Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

Chapter 20

            Seperti apa yang dijangka oleh Nana Frank, Prof. Jakefle memang mementingkan kerjayanya dan sanggup menurut apa sahaja syarat yang dikemukakan oleh Nana dan peguam Prof. Alfred. Prof. Jakefle serta-merta menyiarkan rakaman permulaan proses itu yang telah dibuat awal-awal lagi sebagai bukti kajian para saintis yang pada asalnya tidak sepatutnya disiarkan.

            Dia juga mengaku dalam forum saintis sedunia bahawa dia akan menanggung segala risiko yang berlaku semasa dan selepas proses Cryonics. Dia akan memastikan paru-paru yang diklonkan dapat diterima oleh badan Adamn malah pihak perubatan yang terlibat pun mengklonkan beberapa sel peparu Adamn sebagai langkah keselamatan. Prof. Jakefle menyatakan yang dia akan menahan Adamn buat sementara waktu apabila dia sudah boleh 'dibangunkan' kembali untuk memastikan tiada masalah akan berlaku. Dia juga akan membuat beberapa ujian untuk ketahanan organ baru tersebut.

            Rakaman itu disiarkan ke seluruh dunia secara serentak dan menjadi isu hangat setiap media massa. Pelbagai tajuk utama dibuat berdasarkan proses itu. Ramai wartawan berusaha untuk mendapatkan berita terbaru serta sejarah penemuan Cryonics. Ada yang berasal dari luar negeri sanggup datang ke Malaysia semata-mata ingin mendapatkan berita yang lebih sensasi. Ada juga wartawan Malaysia yang menjual informasi kepada pihak media di luar negeri.

            Banyak sekali khabar angin berlegaran pada masa itu. Ada yang betul tetapi kurang informasi, ada juga yang ditokok tambah, ada juga tanggapan salah serta ada juga yang sanggup mereka-reka cerita . Turut timbul juga alternatif bagi Cryonics iaitu menunda umur. Apa yang benar disebalik isu tersebut adalah tiada satupun yang tepat seratus peratus.

            Tidak kurang dengan itu, seperti apa yang telah diramalkan berlaku, isu ini telah menimbulkan pelbagai spekulasi serta melahirkan pihak penyokong dan pembantah. Ramai pro-lifers menyuarakan bantahan mereka ke atas Cryonics yang dijalankan terhadap Adamn. Alasannya adalah melanggar hak asasi manusia serta melanggar perancangan Tuhan bahawa setiap manusia akan mati.

            Oleh kerana para saintis seluruh dunia selama ini tidak berpeluang mencari manusia untuk menguji Cryonics sebelum ini, maka ramai yang datang ke Makmal Sains di Berkeley, California di mana proses itu dijalankan untuk menjadi salah satu saintis yang menyumbang dalam menjayakan proses tersebut.

            Prof. Jakefle serta para saintis yang asal amat terkejut dengan sambutan saintis dari pelusuk dunia kerana sebelum ini mereka cukup tertekan dengan tanggungjawab yang berat untuk menjayakan proses itu 100% demi tidak menghadapi kegagalan dan cemuhan dunia. Penyertaan saintis-saintis itu meringankan lagi beban mereka kerana dengan tenaga yang banyak ini, tentu tiada kesilapan akan berlaku kerana perlaksanaan teliti akan diambil berat.

            Selain itu, Nana juga menghadapi masalah kerana sering dihubungi media massa yang ingin mengetahui pelbagai maklumat tentang Adamn. Pada mulanya, Nana menikmati perhatian yang ditujukan padanya kerana kejayaan kes-kesnya terdahulu juga diungkit kembali. Latarbelakang Nana adalah sebagai peguam Adamn yang akan mendakwa Prof. Jakefle dan para saintis yang lain sekiranya proses itu gagal kerana itu adalah cadangan mereka. Perkara sebenar adalah rahsia yang amat penting untuk disimpan oleh setiap orang yang mengetahui.

