Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

Crita nih sepatutnya kena publish di Sasila 2002... tapi teda. Nih sumer psal Pushpop yang nangis-nangis mo artikel sains. So korang baca ler sni... aku kasi panjang sket. Jan ler mare kalo tia ori. Dis is even better! ENJOY!

 

 

AKU & MASA 

Chapter 1

        Sejak aku balik dari Dungun Jun lalu, hubungan aku dengan adik-adik aku terasa renggang. Hanya kerana aku jarang menegur mereka, tidak bermakna aku tidak mempedulikan keluarga aku.

        Aku telah berusaha untuk menyara hidup kami adik-beradik setelah mak dan ayah meninggal dunia dalam nahas kapal terbang sebelum aku menghadapi SPM. Sebagai seorang anak, tentulah kejadian malang ini memberi tamparan hebat lebih-lebih lagi sekiranya peperiksaan penting akan menjelang. Namun, aku tidak menjadikannya sebagai alasan mengapa aku tidak mampu berjaya dalam peperiksaan. Ini kerana, masa depan adik-adik aku menjadi pendorong.

        " Abang la yang lain macam!" Kay merungut apabila aku bertanyakan mengapa mereka berfikiran aku tidak mengendahkan mereka sekembalinya aku dari Dungun.

        " Lain apa?" aku mula meradang. " Biasa jak pun!"

        " Ceh, bila limpas kami, buat cam nda nampak ja!" Kay membalas.

        " Mestikah aku start tegur baru korang mo tegur?"

        " Muka pun cam teda mood," jawab Perth. " Takutlah kami kacau."

        " Tau pun takut mo kacau... aku penatlaa buat tesis sana sini," aku cuba cool down. " So aku mo rehatlaa. Salam masuk rumah pun cukuplaa... takkan hari-hari mo tegur?"

        " Tia mo tegur pun, jan la buat muka mo 'makan urang'!" Perth berkata terus sebelum Kay sempat membuka mulut.

        " Budak-budak nih... kasi aku rileklaa!" aku mula fed-up. " Cuti aku seminggu ja... aku buat muka 'lapar' psal tia mo korang tarik-tarik minta bawa outing."

        Aku terbatuk sikit. Dua ekor 'ondoyutung' itu akhirnya terdiam bila aku baring kembali di atas sofa. Terasa ada aura ketidakpuasan hati masih menyelubungi mereka dan sebelum mereka mula membahas balik, aku minta mereka ambilkan air.

        " Abang nih," Kay datang dengan segelas air. " Batuk, minum, batuk, minum... makan panadol laa."

        Sebelum menjawab, aku meneguk air itu sekali. " Minum air pun bleh sihat bah... nah! Pi main jauh-jauh. Abang mo rehat." Aku meletakkan duit seringgit bulat di atas meja. Aku tau mereka tidak puas hati.

        " Abang nih," Perth mula merungut. " Sekarang zaman moden, mo pujuk dengan seringgit tuh ketinggalan zaman sudaa."

        " Ya, cubala sepluh ringgit ka... lima puluh kaa..."

        Aku menyeluk kembali saku aku. Terlihat sinar harapan dari air muka mereka.

        " Nah!"

        " Ceh, abang nih karitla!" mereka merungut apabila aku sekali lagi meletakkan seringgit bulat di atas meja. Apabila mereka berkata begitu, kesabaran aku terbenam dan kemarahan aku menyala tapi aku tidak sempat melempar sebarang perkataan kerana batuk aku datang bertubi-tubi.

        " Yalaa... yalaa..." Mereka berdua beredar dengan seringgit masing-masing apabila terasa aura kemarahan aku membuak. Ketika mereka sedang memakai kasut di luar, aku terdengar desis-desis bicara.

        " Ha! mengumpat, mengumpat!" Sekali lagi aku terbatuk dan kali ini aku menghabiskan air di dalam gelas itu.

 

Chapter 2

        HON! HON!

        " Abang! Kak Flynn datang!" Sue memanggil dari bawah.

        " Sekejap!" aku bergegas turun. " OK, abang mo jalan dlu."

        " Abang pi mana?" Kay tidak pernah berubah. Tetap menyibuk.

        " Jalan ngan gilpren laa... apalagi?"

       " Abang ajak kak Flynn dine la dengan kita," Sue mencadang. " Saya suda masak nih."

        " Alala, nda dapat la, Sue," aku keluar dari pintu. " Korang makan abis jer la. Kami makan di luar."

        " Cakap penat," Perth menyindir. " Sendiri mo jalan-jalan." D'Beth menjeling jelingan 'berani-ko-cakap-gitu-sma-abang' pada Perth.

        " At least Flynn paham lagi aku penat sampai sanggup drive ambil aku," aku cuba tahan marah. Takut terhabis nafas sampai terbatuk gara-gara marah. " Daripada kamurang... tau tuduh orang ja!"

        " Betul nih abang tia mo makan? " D'Beth memujuk. " Esh, silap orang ker nih? Biar betul! Abang tia mo makan?"

        " Aku makan di luar laa..." sejuk sikit hati aku oleh D'Beth. Dialah penyelamat perang.

        " Oh, takper, takper, saya faham," D'Beth masih dengan slang yang sama. " Er, takperla, bang! Takper, takper. Kirim salam ngan kak Flynn, haa? "

        " Abang balik jam berapa? " tanya Sue.

        " Nda payah laa tunggu aku," aku beredar. " Abang tidur tempat Flynn. Besok, abang balikla. OK, ciao!"

        Tiba-tiba aku terbatuk sampai terstop jalan. Aik? Takkan penat bercakap? Jalan pun belum dua langkah. Alamak, harap dorang tak syak apa-apa pasal aku.

        " Abang mesti belum makan penadul nih!"

        Aku menoleh pada Sue di muka pintu yang sedang mencekak pinggang. Terdengar bunyi nasi tersembur di dalam rumah. Mesti yang lain tengah ketawa berabis. Aku hanya mampu senyum kambing.

        " Ko nih, Sue... membebel jak!" Aku terus masuk ke dalam kereta Flynn.

        Sue menunggu sehingga kereta Honda itu beredar dan tidak kelihatan lagi lalu masuk ke dalam rumah. D'Beth, Perth dan Kay masih menahan ketawa.

        " Apasal kamu nih?" Sue kurang faham. " Ketawa nda tentu pasal. Nanti nasi masuk hidung." Sekali lagi mereka ketawa.

        " Kak Sue nih!" Kay seperti biasa, meng'cover' keadaan sebenar. " Cakap dengan abang pun macam menjerit dengan jiran di hujung. Kuat betul!"

