Asal
Usul
Pendidikan awal Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein di Sekolah
Melayu Kampung Jambu Langgar memberikan kesedaran tentang kehidupan
masyarakat Melayu yang dirundung masalah kemiskinan. Allahyaraham Tun
Abdul Razak Dato' Hussein terpaksa berulang-alik ke sekolah yang jaraknya
lebih kurang 4 batu dari rumahnya. Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato'
Hussein meneruskan pendidikan di Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK)
dan kemudiannya di Raffles Kolej, Singapura. Perang Dunia ke 2 menyebabkan
pendidikan Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein terpaksa dihentikan
buat sementara waktu. Lantaran itu, Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato'
Hussein menyertai Angkatan 136 (Force 136), sebuah unit elit tentera
bersekutu yang dipayung terjunkan ke Malaya untuk mensabotaj tentera
Jepun, dan menjawat jawatan sebagai Kapten Pasukan Wataniah ketika Jepun
menyerah.
Pada tahun 1947, Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein dikurniakan
biasiswa oleh Kerajaan Kolonial sebagai balasan jasa-jasanya untuk melanjutkan
pengajian di bidang undang-undang di England. Pada tahun 1950, beliau
menerima Degree of an Utter Barrister daripada Lincoln's Inn dan menjadi
seorang peguam yang berkaliber pada tahun 1950. Sewaktu di England,
Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein adalah salah seorang `King's
Scolar'. Semasa menuntut lagi, Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein
telah menunjukkan kebolehannya untuk memimpin dan meraih sokongan orang
lain. Beliau telah menubuhkan Malayan Forum yang dipengaruhi oleh Parti
Buruh British dengan tujuan untuk memberi kesedaran politik kepada anak-anak
Persekutuan Tanah Melayu. Selain itu, beliau juga menganggotai Persatuan
Fabian dan Malayan Student's Union.
Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein sememangnya seorang yang
cerdas, dalam masa 18 bulan sahaja Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato'
Hussein menamatkan pengajian undang-undangnya dan dalam masa yang sama
Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein aktif sebagai pemimpin pelajar
serta menubuhkan 'Forum Tanah Melayu', sebuah persatuan yang menyemaikan
semangat Kemerdekaan Tanah Melayu.
Di England jugalah Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein berkenalan
dengan Allahyaraham Tunku Abdul Rahman Putera Al-Haj dan mereka menjadi
rakan karib. Sekembalinya dari England, Allahyaraham Tun Abdul Razak
Dato' Hussein menggantikan bapanya yang telah meninggal dunia sebagai
Orang Kaya Indera Shahbandar. Pada masa yang sama, Allahyaraham Tun
Abdul Razak Dato' Hussein memulakan perkhidmatan dalam Malay Civil Service.
Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein mula melibatkan diri dalam
politik tanah air pada tahun 1950 apabila Allahyaraham Tun Abdul Razak
Dato' Hussein dipilih sebagai Ketua Pemuda UMNO setelah hanya empat
bulan menyertainya. Pada tahun 1951 Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato'
Hussein dipilih sebagai Timbalan Yang DiPertua UMNO. Allahyaraham Tun
Abdul Razak Dato' Hussein bertanggungjawab membawa Allahyaraham Tunku
Abdul Rahman Putera Al-Haj menjadi pemimpin tertinggi Umno dengan mengenepikan
dirinya sendiri.
Kerjaya perkhidmatan awam Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein
bermula pada tahun 1952 dengan perlantikannya sebagai Setiausaha Kerajaan
Negeri Pahang. Pada Februari 1955 Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato'
Hussein dilantik sebagai Menteri Besar Pahang. Pada Jun 1955 Allahyaraham
Tun Abdul Razak Dato' Hussein mengorbankan jawatannya dalam kerajaan
dan bertanding dalam Pilihan raya Persekutuan atas tiket Perikatan.
Berkat sokongan masyarakat, Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein
memenangi kerusi Majlis Undangan Persekutuan Kawasan Semantan.
Kemenangan Perikatan menampilkan penglibatannya dalam kabinet apabila
Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein dilantik sebagai Menteri
Pelajaran, Persekutuan Tanah Melayu pada 9 Ogos 1955. Sumbangannya yang
terpenting sebagai Menteri Pelajaran ialah memperkenalkan 'Penyata Razak'
yang intipatinya ialah menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar
utama dalam usaha mewujudkan sebuah bangsa yang bersatu padu. Allahyaraham
Tun Abdul Razak Dato' Hussein mengahwini Toh Puan Rahah dan anak sulung
Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein ialah Datuk Seri Najib Abdul
Razak.
|