            Kini Nana sudah jemu dengan perhatian tersebut kerana pihak media mula bertanya tentang hal yang lain seperti apakah kandungan surat wasiat Adamn. Isu baru ini membuat ramai yang tertanya-tanya adakah surat wasiatnya benar-benar wujud. Namun kebenaran masih belum diperolehi. Pihak media berlumba-lumba mendapatkan Nana kerana mereka tidak kenal erti putus asa sehinggalah mereka mendapat apa yang mereka cari.

            Nana terpaksa menukar nombor telefon yang baru dan tinggal di Miami buat sementara waktu untuk mengelak dari media massa. Dia pasti dia tidak akan diekori sehingga ke luar negeri. Pemergiannya tidak diketahui oleh sesiapa pun termasuk setiausahanya sendiri dan juga Flynn.

            Flynn tetap dengan kehidupan biasanya kerana identitinya sebagai teman wanita Adamn dirahsiakan oleh Nana, Prof. Alfred dan Syaffiq serta keluarga Adamn. walaupun kehidupannya tidak tertekan, namun dia sentiasa sunyi. Pada masa yang sama dia menunggu tawaran kerja dari pelbagai syarikat yang telah dipohon olehnya.

            Syaffiq terus dihantar belajar ke Taylor's College pada bulan Disember, Australia untuk mendapatkan Master dalam bidang Geologi. Sesekali dia akan menghubungi Flynn serta adik-adik Adamn untuk mengetahui perkembangan terbaru tentangnya.

            Keluarga Adamn menghadapi masalah kerana bukan sahaja wartawan yang akan datang ke rumah mereka di Kota Kinabalu, malah seluruh jiran tetangga di kawasan perumahan mereka juga sudah kenal akan mereka. Kebanyakkan dari mereka berharap Adamn akan selamat dan ada juga yang mencemuh kerana melanggar takdir. Semua ini mereka hadapi hari demi hari.

            Seluruh dunia mengenali proses Cryonics ke atas Adamn itu sebagai 'ADAM PROJECT' kerana itu adalah Cryonics pertama dirintis oleh manusia. Isu ini adalah yang terbesar pada abad itu. Kejayaan dan kegagalan belum dapat ditentukan.

 

Chapter 21

            22 Januari 2006. Hari kelahiran Kay yang ke-18. D'Beth masih berada di universiti namun ramai rakan-rakan sebaya Kay datang ke partinya. Memang Kay gembira namun kegembiraan yang tidak lengkap. Abang yang disayangi sentiasa diharapkan olehnya agar tiba-tiba muncul di pintu pada hari itu. Kadang-kadang dia akan termenung sendirian. Khayalan yang dimainkan manis sekali.

            Tiba-tiba loceng pintu berbunyi. Sue mendapatkannya.

            " AH, ABANG!!!" kali ini suara Sue tentu akan menggemparkan seluruh jiran yang lain. " Kay, Perth! Abang pulang!"

            Tanpa mempedulikan kemeriahan parti pada ketika itu, Kay dan Perth bergegas ke muka pintu. Kedua-duanya dengan muka yang tidak terkata kegembiraannya. Abang mereka sudah kembali!

            " Abang!" Kay terus melompat serta mendakap abangnya.

            Tidak terkata apa-apa, ketiga-tiga mereka berlinangan air mata. Terharu. Gembira. Syukur. Abang mereka selamat pulang. Tentu Cryonics telah berjaya. Adakah Flynn sudah tahu?

            " Wei, apa nangis-nangis nih," kata Adamn. " Aku kan suda balik. Hepi laa sket!"

            " Abang dapat hidup sampai bila-bila?" keluar lagi soalan Kay yang cepumas.

            " Apalah kau nih, Kay," tegur Sue yang merasakan kata-kata adiknya celupar.

            " Ndalaa sampai bila-bila," Adamn menjawab soalan cepumas Kay buat pertama kali tanpa mengatakannya merepek. " Tapi kali nih abang tia akan mati cepat."

            Rakan-rakan Kay yang di dalam tiba-tiba memanggil Kay. Keempat-empat mereka memandang ke arah panggilan tersebut.

            " Say cheese!" gambar mereka bersama dicandid.

            Pancaran flash menyakitkan mata Kay. Dia mengusap-usap matanya. Dia merasa hairan mengapa dia sedang duduk.

