Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

Aisyah- "BahteraMerdeka"

Awie- " Di Medan Ini"

DOWNLOAD MP3

 

  SALAM MERDEKA  

          KERANAMU MALAYSIA

HARI INI

08/08/2004 06:59:11 PM

klik kanan dan " Save as Picture"

"Tiada pengorbanan tanpa darah dan air mata, pengorbanan menuntut darah dan air mata "

 

 

( Sila Maksimumkan Volume Anda )

Detik Bersejarah

Detik Bersejarah

Salam Merdeka

Jalur Gemilang

Lawak Merdeka

 

 

 

 

 

Keranamu Malaysia

Dato Seri Mohd Najib Tun Razak

Timbalan Perdana Menteri Malaysia

Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak ( Menteri Pertahanan Malaysia) Hari kemerdekaan merupakan masa untuk mengenang sejarah silam, memperkukuhkan semangat kenegaraan dan cintakan tanah air. Selain itu ianya juga bertujuan memperbaharui azam kita untuk terus menyumbang kepada kemajuan dan kejayaan negara dimasa depan. Seharusnya tarikh kemerdekaan diingati sebagai satu tarikh keramat pengorbanan pejuang masa dulu yang sanggup mempertaruhkan nyawa mereka demi kesejahteraan generasai masa depan.

  >>.CERITA PENUH >>>

Zaini Ahmad

Pembaca Berita NTV7

Zaini Ahmad (Pembaca Berita NTV7) Kemerdekaan bagi saya adalah sesuatu yang amat bermakna untuk generasi kini renungkan. Dikalangan mereka, ramai yang sudah lupa mengenai pengorbanan orang dulu membebaskan negara dari cengkaman penjajah, malah ada yang menganggap remeh isu kemerdekaan diperbesarkan apabila menjalangnya hari kemerdekaan. Apa yang kita lihat sekarang berkurangnya semangat patriotisme dikalangan generasi muda yang tidak dapat menghayati erti sebenar `bebas' dari penjajah. Mereka tidak menghormati bendera, lagu kebangsaan dan malu dengan budaya sendiri. Jelaslah kita bebas dari penjajah hanya dari segi fizikalnya tetapi dari segi mental masyarakat kita tidak langsung berkembang atau bersifat terbuka terhadap banyak hal.Sesungguhnyan dari segi mental kita masih bergantung pada penjajah untuk membuat keputusan bagi pihak kita. Kita tak patut salahkan sesiapa dalam hal ini sebaliknya kita harus salahkan diri sendiri. Sebenarnya masyarakat kita terlalu leka dan tidak ada serius dalam pergerakan untuk meluaskan minda dan mengisi kemerdekaan itu. Akhirnya mereka menjadi masyarakat yang hidup seperti lalang dan mengikut arus dan angin perubahan dunia

. >>.CERITA PENUH >>>

Azah Aziz

Budayawan

Kemerdekaan adalah satu peristiwa bersejarah dan amat bermakna bagi bangsa kita. Seharusnya kemerdekaan itu diperingati sebagai satu detik memperingati pejuang lama yang telah sanggup berkorban segala-galanya demi anak bangsa dan tanah air tercinta. Semangat cintakan negara perlu terus dipupuk dikalangan anak-anak muda supaya mereka tidak terus lupa jasa dan pengorbanan generasi lama untuk kebahagiaan dan keselesaan mereka masa kini. Gejala yang tidak sihat ini melambangkan kurangnya pengertian semangat patriotism dikalangan generasi muda sekaligus tidak memahami erti kemerdekaan yang sebenarnya. 

>>.CERITA PENUH >>>