AMUK

Aku Mahu Pulang
 
Gelap malam pasti terang
Sang mentari pasti datang
Kesesatan perjalanan
Rahmat Tuhan menentukan
 
Berikan ku masa mencuci dosa
Aku ‘kan pulang menebus usia
 
Di musim berlalu
Sepi memburu
Memaksa perindu meruntuhkan nafsu
Dengan khayalan sebuah kehidupan
Jarum suntikan
Menjadi pegangan menjadi buruan
 
Terimalah kembali wajah ini
Jangan terus membenci
Sampai mati
Sedang hari berganti
Kau mengerti
Sedang masa berganda kau memaksa
 
Aku manusia pelakun cerita
Di pementasan alam ciptaanNya
Bukan sengaja melanggar arahan
Kadang terlupa watak dan peranan
Aku manusia

HakCipta Terpelihara© 2002