Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

Chapter 25

            7 Oktober 2006

            Pada hari ini, organ baru telah  pun selesai diklon dan dipastikan kriterianya. Tiada apa yang perlu ditunggu lagi. Para saintis yang menguruskan ADAM PROJECT tidak sabar lagi mengetahui keputusan Adamn. Mereka yang bertugas memulakan proses penukargantian dengan diperhatikan oleh yang lain di luar 'Temparature Room' (TR) menerusi kaca.

            TR itu telah dibiarkan pada suhu bawah takat beku sebelum memindahkan pesakit ke dalam. Para doktor berkepakaran tinggi yang telah ditugaskan itu harus menyesuaikan diri dalam suhu yang amat rendah sementara memasang beberapa tiub ke sistem jantung pesakit serta mengaktifkan kembali mesin peparu besi.

            Suhu akan dinaikkan sedikit demi sedikit ketika bendalir darah tiruan digantikan dengan darah asal pesakit. Keadaan tersebut nampak seperti senang tetapi sebenarnya suasana adalah tegang dan setiap doktor harus berhati-hati untuk tidak menggagalkan operasi itu. Apabila darah sudah sepenuhnya beredar dalam badan, suhu dinaikkan kepada suhu badan sebenar.

            Ketika seorang doktor yang bertugas menghidupkan peparu besi memberi isyarat bahawa pesakit masih bernafas, salah seorang dari mereka serta-merta menyuntik Anesthetic ke dalam tubuh pesakit bagi memulakan pembedahan memindahkan peparu baru dengan segera.

            Setiap tindakan telah dirakam dan setiap pergerakan menjadikan keadaan lebih genting. Ramai berfikir adakah mereka akan berjaya. Namun, bagi yang optimis, mereka berharap projek ini menjadi kejayaan terbesar dalam dunia sains dan teknologi. Walaubagaimanapun, keadaan akan terus tegang sehingga mereka betul-betul dapat memastikan keputusannya. 

 

Chapter 26

            " Excuse me?" suara yang lemah dan serak memanggil seorang doktor yang sedang tidur. Dia telah cuba berkali-kali untuk menguatkan suaranya namun setakat itu sahaja yang dia mampu.

            Doktor itu bingkas bangun dan mengenakan stetoskopnya lalu memeriksa keadaan pesakitnya. Tiba-tiba tanpa berkata apa-apa, doktor itu terus berlari keluar sambil menjerit-jerit. Pesakit yang ditinggalkan itu merasa hairan. Hairan dengan segalanya di sekeliling.

            Tidak sampai seminit, dia seperti terdengar bunyi tapak kaki yang banyak sedang berlari ke arah bilik itu. Pintu dibuka luas dan orang yang pertama masuk membawa perakam video yang telah dipasang awal-awal. Lebih dari 20 orang berada dalam bilik pesakit itu seperti telah dijangkit penyakit monyet. Mereka semua ketawa sesama sendiri, melompat girang dan  bersalaman antara satu sama lain sambil bersorak 'We did it!' berulang kali.

            Pesakit itu berasa rimas dengan keriuhan orang-orang yang langsung tidak dikenalinya itu. Dia juga menyedari mereka semua orang negara asing. Matanya sesekali memandang perakam video itu.

            " Do you remember who you are?" seorang negro memegang tangan pesakit itu. " Do you?"

            " Yes," pesakit itu melihat muka semua yang berada di situ satu persatu. Mereka seperti menunggu untuknya menyatakan namanya. " I'm Adamn. Err... Hi..?"

            Sekali lagi mereka bersorak gembira lebih teruk dari keadaan tadi mengikut tanggapan Adamn. Dia semakin hairan dan menyampah. Namun dia hanya mampu berdiam diri.

            Orang negro tadi mula memberitahu di mana dia berada dan memperkenalkan setiap seorang yang berada dalam bilik itu beserta dengan tanggungjawab mereka ke atasnya. Mustahil bagi Adamn untuk mengingati mereka semua sekaligus dan dia berpura-pura seperti faham.

            " We've been doing ADAM PROJECT on you since last year," jelas negro itu yang memperkenalkan dirinya sebagai Dr. Carter. " It involved Cryonics which is freezing you for several months and a new lungs transplant cloned from you cells."