         " Habis? Takkan mo cakap lembut-lembut, nanti abang geli."

         " Nda laa... jan la sampai jiran hujung dengar," Perth mensupport.

         " Mana ada! Kamu nih, makan lah!"

 

Chapter 3

        “ Kak D’Beth nih! Orang mo tengok channel tadi bah!” Perth merungut.

            “ Tengok nih laa,” D’Beth berkeras. “ Saya bukan selalu cuti. Jadi sayalaa conquer TV satu minggu nih. Minggu lain, ko lah!”

            “ Eih, semualaa cuti,” Perth terpaksa mengalah. “ Dua-dua la satu minggu. Sama ja bikin panas!”

            “ Jan begitu, Perth,” Sue memujuk. “ Channel nih pun best apa? Mari duduk sini.”

            “ Malas laa, kak Sue,” Perth terus menaikki tangga. “ Ada burung bertenggek pegang remote!”

            “ Merajuk la tuh…” sindir D’Beth.

            Perth ke biliknya tanpa mempedulikan sindiran D’Beth. Sebelum membuka pintu, Perth ternampak pintu bilik abangnya terbuka lalu mensyaki sesuatu. Perth membuka luas pintu tersebut.

            “ Kay!” Perth bergegas kepadanya. “ Apa ko buat sni? Jan kacau barang abang! Nanti dia marah!”

            “ Ssh! Jan bising!”

            “ Apa ko buat sni?!”

            “ Ko tengok nih!”

            “ … I…love you… more…

            “ Bukan itu,” Kay mengangkat sebuah sampul putih yang besar. “ Nih surat kita sudah baca dulu. Yang nih…”

            Perth menarik keluar segala lembar kertas yang ada di dalam sampul tersebut dan sehelai filem x-ray bahagian dada.

            “ Apalah?”

            “ Perth, ko rasa abang tuh sakitkah? “

            “ Sakit apa lagi nih?“

            “ Aku tanya jak… manatau…”

            “ Biasa ja x-ray nih,” Perth mengangkat filem itu ke atas supaya boleh melihatnya dengan cahaya lampu. “ Trakea… bronkus… bronkiol… alveolus… jantung…”

            “ Ko rasa paru-paru ada uratkah?“

            “ Ko nih ada belajar nda? Ada la bah! Abis, camna darah mo hantar oksigen masuk?”

            “ Yalaa… Cuba ko tengok hari bulan di bawah tuh x-ray,” Kay menuding pada hujung penjuru filem itu. “ 4 hari bulan, baru-baru jak nih.”

            “ Camna mo tau apa maksud nih tulisan? Yang doktor punya, yang cincai,” Perth menyusun kembali kertas-kertas dari sampul itu seperti sediakala. “ Nanti kalau kak D’Beth sudah jadi doktor, lagi cincai cam cakar burung.”

            “ Apa ko cakap, Perth? “

            Perth dan Kay menoleh belakang.

            “ Er… hai, kak D’Beth… he he…”

 

Chapter 4

       Aku tidak tahu sampai bila aku boleh tahan dengan batuk yang sering datang ini. tetapi sejak kebelakangan ini, aku sudah rajin minum air, kalau dulu, bila dahaga datang sahaja. Ha! Ha! Sesia ubat batuk dan medicine lain yang diperskripsi oleh klinik untuk aku pasal aku dah lama derma pada DBKK. Nak paksa aku makan ubat? Jangan mimpi. aku memang tak minat nak sihat dengan makan ubat. Kenapa? Satu, sakit nih aku rasa selama-lamanya tiada chance mahu sembuh so aku tak mahu berharap sangat dengan ubat. Kedua, susah nak jelaskan. Cukuplah dengan adanya antibodi.

         Dalam seminggu ini, aku kena rehat habis pasal bila aku kembali ke universiti nanti, aku kena menghadapi exam besar untuk tahun terakhir dan juga diwajibkan membuat tesis 'GEOGRAPHIC WONDERS'. Tesis itu merupakan harapan aku untuk mendapat Special Mark dalam sijil graduate. Macam manalah aku nak hadapi semua ini? Aku tidak mampu melihat masa hadapan. Aku hanya mampu mengeluh.

        " Can't sleep?" Suara itu memecah lamunan ku namun aku lega kerana dalam sekelip mata ia menenangkan kekusutan mindaku. Aku terus mendiamkan diri. Tentulah jawapan aku tetap ya.

         " Risau pasal 'tu'? " Flynn bersuara lagi.

        " Aku tak pasti sama ada aku sempat melakukan segalanya dalam masa yang singkat ini," aku membalas. " I'm not afraid. Just..."      

        " Your family?" tekaannya tepat sekali. " You know, aku menyesal ambil Physical Engineering. Kan bagus aku take in Bio-Medic? Sekurang-kurangnya aku boleh find out lepas graduate nanti."

        " Hey, you like Physics kan?" aku cuba memadam kekesalannya. " Kalau ko ambil medic pun... ah! Entahlah. This thing kita memang tidak sangka bah. Lagipun D'Beth ambil medic maa."

        " Yes, but time..." ada kelogikkan dalam kata-katanya. " She grad next year. Kita this year. I don't think you can wait dat long..."

         " Relax... Kita hope for da best sajalaa..." Mulut sahaja cakap begitu tapi sebenarnya aku pun tidak pasti sama ada harapan ini boleh termakbul.

 

Chapter 5

Diary Sue

8:47 am..................... 13hb Jun, Isnin

Hari ini kami hantar abang, kak Flynn dengan D'Beth pegi airport. Tia ramai sangat orang di sana tadi. Nasib baik. Adakah abang boleh lupa flight dia jam berapa? D'Beth pun tesalah simpan tiket. Nasib abang kak Flynn datang awal sikit mau jemput. Kalau tia mmg tertinggal. Flight jam 8.30am. Kami sampai airport tadi 15 minit lagi berlepas. Kalau ramai orang di kaunter tadi... sia pun tia taulah kalau dorang sempat check-in. Time hantar dorang tadi... sia rasa lain macam dengan abang. Dia macam mo cakap samting tapi tia tekeluar. Kak Flynn pun cam sedih sikit. Kenapa tuh ha? D'Beth cam tau tau jak. Mungkin aku nih terlampau sensitif. Biarlah. Sia kasi abang panadol dalam plastik tadi. Kalau dia buka, mesti dia buang tuh. At least sia sudah cuba tolong. Ntah kenapa abang tia pandai sembuh. Sebelum jalan, abang cakap 2 minggu sebelum exam dia mo balik buat tesis di Sabah. Dia cakap tesis untuk markah tambahan. 1st time dalam 3 tahun abang ambil course nih buat tesis di Sabah. Lagipun abang mo bawa kami sekali pegi tempat tuh.......... TORINGAI BEACH!

