya Kilas (T/Ia)

-         Arus medan dan arus angker dalam motor AT siri adalah senilai, dan ini fluks yang terhasil adalah berkadar terus dengan arus Ia.

-           TµIa2

-         Daya kilas medan siri pada keadaan beban ringan adalah lebih rendah kerana menghasilkan sedikit fluks.

 

b) Ciri Kelajuan (N/Ia)

-         Apabila sedikit beban dikenakan pada aci arus angker Ia adalah kecil maka kelajuan mesin meningkat.

-         Motor siri biasanya dikendalikan dalam keadaan berbeban.

-         Pada kelajuan rendah, daya kilas adalah tinggi dan ini memberikan kecekapan yang baik.

 

 

 

Aplikasi Motor Arus Terus Sesiri

 

 

Motor ini sesuai untuk penarikan beban contohnya keretapi elektrik. Keistimewaannya ialah ia boleh beroperasi pada voltan arus terus dan voltan arus ulang-alik.

 

                                                                                                                             

[PENGENALAN] [PRINSIP & PEMBINAAN] [TEORI] [JENIS - JENIS MOTOR ARUS TERUS]

[CONTOH SOALAN] [RUJUKAN] [AHLI - AHLI KUMPULAN] [webmasters]

[HOME]