            " You are a success, Mr. Adamn!" salah seorang saintis memberitahunya.

            " Prof. Jakefle was the one who took you here," kata Dr. Carter.

            " I just knew you could make it," kata Prof. Jakefle dengan bangga. " I'm one of the professors who attended you convention."

            " ADAM PROJECT? Last year?!" Adamn semakin panik. " What's the date today?!"

 

Chapter 27

Berita Harian

ADAM PROJECT BERJAYA!

Berkeley,CA - Pusat Sains yang menjalankan Cryonics ke atas pesakit, Adamn Toong telah berakhir dua hari lalu apabila para doktor pakar yang bertugas telah menjalani pembedahan transplant peparu ke atasnya.

Lebih kurang 40 jam kemudian, Adamn telah sedar tanpa sebarang masalah sampingan akibat proses pembekuan selama lebih dari sepuluh bulan itu. Lebih dari 20 orang saintis yang terlibat meraih kejayaan pada hari tersebut apabila mendapati pesakit masih mempunyai memori yang baik.

Walaupun ADAM PROJECT nampak seperti telah selesai, namun orang yang bertanggungjawab atas segala risiko iaitu Professor Richard Jakefle, belum lagi boleh melepaskan segala beban di bahu kerana beliau perlu memastikan bahawa tiada satu aspek yang dimiliki Adamn sebelum ini terjejas sedikit pun dari proses Cryonics itu.

Beliau menyatakan dalam akhbar Daily U.S bahawa beliau akan menjalankan beberapa terapi ke atas pesakit itu bersama kumpulan pakar psikologi serta Professor Janiswaran Narayanan yang memperkenalkan diri sebagai pensyarah universiti di mana Adamn pernah belajar. Adalah lebih baik sekiranya terdapat orang yang dikenali untuk memastikan keadaan pesakit adalah seperti masa sebelumnya.

Terapi itu mungkin memakan masa yang cukup lama kerana Professor Jakefle begitu tegas terhadap ADAM PROJECT ini. Beliau sendiri yang mengumumkan bahawa projek itu belum berjaya sepenuhnya. Ketahanan badan pesakit terhadap organ barunya juga belum cukup pasti walaupun pesakit nampak sihat. Namun kemalangan tidak dapat dijangka dan mungkin akan berlaku pada bila-bila masa sahaja.

...Bersambung di ms. 5                 

 

            " Kay!" Sue memanggil. " Bagi dulu tu surat khabar! Saya mau baca sambungan dia!"

            " Ee, kak Sue, jap bah!" Kay membelek laju akhbar itu. " Mo tingu intisari TV."

            " Buat apa? Hari ini bukan Sabtu!" kata Sue yang tidak sabar. " Teda Oggy!"

            " Ish, kak Sue nih!" Kay tidak mempedulikannya. " Ah, ini!"

            Kay terus menekan JTV5 di mana, berdasarkan intisari rancangan, pada waktu itu rakaman tentang ADAM PROJECT disiarkan.

            " Kak Sue! Perth! Mari sini!" Kay memanggil. Perth bergegas ke kaca TV.

            " Apa? Apa?" tanya Perth.

            " Ish, Perth!" Kay menolak. " Jan blok!"

            Siaran yang mereka lihat adalah pada waktu semua orang berlari di suatu lorong yang kelihatan seperti lorong di hospital. Cameraman adalah di depan sekali. Apabila rakaman tersebut memasuki sebuah bilik, kelihatan seorang lelaki bermuka hairan dan terkejut. Terlalu banyak suara sorakan pada masa tersebut. Namun mereka tidak berminat untuk mendengar apa yang dikata pada masa itu kerana mereka lebih berminat dengan lelaki yang terkejut itu.

            " Abanglah!" Perth menyorak gembira. " Abang tuh kan? Kan?"

            " Panjangnya sudah rambut abang..." mata Kay langsung tidak berkelip.

            Sue pula hanya membisu.

            " Muka pun pucat," kata Perth. " Lama sudah kena beku."

            " Hidupkah nda tuh? Keras jak~" Kay melihat betul-betul.

            " Kay!" Sue meningkah. " Jan cakap begitu!"

            " Yes," Adamn bersuara. " I'm Adamn. Err... Hi..?"