 

 

Diary D'Beth

Flight MH1963 * 9.00am * 13/6/05 *

Boringnya! Nasib baik kami sempat naik flight! Bulih² sia terlupa sia simpan tiket dalam nih diary. Si Perth berabis ketawa. Bikin malu sejah. Dia yang bagitau sia sruh cek diary. Alamak!!! Mesti dia sudah baca pasal ITU!!! Tapi aku rasa tidak... harap² teda. Dia pun macam nda tau. Tapi bulih² dia kasik ketawa! Nanti dia... lain kali baru balas.

2 jam 45 minit mo sampai KLIA. Skarang tinggal 2 jam 15 minit la gitu² . Punya lama! Sia duduk seblah tingkap. Kak Flynn di tengah. Abang di tepi. Dorang macam bincang samting serius tapi sia tidak dengar psal awal² lagi sia dengar walkman. Sia tia dengarpun, sia boleh teka sudah apa dorang bincang. Mesti pasal ITU. Kenapa abang tia kasitau kami hah?

Breakfast sudah sampai. Stop dulu lah. Nanti sia sambung.

 

 

Diary Perth

Bilik Aku! * 10.10am * 13/6/05*

Apalah kak D'Beth nih. Tulis intro diari pakai ***. Sekali sekala ikut nda pa maa. Tadi pagi dia terlupa mana dia simpan tiket. Nasib baik aku ternampak tuh tiket time baca diari dia. Kalau nda... nangis nda dapat terbang. HaHaHa! Burung nda dapat terbang!

Tadi abang Wade (abang kak Flynn) bawa kami pi minum di YoYo. Kalau bukan Kay bising btul, mungkin boleh pi kedai yg standard skit. Aisehh!!! Nda bah. Abang Wade tuh peramah btul. Best! Abang pun begitu dulu tapi dia cam ada problem skarang.

Semua psal sakit dia skarang. Aku masih risau psal apa yang Si Burung tulis dalam diari dia. Dia pun tia brapa pasti abang btul² sakit atau nda. Stu kali ja dia tengok tuh filem x-ray tuh malam... trus dia marah kami pastu kena halau. Dia kluar pun dengan muka stu macam. Aku harap kak D'Beth tia bermaksud mo tulis TUH. Terukkah TUH penyakit hah?

Nasib aku letak nih buku dalam laci aku. Si Kay lagi penyibuk. Aku sibuk sma burung jak. Kay nih sama sepa² jak dia mo. Kunci pun aku slalu bawa. Kalau Kay tau psal penyakit abang... mesti dia bagitau kak Sue. Kak Sue pula mesti terkejut sampai semua jiran terdengar. Eh, simpanlah dulu.....

 

 

Diary Kay

Hari ini 13 hari bulan Jun. Cuaca cerah dan berangin. Jam skarang menunjukkan pukul 10.15 pagi. Kalau ikut jam abang... 10 minit cepat. Jadi 10.25 pagi. Dorang tiga sudah naik flight. Baguslah dorang sempat kejar flight. Tadi abang kak Flynn bawa kami gi minum YoYo. Kami panggil dia Abang Wade. Punya baik dia. Kalau abang kawin sma kak Flynn, kira abang Wade tuh abang ipar kami la juga... eh, nda! Sedara-mara. Bestnya!

Tadi sia minum milky-T + pearl + coconut cube. Perth, milky-T + coconut cube jak. Kak Sue, ntah frapu apa tuh. Abang Wade, coffee shake. Rasanya lama sudah abang nda bawa kami jalan². Dia slalu batuk! Kak Sue pun balik² sruh makan 'penadul' tapi abang slalu juga tia mo. Teda guna dia bilang.

Ah, tadi abang bgto bila dia balik, dia mo bawa kami gi Toringai mo buat tesis. Dia ckp dia bawa abang Syaffiq sekali. Sia tia sabar lagi! Harap masa berlalu dengan cepat.

 

 

Diary Adamn

Aku masih mo buat banyak kerja... banyak benda... banyak hal aku belum buat. Kenapalah sakit nih datang? Kenapa aku? Dorang masih perlu aku...

..........TIME...........

I need more time.... Time.... Please go slow......

 

Chapter 6

             21 Julai 2005

            Tiga minggu lagi exam besar akan menjelang. Aku rasa aku sudah ready. Sekarang aku kena siapkan tesis aku dalam masa seminggu. Syaffiq pun join sekali dengan aku. Kami sekuliah dan untuk tesis ini, kami share tempat kajian. Laut Toringai. Aku akan kaji tentang bentuk muka bumi (BMB) manakala Syaffiq, laut dan kehidupannya. Sejak Syaffiq mewakili sekolah untuk Pelayaran Kuching ke Labuan pada tahun 2002 dahulu, dia sudah tertarik hati dangan keluasan serta keistimewaan laut. Aku boleh nampak dari air mukanya apabila aku memberitahu tentang laut ini, dia memang tidak sabar nak datang.

            Ada sebab mengapa aku pilih Toringai. Tempat ini belum pernah diterokai. Tiada pusat pelancongan yang pernah ada maklumat tentangnya dan lagipun, tempat ini terpencil. Malah, jarak dari jalan besar lebih kurang 20km. Walaupun aku pernah menyelam dalam lautnya sekali sahaja, namun pemandangan dasar laut masih segar dalam ingatan.

            Waktu itu, ayah masih ada... dia seorang ahli geologi. Sewaktu ayah dan beberapa rakannya menjalankan kajian untuk BMB di Toringai, aku juga ikut sama. Masa tu aku berumur 10 tahun agaknya. Sebenarnya aku tak boleh cakap aku menyelam ke dasar laut. Patut kata aku tenggelam. Ha! Ha! Ha! Bila ayah siap pakaikan gogel dan kelengkapan menyelam lain pada aku, tiba-tiba dia terus letak aku dalam air. Mula-mula aku terkejut juga tapi bila tenggelam... ntahlah camner nak cakap - terpesona kot. Panik aku terus hilang. Punya lawa! Masa seperti tidak mahu aku keluar dari situ sehinggalah ayah datang 'menyelamatkan' aku. Mereka semua ingat aku tenggelam... aku memang tenggelam pun tapi tidaklah lemas. Sejak itu, ayah sentiasa memakaikan aku life-jacket apabila kami turun ke laut.

