Peranan
Dan Sumbangan
Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein berperanan dalam
membentukkan Malaysia sebagai sebuah negara yang dihormati di peringkat
antarabangsa. Khidmat dan bakti kepada masyarakat dan negara diberi
keutamaan. Tindakan pertama Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein
sebagai Menteri Pelajaran adalah merombakkan sistem pelajaran penjajah
yang mengamalkan dasar pecah dan perintah. Allahyaraham Tun Abdul Razak
Dato' Hussein mendapati sekolah-sekolah Melayu serta sekolah-sekolah
vernakular Cina dan Tamil tidak diberi sebarang kelebihan. Hasil usaha
Tun Abdul Razak, melalui Penyata Razak 1956, Allahyaraham Tun Abdul
Razak Dato' Hussein berjaya menyatupadukan sistem pelajaran untuk membina
satu bangsa yang bersatu padu dengan harapan, Bahasa Melayu sebagai
Bahasa Kebangsaan akan menjadi bahasa penghantar utama. Allahyaraham
Tun Abdul Razak Dato' Hussein juga merupakan salah seorang ahli Parti
Perikatan yang telah ke London bersama rombongan kemerdekaan dan pulang
membawa kejayaan.
Apabila dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri, Allahyaraham Tun
Abdul Razak Dato' Hussein memegang portfolio Kementerian Pertahanan
pula pada tahun 1957. Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein membawa
perubahan kepada Angkatan Tentera dengan melengkapkannya dengan senjata
yang moden dan cekap. Sebagai Menteri Pertahanan, Allahyaraham Tun Abdul
Razak Dato' Hussein yang mempunyai pengalaman dalam peperangan gerila
dan mengenali taktik pengganas komunis telah melancarkan gerakan anti-komunis
dengan jayanya sehingga 'darurat', iaitu satu tempoh 12 tahun memerangi
pengganas komunis disytiharkan tamat pada tahun 1960. Allahyaraham Tun
Abdul Razak Dato' Hussein juga melancarkan Relawan Rakyat (RELA) dan
skim Rukun Tentera untuk menjamin keselamatan rakyat.
Setelah berjaya menangani 'masalah perang dengan komunis' ketika darurat,
Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein kemudiannya diberikan satu
tugas yang lebih penting iaitu 'mengisi keamanan dengan pembangunan'
apabila dilantik sebagai Menteri Pembangunan Luar Bandar. Selama 10
tahun memegang potfolio itu, Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein
telah berjaya membasmi buta huruf di kalangan tiga juta rakyat.
Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein juga merangka program pembangunan
luar bandar dengan menangani masalah kemiskinan apabila menitik beratkan
penambahan prasarana asas luar bandar serta mempertingkatkan produktiviti
pertanian. Sebanyak tiga juta ekar padi, kelapa dan pelbagai tanaman
lain diberikan kemudahan tali air manakala 800 000 ekar hutan telah
dibuka untuk pembangunan. Kejayaan yang dicapainya termasuk merangka
satu dasar pembangunan yang meliputi setiap keperluan negara, yang dikenali
sebagai 'Buku Merah'.
Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein juga bertanggungjawab menubuhkan
Barisan Nasional pada 1 Januari 1973 untuk menggantikan parti memerintah,
Parti Perikatan. Beliau telah berjaya menambah bilangan ahli parti dan
menjana perpaduan untuk membentuk ketahanan nasional melalui kestabilan
politik.
|