Motor arus terus sesiri adalah agak berbeza jika dibandingkan dengan motor pirau dan majmuk. Ini disebabkan fluks dihasilkan secara berasingan oleh arus sesiri yang mengalir melalui armatur. Untuk menerbitkan persamaan bagi daya elektromotif (emf) dan persamaan tork bagi motor arus terus sesiri adalah agak mudah jika kita menganggarkan hubungan antara fluks dan arus armatur dengan menganggap bahawa motor beroperasi pada keadaan linear dalam lengkung kemagnetannya. Maka kita boleh menulis
f
= ks Ia
Maka
persamaan daya emf dan torknya masing-masing menjadi
Eb
= ka wm
f
= ka wm
ks Ia
T
= ka f
Ia = ka ks Ia2
Persamaan
untuk litar bagi motor arus terus sesiri menjadi
Vs
= Eb + Ia(Ra + Rs) = (ka wm
ks + RT) Ia
Di
mana Ra ialah rintangan armatur, Rs ialah rintangan sesiri
bagi lilitan medan dan RT ialah jumlah rintangan. Daripada persamaan
di atas, kita boleh menyelesaikan Ia dan menggantikannya di dalam
persamaan tork di atas untuk mendapatkan hubungan di antara tork dan laju motor.
T
= ka
ks Vs2
(ka
wm
ks + RT)2
Persamaan
di atas mengimplikasikan bahawa tork berkadar songsang dengan kuasa dua laju
motor bagi motor sesiri. Persamaan di atas juga menunjukkan bahawa dalam keadaan
tertentu, perlakuan motor adalah tidak stabil. Memandangkan laju meningkat
apabila tork berkurang, kita boleh melihat bahawa jika seseorang memutuskan
beban serentak, laju motor akan meningkat secara tiba-tiba ke nilai yang bahaya.
Untuk mengelakkan laju yang berlebihan, motor sesiri sentiasa berpasangan dengan
beban secara mekanikal. Langkah ini tidak semestinya merugikan, kerana motor
sesiri boleh menghasilkan tork yang tinggi pada laju yang rendah dan oleh itu,
ia boleh berfungsi dengan baik untuk aplikasi menarik beban. Contohnya, conveyor
belts dan sistem rejangan kenderaan.
Lengkung
tork dan laju melawan kuasa bagi motor sesiri ditunjukkan seperti gambarajah di
bawah.
Vs
= Ia(t)(Ra + Rs)+ La dIa(t)
+ Ls dIa(t) + Eb
dt
dt
= Ia(t)(Ra
+ Rs)+ La dIa(t) + Ls dIa(t)
+ Eb + ka wm
ks Ia
dt
dt