            Tapi kali ini bolehlah aku menyelam sesuka hati pasal Syaffiq bawa sekali speed boatnya. Lagi satu, BMB yang paling aku gemari ialah batu sumpahan di atas permukaan laut. Ia digelar batu sumpahan berdasarkan kepercayaan penduduk tempatan. Terdapat 3 batu di tengah laut. Yang paling besar, saiznya seperti sebuah pulau dan dipanggil Istana Batu. Sebuah lagi berbentuk kapal layar. Yang ketiga seperti pasangan pelamin 'gergasi'. Semua ini menjadi tanda tanya sejak aku melihatnya buat pertama kali. Betulkah seperti yang dinyatakan oleh penduduk sini? Batu ini adalah sumpahan...

            " Abang, lama juga jalan grubble nih?" Sue memegang kepalanya kerana kereta itu asyik bergegar.

            " Sabar," aku menenangkan. " Sekejap lagi."

            " Dari tadi abang cakap sekejap lagi, sekejap lagi," Sue merungut. " Bila?"

            " Lek bah," tambahku. " Tengok dorang bang Syaffiq. Hepi² lagi di belakang."

            Dari rear mirror kereta Invader kepunyaan Syaffiq ini, aku dapat melihat gelagat Syaffiq dengan Perth dan Kay yang duduk di dalam speed boat - gembira fullblast. Speed boat ini ditarik di belakang Invader sejak perjalanan dari Kota Kinabalu. Bukannya susah sangat, macam 'tow' kereta jak. Mereka bertiga bukanlah berada di situ sejak KK lagi, kalau ya, mungkin sudah kena saman. Syaffiq yang bercadang duduk di situ sebelum kami masuk simpang jalan untuk ke laut supaya budak-budak tidak boring.

            " Kenapa, Sue? Pening?" D'Beth bertanya dan Sue mengangguk. " Kalau begitu, makanlah penadul."

            " Ish, kau nih Beth!" Sue tersenyum sikit.

            Sebenarnya D'Beth tidak patut berada di sini tetapi dia telah minta cuti khas untuk balik Sabah hanya kerana mahu menyertai perjalanan ini. Baguslah, lagi ramai lagi meriah. Mungkin kali terakhir kami bergembira bersama.....

 

Chapter 7

        " Munsang," Syaffiq memanggil dari tangga jeti. Nama nih dia memang panggil aku dari dulu lagi. Sebenarnya ini nama seorang junior kami yang sebaya Perth dan Kay tapi oleh kerana nama sebenar kami serupa sikit, maka merangkaplah aku sekerabat Munsang.

       " Napa?" aku menyahut sambil mengangkat barang-barang dari kereta bersama dengan  D'Beth dan Sue. " Berat? Mau aku tolong?"

        " Nda apa," dia mengangkat tangan cam polis trafik yang memberhentikan kereta. " Mo tanya jak... nih jeti nih masih kuatkah? Karang aku tolak Going Merry, karam pula."

        " Kuat... don't worry," aku meletak barang yang aku angkat tadi dengan kelompok yang lain. Going Merry? Baru aku teringat. Itu nama kapal lanun dalam komik One Piece. Syaffiq memang ada jodohlah dengan laut.  Cintanya pada laut dari komik sampailah ke realiti, tidak dapat dipisahkan lagi.

        Aku melihat Syaffiq, Perth dan Kay menolak speed boat itu sehingga ke hujung jeti. Untuk seketika, mereka kelihatan berpakat untuk menolak boat itu ke dalam biru. Bila mereka sudah bersedia, Syaffiq pula memegang erat pada troller supaya tidak terikut masuk ke laut sekali. Tanpa disedari, kami bertiga yang berada di pantai, terkaku untuk melihat nasib Going Merry. Tiba-tiba boat itu terjatuh dengan cepat dan air berceburan tinggi. Kedengaran sorakan mereka dari jauh lalu disertai dengan derai ketawa Syaffiq dan Perth.

        " Eh, macam Kay terjatuh sekali," D'Beth bersuara apabila mendapati Kay tidak berada di jeti.

        Perasaan aku ketika itu adalah terkejut yang terus berubah lega memandangkan Syaffiq dan Perth tidak berhenti ketawa. Tentulah Kay tidak apa-apa. Syukur. Dari jauh Perth memanggil kami untuk melihat betapa lucunya keadaan Kay.

        " Sue, pi ambil baju untuk Kay," aku mencadangkan memandangkan dia masih kelihatan kurang bermaya setelah mengalami bumpy-ride. " Biar kami dua jak angkat nih. Ko rehatlah lepas tuh."

        Selesai mengangkat semua barang, aku mencari di mana aku letakkan khemah. Cari punya cari, aku tak jumpa. Takkan lah terlupa di KK? Alamak...

        " Abang cari camp nih?" D'Beth menunjuk beg yang baru diangkatnya.

        " Hei~ Ko tia sound awal²~" aku mengeluarkan nafas lega. " Kalo terlupa,hei~~... nasib baik la."

        " Abang sendiri yang pack sini," D'Beth mengingatkan.

        " Lupa bah... he he," aku mengcover malu.

        " Ooooii!..... Munsaaaanng!" suara Syaffiq hampir tidak didengari disebalik deruan ombak. " Hooo~oo~oo~oo!"

        Aku melambai tanda aku dengar panggilannya.

        " MARI MERONDAAaa~~!!!"

        Aku memberi signal menghalau sambil mengangkat khemah. Aku kena pastikan semua perfect untuk kami tinggal di sini. Lagipun, esok barulah kami akan mulakan kajian.

        " Beth? Mo join dorang?" aku bertanya dan D'Beth menggeleng. Kami sama-sama melambai pada mereka yang sudah berada di dalam boat dan sejurus selepas itu, enjin dihidupkan. Sorak tempik mereka terdengar hingga ke pantai. Kalau nak jelaskan secara geografik ... antara faktor yang mempengaruhi sebaran bunyi adalah arah angin dan  keluasan.

        Aku duduk sekejap sambil mengeluh kepenatan. Hembusan bayu laut... fuh, nyaman!

        " Lawakan, Beth?" aku bersuara dengan mata terpejam.

        " Memang batukah di tengah sana tuh?"

        " Ya. Besar tuh sana, cam pulau yang teda tumbuhan. Burung ja banyak."

        Tiba-tiba aku disiku.

        " Eh, sori. Aku bukan cakap psal ko. Memang banyak burung situ. Burung camar."

        Aku memejam kembali mata aku.

        " Abang... sakit apa?"

