Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

CRYONICS - Menunda Umur!

                                              Percaya atau tidak,
sains dah melabur berjuta-juta
ntuk menjayakannya! Menunda 
kehidupan kita ntuk masa depan!
Mungkin satu hari nanti ada ibubapa
yang boleh hidup sebaya ngan
anak-anak mereka!    

 

   

Motif?!

Sebenarnya dalam bidang perubatan, Cryonics ni ditujukan khusus untuk pesakit kronik yang penyakitnya masih belum ada penawar. Jadi untuk mengelakkan diorang dari mati maka diorang akan dibekukan hingga ke satu masa di mana penawar sudah ada. Sebaliknya saintis ada alternatif lain untuk proses ini! Iaitu menunda umur!

Bekukan badan korang cam bekukan daging dalam peti ais! Tahan lama!

Secara ringkasnya, kitaran oksigen dalam badan dilakukan ngan CPR. Kemudiannya darah akan diganti ngan bendalir lain ( selalunya nitrogen ) bagi mengelakkan pembekuan darah, jangkitan bakteria dan kerosakan dalaman. Lepas itu badan akan dibakukan serta-merta di bawah takat beku 0°C.

Bila darah sudah diganti maka pembekuan akan diperlahankan berkadar dengan suhu Nitrogen, N. ( Ingat! Masa ni jantung sudah tidak berdegup lagi! ).

 Bila nak bangkit balik, suhu akan dinaikkan sikit, bendalir N digantikan balik ngan darah. Bila darah sudah sepenuhnya beredar dalam badan, maka suhu akan dinaikkan kepada suhu badan sebenar.

Camner darah dan N ditukarganti?! Senang jer, lakukan proses pertukaran nih terus di sistem jantung! Takleh melalui urat, beb!

Takder kerosakan otak!

Jan. 1986, Alcor Life Extension [ Dixie's Rebirthday ] - Seekor anjing German Shepherd bernama Dixie telah dibekukan di bawah suhu 4°C selama 4 jam! Darahnya digantikan ngan bendalir sintetik! Selama 4 jam nilah gelombang otaknya berhenti dan jantungnya tak berdegup!

Tapi selepas 4 jam, bila darah dialirkan semula dan suhu dinaikkan, Dixie hidup kembali ngan cerianya! Ahaks! Masih ingat kenalan-kenalannya ( para saintis tu ler, saper lagi! ) Ni bermakna otaknya masih berfungsi ngan baik walaupun 4 jam dibekukan!

29 May 1999 [ Berkeley, California ] - Buat pertama kalinya Bio Time Inc berjaya melaksanakan proses Crynosis atas seekor Baboon. Babook ini dibius, direndam dalam ais bawah takat suhu 2°C. Kemudian darahnya digantikan ngan cecair-darah-tiruan ( ciptaan Bio Time sendiri ) ngan menggunakan proses pintasan Kardio-pulmonari.

Selepas dibiarkan selama 55 minit, suhu pun dinaikkan dan darah tulen dipindahkan semula ke badan baboon ngan proses pintasan yang saman. Baboon itu hidup! Sehingga sekarang baboon tersebut masih di bawah kajian saintifik Bio Time Inc ntuk mengkaji sebarang kesan dari proses Cryonics.

Pada 17 April 2000, diorang buat lak kat tikus belanda. Kali ini ngan darah tiruan terbaru ciptaan diorang dipanggil Hextend®. Berjaya gak!

Gempak38/15Jun/2001©