Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

kursus sepenuh masa...

kursus jangka pendek...

objektif kursus...

sijil teknologi maklumat...

sijil multimedia (pengiklanan)...

 

 

pengenalan kepada kursus sepenuh masa

bagi sesi jun 2003, kolej komuniti paya besar telah menawarkan kursus sijil teknologi maklumat dan kursus sijil multimedia kreatif (pengiklanan). dua kursus tambahan iaitu sijil teknologi elektrik serta kursus sijil komputer dan sokongan akan ditawarkan apabila kkpb berpindah ke kampus tetap kelak.

 

pengenalan kepada kursus jangka pendek

selain dari program sepenuh masa, kolej komuniti juga akan menawarkan program kursus pendek dalam pelbagai bidang di peringkat sijil modul dan juga sijil kursus pendek. sijil modul menawarkan modul atau submodul tertentu yang dipilih daripada modul- modul yang ditawarkan dalam kursus sepenuh masa.

sijil kursus pendek merupakan satu program pengajian yang menggabungkan beberapamodul atau sub-modul untuk mencapai satu kelompok ketrampilan/kemahiran didalam sesuatu bidang kerja.

 

objektif kursus...

membuka peluang pendidikan dan latihan sepanjang hayat kepada masyarakat setempat dalam meningkatkan pengetahuan dalam menggunakan microsoft word dan excel seiring dengan perkembangan IT.

mendedah dan memberikan pengetahuan berkaitan dengan pemasangan litar elektronik.

memberi pendedahan dan peluang kepada masyarakat untuk mengekspresi kreativiti dengan mencipta pelbagai elemen grafik dengan menggunakan perisian yang sesuai.

mengeratkan silaturrahim dan melahirkan satu hubungan baik dan mesra diantara komuniti setempat dengan kakitangan kolej.

 

SIJIL TEKNOLOGI MAKLUMAT...

matlamat kursus ini adalah bagi melahirkan individu yang mempunyai kemahiran asas di dalam bidang ICT (information & communication technology). antara modul yang akan di pelajari adalah penggunaan perisian aplikasi, internet, pengkalan data, multimedia, pengacaraan komputer serta perkakasan dan rangkaian. lulusan sijil ini berpeluang menceburi  diri dalam bidangyang berasaskan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di agensi kerajaan dan swasta atau menjadi usahawan.

dengan kemahiran yang diperolehi, lulusan mempunyai peluang pekerjaan seperti operator data, juruteknik komputer dan rangkaian atau lain-lain bidang yang bersangkutan dengan perkakasan dan perisian.

 

sijil multimedia kreatif (pengiklanan)...

kursus ini merangkumi ilmu- ilmu pengiklanan secara menyeluruh dengan mempelajari konsep- konsep asas pengiklanan sehinggalah ketahap aplikasi dan produksi untuk percetakan, iklan media elektronik seperti televisyen dan pengiklanan laman web. modul- modul yang akan dipelajari adalah fotografi, rekabentuk grafik, sistem audio dan video, pengiklanan media cetak, rekabentuk multimedia kreatif, animasi digital, projek pengiklanan dan showcase pengiklanan. antara peluang pekerjaan bagi lulusan ini adalah pereka grfik di syarikat swasta atau kerajaan selain boleh menjadi pengusaha syarikat pengiklanan multimedia.

latihan yang disediakan akan menambah kemahiran teknikal pelajar dan disesuaikan mengikut perubahan teknologi dari semasa ke semasa. pembelajaran dan pengajaran dititikberatkan kepada kerja amali dan projek berkaitan.