        " Eh, bukan kuat sangat ko siku tadi. Tialah."

        " Bukan tuh! Abang ada penyakitkan?"

        " Penyakit? Bila masa nih? Sihat jak pun..."

        " Abang jan tipu bah... Saya tau abang menghidap radang paru-paru!"

        " Sepa kasto ko nih?!" mataku terbuka luas. Tak mungkin dia tahu!

        " Hari tuh abang bawa balik x-ray..."

        Aku tidak terkata lagi. Rahsia yang ingin aku bukukan akhirnya diketahui juga. Aku tak boleh salahkan D'Beth hanya kerana dia dari jurusan medic dan tahu menganalisis x-ray. Aku tidak boleh salahkan dia kerana memasuki bilik ku dan melihat rekod perubatan aku. Aku hanya boleh salahkan diriku kerana tidak berupaya menyimpan perkara ini.

        " Sampai bila abang mo simpan? Sampai tiba masa?" D'Beth seperti dapat membaca akal fikiranku.

        " Aku tia mo korang risau..."

        " Kalau abang tia bagi tau lagilah susah," D'Beth bertegas. " Abang ada had masa?"

        Aku mengangguk dan D'Beth hanya memandang aku untuk mengetahui jawapan yang pasti. Aku memandangnya kembali. Haruskah aku terus merahsiakan atau biar mereka tahu? Aku tidak mahu mereka melayan aku dengan baik hanya kerana aku akan meninggalkan hayat ini. Aku juga tidak mahu mereka bersedih. Tapi...

        " 6 bulan..."  masih berat untukku ucapkan perkara sebenar.

 

Chapter 8

           Pagi-pagi lagi aku telah dikejutkan oleh Perth dan Kay. Dari cahaya di luar camp, matahari sudah meninggi. Tengaharikah sekarang nih? Bila aku melihat jam tangan aku yang berdigit besar, rupanya baru jam 7.04am. Tukang bangunku keluar laju apabila sudah pasti yang aku tidak akan baring kembali. Entah apa yang mereka telah buat sebelum aku bangun.

            " Meh pigi sungai!" aku bersuara sebaik sahaja keluar dari camp.

           " Kami sudah berus gigi!" Perth dan Kay bergegas ke hujung jeti di mana Syaffiq tengah memancing dengan membawa beberapa helai roti sebagai umpan.

            " Awal lagi dorang bangun tuh," ujar Sue.

            Maka dengan itu, seorang dirilah aku pergi ke sungai yang berada di kaki bukit tidak jauh dari pantai. Selesai sahaja aku menyegarkan diri, aku mencari beberapa batu untuk dibuat sampel. Secara tidak sengaja, sesuatu yang lucu melintas di fikiranku, comel juga bunyi air sungai mengalirkan? Aku tersenyum sendiri.

            " Bang, breakfast," D'Beth menuding ke arah tupperware (tapau) yang dekat dengan unggun api.

            " OK," aku masuk ke dalam camp. " Tukar baju jap, ah?"

            Perbualan aku dengan D'Beth semalam masih aku ingat. Dia memberitahu bahawa adik-beradik yang lain langsung tidak tahu tentang penyakit aku kerana dia tidak pernah cakap apa-apa yang ganjil tentang x-ray aku. Rasanya dorang percaya atau tidak? Aku pun tak tahulah. At least tiada yang tahu aku akan pergi melainkan D'Beth. Aku masih rasa macam aku perlu mengaku pada keluarga keadaan sebenar aku tetapi kadang-kadang aku rasa tidak perlu. Konflik dalam diri sering terjadi apabila aku memikirkan tentang perkara ini. Namun aku terus membisukannya.

            Aku membawa makanan aku ke hujung jeti untuk breakfast di sana. Kay datang ke arah aku dengan gaya jalannya yang kelihatan seperti menjengket-jengket sambil tersenyum.

            " Ha, nasib baik abang datang," tanpa berkata apa-apa lagi, dia terus mengambil salah satu rotiku dan membawanya kepada Syaffiq. " Tia payah ambil jauh²."

            Ketika itu perasaan aku geram ada, lucu pun ada. Sanggup mereka mengambil makanan aku?! Aku hanya membuat muka geram konon tanpa membantah lalu menjenguk ke dalam baldi di belakang Perth.

            " Banyakkan kami tangkap?" Kay membangga.

            " Cis, dia mana ada tangkap satu pun!" Perth memandang aku. " Balik² pasang umpan jak!"

            Kay menyiku bahu Perth.

            " Apanih?!" Perth mengaum. " Jeleskah orang dapat ikan?!"

            " Eleh, satu jak!" Kay membalas.

            " At least satu!" Perth tidak mengalah. " Daripada teda!!!"

            " Heh, sudah! Sudah! Aku tia senang makan dengar korang begaduh, apalagi kalau ikan dengar?" aku meleraikan pertengkaran kecil itu sebelum menjadi besar.

            " Ikan ada telinga meh?" Kay menyoal soalan cepumas.

            " Ha! Ha!" Syaffiq ketawa sebelum aku dapat menjawab. " Mestilah, ada kaki lagi."

            Sejurus selepas itu, kail Syaffiq mengena. Dia mengangkat jorannya dan memegang hujung tansi untuk menunjukkan ikannya padaku.

            " Sang, manusia ikan. Hee! Hee! Hee! Waarrkk!" Syaffiq tersengih sambil membuat bunyi-bunyi yang ganjil lalu melepaskan mata kail dari ikan itu dan memasukkannya ke dalam baldi.

            " Bila kita mo start kerja nih?" aku bercakap sambil mengunyah.

            " Lek, Sang!" Syaffiq memasang umpan baru. " Banyak lagi masa kita."

            Banyak lagi masa? Hmm, mungkin bukan untuk aku, Syaffiq. Mustahil aku akan diberi masa yang banyak sekarang. Bila-bila sahaja aku boleh pergi...

            ...dan tidak mungkin kembali lagi...

 

Chapter 9

            " Betul korang nda mau ikut aku nih?!" Syaffiq berdegil untuk mengajak Perth dan Kay menyelam.

            " Kami mo pigi istana," jawab Kay. Mereka semua lebih berminat terhadap batu sumpahan itu.

             " Nda mau jumpa ikan jerung? Ikan paus?" Syaffiq cuba mengagumkan mereka.

            " Pandailah ikan paus!" Perth tertawa. " Nantilah, bang Syaffiq. OK? Sabar."

            " Jangan menyesal kalau aku kena tangkap ikan duyung," Syaffiq memasang buoyant yang disambung dengan tali pada badannya sebagai petanda kedudukannya dari permukaan laut lalu memakai gogels.

