*Words of My Soul*

RINDU


Rindu,
Apa maksud sebenarnya?
Tidak kufahami,
Ku cuba untuk fahami,
namun, masih tak bisaku mengenali,
Erti sebenarnya rindu,
Adakah benar?
Ku tak bisa mengerti,
Ku ingin, ku mahu memahami,
Bilakah rindu ini kan berakhir?
Pabila berjumpa dengannya kah?
Pabila mendengar suaranya kah?
Atau pabila melihatnya tersenyum padaku?
Ku hilang dihanyut ombak kekeliruan,
ATerkapai-kapai mencari pautan,
Agar tidak kelemasan di lautan rindu...

Aku rindu padanya,
Ku mengerti akhirnya,
Jawapan hanyalah padanya,
Ku kan mengerti ertinya rindu,
Pabila hadir dirinya,
Di depan mataku....

Nukilan,
-Jihan-
-0015-
-100620030-