            " Hidup bah, Kay," kata Perth berasa lega. Dia menyiku Kay. " Kau nih!"

            " YEAH!!! YEAH!!!" Kay melompat-lompat gembira. Diikuti oleh Perth. Mereka berpegangan tangan sambil melompat-lompat sehingga tidak tersedar mereka melompat sehingga ke luar rumah.

            " Wei, jan be'teriak!" nasihat Sue. " Nanti sampai jiran di hujung pun terdengar!"

            " Pedulilah!" balas mereka berdua. " Kak Sue pun selalu!"

            Mereka ketawa.

 

Chapter 28

            31 Disember 2006

            Selepas pemberita membuat liputan khas di rumah mereka, barulah mereka dapat berbual sesama sendiri. Kegembiraan mereka tidak dapat disampaikan dengan kata-kata. Hanya mereka sahaja yang tahu. Kini mereka semua duduk di meja halaman rumah.

            " Terkejutnya kami abang pulang nih hari!" kata Kay.

            " Kelmarin lagi abang di Sabah," Adamn mengaku dengan senyuman yang sudah lama tidak dilihat oleh mereka.

            " Abang di mana~aa? Kenapa tia pula~angg!" Kay terus bertanya.

            " Kami pergi Toringai dengan tuh professor, kan, Sang?" kata Syaffiq selepas meneguk minumannya. Syaffiq telah datang ke Sabah bersama Prof. Alfred manakala Adamn bersama Prof. Jakefle, Prof. Janis dan seorang lagi professor Australia.

            " Abiss macam mana bleh datang sama kak Flynn?" giliran Perth menyoal.

            " Adamn sudah fon aku tuh hari," Flynn memberi pandangan manis kepada Perth lalu kepada Adamn. " Then I took a flight today to Sabah. Celebrate New Year sini."

             " Pastu aku jemput dialah tadi," tambah Adamn.

            " Kakak sudah dapat kerja?" D'Beth bertanya.

            " Yup! Kerja di pelantaran," jelas Flynn. " Tolong cari spot sesuai untuk cari gali."

            " Waa, mesti tinggi gaji kakak!" Kay mengkagumi.

            " Bergantunglah berapa gelen satu hari dari galian," Flynn menuang lagi minuman ke dalam gelasnya. " Tapi panas tau kena kerja tengah˛ laut. Bukan selalu boleh berteduh."

            " Hebat! Hebat!" puji Syaffiq. " Flynn, ko mesti jaga kekasih lautku dengan baik."

            " Bang Syaffiq nih merepek jak!" Sue yang sedang memanggang BBQ tertawa.

            " Beth, camna your graduation?" tanya Adamn.

            " Pass!" D'Beth berbangga. " Sekarang saya jadi doktor pelatih di Prince."

            " Abiss? Bila mo buka klinik?" Syaffiq mengajukan soalan cepumas.

            " Ish, bang Syaffiq sabar. Sabar. Nda lama lagi," D'Beth mula dengan slangnya. " Sabar, ok? Sabar."

            " Sama jak cam kau, Sang!" perli Syaffiq.

            " Eh, memandai laa ko nih, Fiq!" Adamn meneguk gelas kedua.

            " Ada lagi si Beth ikut tu..." Sue cuba mensaspenkan mereka. D'Beth nampak malu.

            " Ikut? Apa yang ko ikut, Beth?"

            " Err... err..." D'Beth menggaru kepala dan mata kanannya sedikit tertutup.

            " Dia daftar masuk Amateur Saintis di US!" Perth terus menyampuk. " Dia mo ikut kajian Cryonics!"

            " Ya, Beth?!" Adamn tidak sangka lalu mengusap kepala D'Beth. " Orait!"

            Tiba-tiba sebuah kereta Sedan putih berhenti di depan rumah.

            " Sepa lagi nih?" Flynn tertanya. " Reporter?"

            " Hey, Ah Dem!" seorang wanita keluar dari kereta itu. " You alzheimer liao?"

            " Hi, Nana!" Adamn dan Flynn menegur. Sedikit terkejut dengan kedatangannya.

            " You celebrate New Year not call me!" rungutnya sengaja. " Someone help me carry this. You all so lazy laa!"

            " Kay, Perth, tolong auntie Nana angkat barang," suruh Adamn.