            " Jam berapa ko mo kena ambil nih?" aku bertanya padanya.

            " Aa..... Lunch hour. Yeeehaaa!" Syaffiq terus terjun ke dalam laut.

            " Cepat jalan, bang!" Perth dan Kay tidak sabar memijak castle.

            " Sabar bah kamu nih!" D'Beth bersuara. " Tia nampakkah abang mo start suda?"

            " OK, guys!" aku accelerate boat ke hadapan. " Here we gooooo!"

            Sekarang aku sudah sedar. Buat apa takut kehabisan masa? Pedulilah kalau tinggal sekejap sahaja. Apa yang aku perlu buat ialah terus maju ke hadapan!

            Ya, betul. Maju ke hadapan.

            " OK!" aku mematikan enjin. " Perth, kasi turun sauh."

            " Ha? Kita turun sini?" Sue sedikit terkejut kerana aku tidak berhenti di tepi pantai.

            " Sini teda jeti laa," aku menerangkan. " Kalau stop dekat pantai, motor dia kena pasir nanti rosak."

            " Mana kami bawa baju sini, bang," D'Beth pula merungut.

            " Alaa, setakat pinggang ja dalam dia..." aku masuk ke dalam air.

            " Masalahnya, dorang takut basah bah, bang," Perth pun turut melompat ke dalam air. " Burung bukan itik. Tia boleh berenang. Ha! Ha! Ha!"

            D'Beth menahan geram dalam diam.

            " Ginilah, kita surung nih dekat sikit," aku mencadang. " Kay, meh turun sini."

            Kay menurut dan aku pun menaikkan sauh kembali lalu kami mula menolak boat itu sehingga paras air berada di lutut.

            " OK!" aku menarik sauh keluar. " Sampai sni jak. Nanti motor rosak."

            Sue mendahului sementara D'Beth memberikan beg kepada aku dan Perth. Beg tersebut berisi segala gadget untuk kajian aku. Aku nampak Kay sudah berlari ke gerbang batu. Melihatkan itu, aku suruh Perth kejar dia untuk tunggu semua orang.

            " Bessaarrrnya nih!" Kay cukup kagum.

            " Nah, jan jalan sorang²," aku mengeluarkan  dua walkie-talkie dan memberikan satu kepada Kay dan Sue. " Macam Tsung punya juga tuh tapi lain sket. Nih lampu nih tanda walkie-talkie lain."

            " Picit tuh lampu kalau mo cakap sma tuh orang," aku menerangkan sambil men-demo. " Abang punya no.1, korang lampu ke-3, dorang Sue no.2. OK?"

            " Er, abang, boleh tegur benda yang kami nampakkah?" D'Beth sedikit risau.

            " Tegurlaa... tapi dia nda bulih jawab," aku tersenyum. " Jan kacau sarang burung kalau terjumpa. Jan pigang. Nanti mama dia tia mo lagi jaga. Satu lagi, jan kacau aku buat tesis! Aku mo merakam juga nih. Nanti jam 11 baru aku senang. Pastu bulihlah kita sama² bergambar. Kalo kita tia terjumpa, korang balik sni jam 12. Kita balik."

            " Abang nih, banyak btul membebel!" Perth dan Kay terus berlari sambil ketawa riang.

            " Meh, D'Beth!" Sue dan D'Beth pun berlalu meninggalkan aku seorang yang sedang memeriksa sama ada bahan-bahan aku cukup atau tidak.

            Tepat jam 9.30am, aku sudah mula merakam kawasan sekeliling castle ini. Aku telah menghubungi adik-adik aku supaya tidak berada di tepi gerbang ataupun di tempat yang boleh melihat laut kerana aku akan merakam pemandangan castle itu dari laut. Aku tak mahu pula dalam rakaman aku kelihatan budak-budak bertempiaran.

            Selepas itu aku merakam perjalanan ke arah gerbang lalu masuk ke dalam gua. Setelah masuk sedalam 10 meter barulah keadaan mula gelap. Aku memasang torchlight dan night-vision pada video cam. Memang menakjubkan. Dinding castle ini adalah separuh batu dan keseluruhannya adalah batu karang. Aku mula terfikir sama ada benar ini adalah sumpahan ataupun didirikan secara semulajadi. Tapi tentulah mustahil batu karang boleh terus membentuk jadi kapal layar kalau nak ikut logik. Apatah lagi membentuk sebuah istana dengan gerbangnya sekali. Lambat laun aku akan membongkar juga semua kejadian ini. Sekiranya aku cukup masa.

            Kenapa dengan aku nih?! Kan aku sudah berkeputusan untuk terus ke hadapan? Kenapa pula aku risau balik pasal tak cukup masa lagi? Wei, Adamn! Teguhlah sikit! Apalah ko nih! Bikin malu aku! C'mon, we got a thesis to be done!

            Selepas berjalan seketika, aku tiba di suatu ruang kecil yang disinari cahaya matahari dari satu lubang di atas. Walaupun lubang itu tidaklah besar sangat, namun bunyi deruan ombak masih kedengaran dari dalam. Aku merakam keadaan sekeliling. Selesai sahaja, aku duduk di atas sebuah batu sambil berfikir apa yang aku akan buat seterusnya.

            " Hai, bang!" Kay tiba-tiba muncul. " Kami ikut abang masuk."

            " Apa korang buat sini? Kan aku cakap jan kacau!" aku merungut apabila Perth pun muncul. " Nasib baik aku tia merakam. Apa korang mau?"

            " Kami takut mo masuk sini," Perth menerangkan. " Bila kami ternampak abang masuk, kami ikutla pelan²."

            " Sue ngan Beth di mana?"

            " Ntah, dorang cari burung mengkali," Kay membalas.

            " Tempat apa nih, bang?" Perth berjalan ke sekeliling diikuti Kay. " Takhta raja? Ha! Ha!"

            " Macam," balasku secara spontan sambil berfikir kemungkinannya.

            " Apa yang abang risau nih?" mereka berdua mendekati aku.

            " Tedalah," jawabku ringkas.

            " Bestlaa sini, bang," Kay memuji. " Kita datang lagi sini cuti panjang?"

            " Heh, kalau sempat..." aku terlepas cakap. Apa kena aku nih?! Kan aku tak mo kisah lagi benda nih? Aaarghh!

            " Abang nih, cakap sempat, sempat.... macam mo mati jak," suara Kay yang lebih kanak-kanak membuat hati aku pilu untuk meninggalkan mereka. " Abang nih bukan tua sangat."