            " Woi, apa yang ko termenungkan tuh?" tanya rakannya yang memegang kamera. Rakannya dikelilingi oleh rakan yang lain. Semua tersenyum.

            Kay masih kurang faham.

            " Ko rindu abang kau, ya?"

            Barulah Kay sedar bahawa tadi itu hanyalah khayalan semata-mata. Dia merasa sebak lalu meninggalkan rakan-rakannya yang merasa seronok mempermainkannya. Kay berlari ke bilik. Sue dan Perth hairan melihat tingkah-laku Kay. Perth pergi mengikuti Kay.

            " Naa, apa kau buat?" salah satu rakan Kay membuatkan rakan yang memegang kamera serba salah.

            " Kay, buka pintu!" Perth berkali-kali mengetuk pintu bilik mereka namun Kay tetap tidak membukanya.

 

Chapter 22

            Keesokannya, Sue menelefon Flynn. Sekadar bertanya khabar.

            " Gila, entah sepa yang kasitau sepa aku nih," Flynn menceritakan masalahnya. " Banyak reporter datang time aku di Starbucks."

            " Sepa kawan kakak time tuh?"

            " Teda," katanya. " Sorang jak. Punyalaa. Aku terpaksa ikut teksi."

            " Kereta kakak?"

            " Tertinggal di Sungei Wang," kata Flynn. " Aku harap dorang nda tau itu kereta aku. Teksi aku pun kena kejar."

            " Jadi? Dorang tau mana rumah kakak?"

            " Nda mula-mula aku suruh driver jalan jak mana-mana asal bikin bingung."

            " Terus?"

            " Makin ramai pula dorang. So aku stop di balai. Takut dorang."

            " Camna kakak balik?"

            " Polis bawa aku keluar dari belakang," terangnya. " Dorang hantar aku balik juga."

            " Macam mana kakak mau ambil kereta nanti?"

            " Entahlaa... tengoklah dulu," senyap seketika. " Korang apa khabar?"

            " Bolehlaa," balas Sue. " Semalam Kay buat hal nda mau keluar bilik."

            " Apasal?"

            " Entah, sampai sekarang belum buka pintu," Sue memandang pintu bilik Kay.

            " Kerinduan barangkali?"

            " Mungkinlah," kata Sue. " Dia banyak berkhayal kelmarin."

            " OKlaa tuh," balas Flynn. " Nanti dia keluarlaa juga tuh."

            " Camnalah abang tu, hah?" Sue cuba membayangkan nya namun gagal. " Dekat 3 bulan sudah."

            " Harap berjayalah tuh projek," kata  Flynn. " Kalau nda, tau lah tuh professor apa dia dapat."

            Senyap...

            " Aku bunuh dia!" ujar Flynn tiba-tiba.

 

Chapter 23

            Isu hangat tentang ADAM PROJECT mula bertambah dan diperbesar-besarkan. Flynn telah ditemui oleh pihak media dan identitinya juga telah diketahui. Dia digelar teman wanita setia, girlfriend sayu serta gadis tabah. Kini Flynn lebih terkenal dari selebriti.

            Namun, semua gelaran tersebut terus disangkal apabila salah satu majalah yang mengikuti perkembangan Flynn telah mendapat gambar Flynn bersama seorang lelaki yang tidak dikenali. Lelaki itu menghantarnya balik dan kadang-kadang akan menjemput Flynn untuk ke bandaraya.

            Berita kecurangan Flynn tersebar luas. Ramai mula mengatakan dia seorang yang tidak senonoh. Ada yang mengatakan dia memerlukan pengganti, tidak sabar menunggu Adamn dan tanggapan bahawa Flynn merancang untuk kembali ke pangkuan Adamn sekiranya Cryonics berjaya juga direka.

            Media hanya tahu menyibuk dan merepek. Flynn amat rimas dengan perhatian serong itu. Dia ingin menamatkan segala tanggapan salah itu. Sebenarnya lelaki itu adalah seorang inspektor polis yang rela bertugas untuk menjaga keselamatan Flynn. Flynn tidak mahu berjalan sendirian kerana risau wartawan akan menggerumuninya. Oleh itu, Flynn telah meminta inspektor itu mengambil keretanya yang telah ditinggalkan. Semua tidak lebih dari itu.