            " Auntie?!" Nana terkejut. " Me still young loh! You nyanyuk oo! Miss Nana,ok?"

            " Ok, Miss Nana!" Kay dan Perth menyahut lalu menolong mengangkat sebuah bakul yang berisi barang-barang.

            " What you bring dat? Bomb?" Adamn sengaja berhumor.

            " Ya, I wan to BBQ you!"

            " Everybody, this is my best lawyer, Miss Nana Frank," Adamn memperkenalkan kepada semua.

            " I've worked sooo hard for you," kata Nana. " You supposed to pay me one million but me sooo baik hati, you pay ten thousand only laa."

            " Only?! Can I pay you when I got my peruntukan for the kajiankah?" Adamn berunding.

            " Can oso," Nana membongkar bakulnya. " Asal lu tia lupa... I got buy sausages!"

            " Mari saya BBQ, Miss Nana," Sue meng'offer'. Nana memberi bungkusan berisi sosej kepadanya diikuti sebotol sos panggang.

            " Hei, kanak-kanak semua," Syaffiq memanggil mereka. Tentu dia mahu memulakan topik baru. " Kamu patut berterima kasih sama aku." Syaffiq mula beraksi dengan menguis dagu seperti menguis janggut yang sebenarnya tiada.

            " Ya, kalau bukan Syaffiq..." Adamn menggeleng. " Aku tia akan berada di sini."

            " Kenapa?" D'Beth menanyakan soalan yang ingin diajukan oleh semua orang.

            " Begini," Adamn memulakan. " Time kami di Toringai kelmarin, Prof. Jakefle hairan kenapa Syaffiq ada sama pastu..."

            " Pastu Prof. Alfred cakap aku pun salah satu pengkaji Toringai," sambung Syaffiq. " Psal akupun dapat nobel time konvensyen tuh."

            " Bila Prof. Jakefle sudah tau... Tau apa dia cakap?" tanya Adamn.

            " What? What?" Nana terus bertanya. Dia cukup berminat dengan orang yang tidak patut diberi muka seperti Prof. Jakefle.

            " Dia cakap, ' There are two Nobels for Toringai??!' Gitu!" kata Adamn. " Punya dia terkejut! Tapi dia diam jak."

            " Hah?" Perth dan Kay kurang faham.

            " Ohh," Nana sudah faham. Dia tersenyum.

            " Tuh professor tia tau ada stu orang lagi kaji Toringai selain aku," Adamn cuba menerangkan dengan terperinci. " Dia kasi selamat aku psal dia mo aku teruskan kajian di Toringai. Padahal kajian pasal laut Syaffiq yang buat."

            " Jadi kalau dia tau awal-awal aku pun kaji pasal Toringai, mesti dia tia mo bersusah-payah culik Adamn," terang Syaffiq. " Dia boleh suruh aku kaji jak terus pasal bentuk muka bumi! Ha! Ha! Ha! Bertuah ko, Sang!"

            " Orang tamak selalu rugi!" Nana membuat kesimpulan. " He must be sooo menyesal now coz he finish most of his money to save you."

            " So selama ni dia ingat you're the only one boleh kaji pasal Toringai?" Flynn cuba memastikan.

            " Of course lah," kata Adamn. " Orang lain tia boleh ambil Nobel others biarpun penerima Nobel tuh sudah mati. So kalau dia mau tumpang sekaki dengan kejayaan aku, dia kena menyumbang dalam tuh kajian tuh! Itulah dia mo aku hidup!"

            " Waah!" Kay dan Perth berasa sungguh bernasib baik kerana professor itu tidak menyedari tentang kewujudan Nobel yang diterima Syaffiq. " Bang Syaffiq, thanks!"

            " No problem! He! He!" sekali lagi dia menguis dagu.

            " Kalaulah tuh professor dapat tau awal-awal bang Syaffiq pun kaji pasal Toringai... macam manalah?" D'Beth cuba membayangkan keadaan sebaliknya.

            " That's another story!" kata Adamn sambil melihat jam tangannya. " HAPPY NEW YEAR EVERYONE!!!"

            Pada masa yang sama, Nana membakar bunga api dan melancarkannya ke udara. Hari ini, mereka lebih gembira dari tahun lalu kerana... masa menyebelahi mereka.

 

T.A.M.A.T