            " Sekarang nih orang muda pun boleh mati," aku mengubah konsepsi mereka. " Lagipun kita mana boleh tahu bila seseorang itu mati. Ajal boleh sampai bila² jak bah."

            " Psal tia tau bilalah baru best!" loyar buruk keluar dari mulut Perth.

            Patut pun aku rasa tidak best... Aku tahu bila aku akan pergi.

            " Bang? Bang, kenapa?" Kay memanggil.

            " Kalau... kalau abang teda tiba², korang sedihkah?"

            " Ish, abang nih!" Perth tertawa. " Teda tiba² cam magic pula!"

            " Andaikanlah abang meninggal, korang sedih?" aku tidak mempedulikan kata-kata Perth.

            Mereka berdua terus terdiam.

            " Abang nih, cakap bukan² macam mo mati jak!" Kay mengulang kembali katanya.

            " Mo matilah nih!" aku terbatuk kecil lalu tersenyum. Entah mengapa aku senyum. Kenapa hah? Sot!

            " Abang mo Kak Flynn kawin urang lain?!"

            " Abang tia mo kejar cita²?!"

            " Abang nih!"

            " Habis, abang mo kami makan apaa?!!"

            " Whuih, marah pula kamu kalo aku mati!" aku terkejut dengan reaksi mereka. " Yalaa. Yalaa. Sudahlaa! Eh, mana walkie-talkie kamu?"

            " Naa, Kay!" Perth pun baru menyedari. " Mana ko kasi tinggal?!"

            " Ko yang pegang tau!"

            " Mana ada! Ko yang!" Perth membesarkan mata.

            " Bah, sudah! Cepat cari, jan hilang pula!" aku memandang jam lalu mengemaskan alat-alat aku. Dekat jam 11 pun. Aku nak berseronok dengan mereka pula!

 

Chapter 10

            Kali ini, Syaffiq mengikuti kami menjelajah permukaan laut. Mula-mula dia berhenti dekat batu yang berbentuk kapal layar. Kapal itu diliputi lumut laut, batu karang dan tapak sulaiman. Memang ajaiblah kalau ini semulajadi. Tapi kalau disumpah, aku teringin tahu siapa yang boleh buat begini. Malangnya aku bukan ahli arkeologi mahupun ahli sejarah. Lain kalilah, kalau masa mengizinkan.

            Masa... suka pula aku sebut 'masa' sekarang nih. Masa bagaikan rakan sepermainan kita. Sejak kita dilahirkan sehinggalah dewasa, masa tidak jemu bermain kejar-kejar dengan kita. Selalunya, kita yang 'jadi sampai tua' tapi bila rakan ini meninggalkan kita, permainan itu berhenti setakat situ sahaja. Ketika itu, kita sudah tidak berguna.

            Orang yang 'Fake' pula tidak akan dipedulikan oleh masa buat sementara waktu kerana mereka masih ada banyak masa untuk membuat perkara yang mereka mahu di tempat yang sama sehinggalah ada orang datang untuk 'Save'. Aku andaikan orang yang sedang 'Fake' adalah orang yang tahu menguruskan masa. Terutamanya orang yang berjaya. Dan di saat mereka di'save' itulah saat masa akan bermain kembali dengan orang itu.

            Namun orang yang ditinggalkan masa tidak akan bermain dengannya lagi sampai bila-bila...

            'Apa yang aku buat sampai ko sudah boring ngan aku, hah, masa?' fikirku.

            " Hoi, Sang! Termenung aa?" Syaffiq menepuk bahuku. " Ingat girlkah? He! He!"

            " Eh, sampai sudah?" aku terkejut melihat kami sudah sampai di castle.

           " Tulaa, jiwang karat," Syaffiq turun dari boat. Adik-adik aku sudah berada di gerbang.

            Setibanya di pinggir gerbang, seperti biasa, aku memberikan mereka walkie-talkie dan mengulang kembali peringatan untuk mengingatkan mereka supaya tidak mengganggu kajian kami.

           " Ha, Perth, Kay," aku menegur mereka. " Jan ikut lagi nih kali."

            Muka mereka berdua blank.

           " Jan ikut lagi nih kali?" mereka mengulang ayat aku. Nampaknya mereka tidak faham.

           " Jan ikut abang masuk lagi di sana, paham? Kami mo merakam."

            " Lagi???"

            " Apasal kamu tia faham nih?"

            " Bila lagi kami pernah ikut masuk nih?" Perth mengerutkan dahi.

            " Kami mana pernah masuk sana!" ujar Kay. " Abang tia sruh."

            " Aik? Biar betul!" aku hairan. " Alaa, yang tadi pagi tuh di dalam gua bah!"

            " Gila." Mereka terus berlalu dengan muka kehairanan. Aku bertambah hairan.

            " Naa, Sang," Syaffiq merakam muka aku. " Inilah muka kerisauan Encik Adamn yang telah bertemu dengan penunggu pulau batu ini iaitu Manusia Ikan!"

            " Wui, On ka tuh?" tanyaku. Syaffiq mengangguk. Aku mencapai video cam itu.

            " Aaargh! Manusia ikan!!!" Syaffiq berlari masuk ke gua apabila aku cuba menutup video cam itu.

            Kalau yang aku jumpa itu bukan mereka berdua... takkan penunggu batu ini? Mustahil 'mereka' boleh tahu tentang Flynn dan gelagat adik-adik aku. Mungkin ilusi aku yang bermain akibat terlalu merisaukan masa yang semakin terhad. Ya, mesti begitu. Betul, betul! Apalah aku nih? Boleh terkhayal sampai begitu pula. 

            Andaikanlah yang berjumpa dengan aku itu memang penunggu... baik juga? Kenapa tia kacau aku pasal aku kacau tempat ini? Dorang... macam... mau aku terus hidup....

 

Chapter 11

               31 Oktober, 2005   

            " Fiq, kenapa ada mat salleh datang, hah?" aku menyiku Syaffiq apabila aku menyedari kehadiran tetamu asing di Hari Konvokesyen Universiti ini.

              " Ko nda tau, Sang?" bisiknya. " Dorang datang pasal mo bagi nobel untuk 3 tesis yang terbaik."

               " Tesis apa?"

               " Tesis spesel untuk Geologi tuh!" Syaffiq mengingatkan.

               " Buat? Dorang nih dari mana bah?"

                " Ntah, aku tengok cameraman dia pakai baju tulis Australia," Syaffiq memandang sekeliling dengan mata liar. " Aik, hilang, Sang!"