            Flynn membuat keputusan bahawa dia perlu menghadapi dunia luar. Pada pagi itu dia telah keluar bersendirian bersiar-siar di bandaraya. Membeli-belah sesuka hati. Pada waktu dia rasa tiada wartawan mengekorinya, saat itulah seorang yang kelihatan seperti wakil media datang ke arahnya semasa Flynn duduk di Starbucks.

            " Korang tak pandai puas-puas ker?" Marah Flynn tetapi dia tidak berganjak.

            " Cik, betulker cik dah ader teman lelaki baru?"

            " Jaga sket bahasa korang tuh!" Flynn menuding ke arah wartawan itu.

            " Dia tuh kira bodyguard aku jerlaa," Flynn memandang wartawan itu dengan tajam. " Dia tuh polis! Korang pun satu! Memandai jer letak headline macam-macam!"

            " Oh, begitu?" kata wartawan itu dengan gembira kerana mendapat berita yang tentu akan menjadi sensasi. " Boleh cik jelaskan mengapa lelaki itu sering datang menjemput cik keluar?"

            " Korang nih jenis manusia tak tahu tengok orang senanglaa," Flynn menguatkan suaranya. " Fikir ler sendiri apa guna bodyguard... tak nak wartawan cam korang nak datang dekat ler! Bangang betul!"

            " Pengawal peribadi itu diupah ker?" wartawan itu belum puas menyoal.

            " Eh, dengar sini," Flynn mula menyampah. " Aku cakap tadi 'kira macam bodyguard'  jer laa! Korang nih wartawan tak faham bahasa ker? Tak tau fikir? Dia tuh rela nak tolong orang susah tau? Bukan cam korang, dapat cerita, dapatlah duit!"

            " Nampaknya hari ini cik keluar seorang?" wartawan itu langsung tidak tersinggung dengan penghinaan Flynn.

            " Eh, tak cukup lagi ker?" Flynn mula meradang. Dia mencurahkan minumannya ke arah wartawan itu. " BLAH LAH!"

           

Chapter 24

            Nana Frank telah ditemui oleh wartawan antarabangsa apabila dia telah menyelesaikan sebuah kes di Kansas, Amerika Syarikat yang melibatkan perebutan harta antara 2 keluarga ternama. Kemenangan Nana bukan sahaja telah mengharumkan namanya sekali lagi tetapi juga menjadi buruan wartawan yang mengikuti perkembangan ADAM PROJECT. Satu sahaja tujuan mereka iaitu memastikan bahawa wasiat Adamn wujud atau tidak. Sekiranya ia didapati wujud, mula lagi satu tajuk baru tentang apakah isi kandungan wasiat tersebut.

            Walaupun Nana merancang dengan teliti apakah yang akan dihadapi oleh Prof. Jakefle, namun dia terlupa bahawa dia akan menjadi salah satu tarikan media. Perkara seperti ini dia langsung tidak bersedia dan ketenangannya tidak cukup untuk membolehkannya berfikir dengan spontan.

            Namun, dia mampu memperdayakan pihak media dan membuat mereka bingung dan tertanya-tanya dengan jawapan bahawa dia menjadi peguam kepada Adamn hanya kerana Flynn yang merekrutnya. Bukan bererti dia mesti ada wasiat Adamn jika mereka mengenali antara satu sama lain.

            Nana bernasib baik kerana kes Adamn dengan professor yang mencuri idea itu tidak diketahui oleh masyarakat luar kecuali pihak universiti. Maka buat masa tersebut, fikiran Nana mungkin selamat dari sebarang soalan media yang mendalam. Jika mereka dapat tahu tentang kes tersebut, tentu Nana tidak dapat mencari jalan keluar dari kalangan wartawan akan datang.

            Kali ini Nana tidak mahu menerima sebarang kes lagi. Dia sudah fikir masak-masak untuk pergi jauh dari pusat isu ADAM PROJECT. Dia bercadang untuk mengambil cuti dan hanya akan kembali untuk kes Adamn. Satu lagi masalahnya. Mana akan dia pergi? Mana ada tempat yang tidak mendebatkan isu projek itu!

 

...bersambung...