                " Apahal laa dorang menyemak sini?" aku membetulkan kedudukan aku pada kerusi. Jubah konvo nih bikin panas! Gatal. Kasar. Apalagi?

                Aku melihat ke sekeliling. Fameli siswa-siswi ramai mengalahkan semut! Entah sudah sampai atau belum adik-adik aku. Mustahil aku boleh kenal mereka di antara semua semut ini. D'Beth pula ada hal di U sendiri. Dia hanya cakap 'good luck' padaku.

                " Hey," seorang gadis menegur aku. Flynn.

                " Hey!" aku mengalihkan topi aku dari kerusi sebelah untuk dia duduk.

                " Your family is here," dia menunjuk pada suatu tempat yang tidak jauh dari kami. Sue, Perth dan Kay melambai. Aku melambai kembali.

                " Yours?" tanyaku.

                " At their side," Flynn menjawab ringkas.

                " Why?" aku bertanya padanya apabila air mukanya tiba-tiba muram.

                " Bad feeling," Flynn berkata straight to point.

                " Relax, Okay?" aku tahu apa yang dia risaukan. Hubungan aku dan masa. Flynn tetap menyesal kerana tidak mengambil medic course. Kejayaannya dalam Physical Engineering tidak membawa kegembiraan walaupun itulah yang dia inginkan selama ini.

                Flynn tersenyum. Senyuman manis yang kurang berjaya menutupi kekecewaan dan kerisauan di sudut hatinya.

                Tidak lama selepas itu, majlis pun bermula. Betullah seperti kata Syaffiq. Tetamu- tetamu asing itu datang dari Australia. Mereka professor dari Taylor College, Russo Institute dan Eynesbury Institute. Aku tidak menyangka bahawa tesis terakhir itu akan diberi penghormatan sebegitu rupa. Kalau aku tahu, aku akan buat tesis aku sebaik mungkin!

                Selepas beberapa ucapan, penerimaan sijil dan anugerah, Syaffiq menggoncang badan aku. Rupanya saat genting telah tiba. Ucapan pengenalan diberikan oleh Prof. Dr. Janiswaran, lecturer geologi kami. Tesis pelajar jurusan geologi yang dihantar ke Australia telah mendapat perhatian istimewa dan 3 orang pelajar akan diberi peluang untuk melanjutkan Master di Taylor College.

                India gemuk itu mulalah menerangkan pecahan jurusan geologi ini dari awal sehinggalah akhir. Dari jauh aku nampak cameraman Australia itu merakamkan ucapan Prof. Janis tanpa rehat. Sia-sia dia jadi cameraman. Akhirnya tepukan gemuruh kedengaran. Oh, bagus. Habis juga. Sekarang professor geologi Australia pula berucap.

                 Selepas itu, tibalah masa yang ditunggu-tunggu. Penerimaan Nobel.

                " Pelajar ini mendalami bahagian Laut dan Kehidupannya dalam jurusan Geologi," pengacara majlis cuba untuk men'saspen'kan hadirin.

                " This student indulge in The Ocean and it's Life of Geology Course," seorang lagi pengacara menterjemah kata-kata pengacara pertama.

                " Mesti si Terrence nih," Syaffiq seperti hilang semangat kerana Terrence adalah pelajar top dalam bahagian itu. " He~ii~..."

                " Seorang anak jati melayu."

                " He is a Malay."

                " Fiq..." aku menyikunya. Mukanya penuh harapan.

                " Dilahirkan di Georgetown, Penang pada 10 March 1985..."

                " Was born in Georgetown, Penang on 10th of March 1985..."

                Pada ketika itu separuh daripada pelajar dewan itu bersorak riang.

                " Alaa, Sang," Syaffiq menyandar terus pada kerusinya. "Tedalah nih!"

                " He is... Mohd. Asyraff Khairi with his thesis entitled, Depths Within!!!"

                Aku boleh nampak kekecewaan pada raut wajah Syaffiq. Dia telah buat sehabis baik ketika kajian demi tesisnya menyumbangkan markah dalam exam. Pada pandangan aku, dia patut juga menerima nobel ini. Keriuhan dewan tidak mengganggu perhatian aku untuk mengembalikan semangat Syaffiq. Namun, Syaffiq terus diam seribu bahasa.

                " Untuk Nobel yang menerima tempat kedua..." Ia diterjemah dalam English.

                " Pelajar ini... juga mendalami bahagian Laut dan Kehidupannya... Juga anak jati Melayu... Dilahirkan di Kedah pada 3 Januari, 1985..."

                Orang di sekeliling kami mula bersorak.

                " Woi, Syaffiq!" seorang rakan memanggil. " Awak lah tuh!"

                " Mohd. Syaffiq Syafie with his thesis entitled, All Blue Sabah!" akhirnya pengacara itu mengumumkan.

                " Yeehaa!" Syaffiq melompat kegirangan. " Sang! Manusia ikan! Yeah!"

                Aku melihat Syaffiq turun dengan gembira. Flynn juga turut gembira untuknya. Syaffiq dengan penuh bangga menaiki pentas dan menerima anugerah nobel dari professor Australia itu. Ada orang mengambil gambar Syaffiq ketika menerima hadiah. Itu tentu ayahnya. Tiba-tiba aku juga ingin berdiri di situ dan digambar oleh ayah. Tentulah mustahil... ayah dan mak sudah tiada. Aduh...

                " And now for the nobel first prize..."

                " Pelajar ini mendalami bahagian Bentuk Muka Bumi serta Pergerakan Bumi dalam jurusan ini... Seorang bumiputera Sabah... dilahirkan di Kota Kinabalu, Sabah di Bawah Bayu pada 30 Ogos 1985..."

                " Its you, Ad... Adamn, kenapa dengan kau?" aku kurang jelas dengan kata-kata Flynn yang dihalang dengan suara sorakan rakan-rakan sekuliah di sekeliling.

                Apa yang sedang berlaku ini? Aku terasa kurang bermaya. Sukar untukku bernafas. Inikah? Inikah perbuatan masa? Pandangan aku mula kabur tapi aku tidak mahu menutup mataku. Bukan sekarang, tidak! Tidak!!! Semua orang di sekeliling bagaikan mentertawakan aku. Apabila aku terbatuk, sakit sekali dadaku mengeluarkannya. Sesekali aku rasa bagaikan boleh meletup. Apakah yang terjadi sebenarnya? Semakin gelap... tidakk... tidakkk...

                " NNOO~OOO~Oooooo!!!!!!!" jeritan Flynn mengejutkan seluruh dewan.

 

...bersambung...