| |
Klinik Pergigian Penampang bertanggungjawab untuk memberi perkhidmatan
pergigian seperti tampalan, cabutan, kikisan, gibuatan dan pendidikan kesihatan
mulut secara am.
Klinik ini mempunyai 19 orang anggota yang terdiri daripada 1 Juruteknologi
pergigian U8, 8 Jururawat Pergigian U8, 1 Pembantu Pembedahan Pergigian U13, 3
Pembantu Pembedahan U14, 3 Attendan Kesihatan U16, 2 Pemandu bermotor R10 dan 1
Pembantu Tadbir N9.
Pada masa ini, Klinik Pergigian Penampang tidak mempunyai pegawai Pergigian yang
menjaga. Walaubagaimanapun, ada pegawai pergigian dari Klinik Kesihatan Luyang
yang datang dua minggu sekali(setiap Isnin kedua dan keempat tiap-tiap bulan).
Terdapat 4 buan Klinik Pergigian sekolah iaitu SRJK(C) Yue Min, SRK. ST. Joseph,
SK. Kem Lok Kawi dan SK. Putatan. Klinik pergigian sekolah mempunyai seorang
jururawat Pergigian dan seorang pambantu yang mengendalikan perkhidmatan
pergigian untuk murid-murid sekolah masing-masing.
Disamping itu, terdapat satu pasukan Pergigian bergerak yang menjaga 20 buah
sekolah rendah dan dua buah sekolah menengah daerah Penampang. Klinik bergerak
ini terdiri daripada 4 Jururawat Pergigian, 2 orang Pembantu dan 1 Pemandu
bermotor. 8 Jururawat Pergigian juga terlibat dalam memberikan perkhidmatan
pergigian kepada murid-murid tadika yang berjumlah 38 di daerah Penampang.
Antara aktiviti yang dilaksanakan adalah memberi ceramah, latihan "Role Play"
dan seterusnya rawatan konservatif kepada murid-murid yang memberi kebenaran
rawatan.
Selain daripada menjalankan tugas klinikal, anggota pergigian juga turut aktif
dalam perlaksanaan projek seperti Kumpulan meningkat Mutu Kerja(KMK) dan pernah
memenangi anugerah satria peringkat sektor awan dan johan peringkat zon Kota
Kinabalu.
Rawatan Pergigian yang ada di Klinik ini termasuk (sila klik atas nama rawatan
untuk lebih maklumat):-
Perkhidmatan Yang disediakan
Untuk rawatan pergigian seperti tampalan gigi/kikisan gigi dan pembuatan gigi
palsu, pesakit dikehendaki datang ke klinik untuk pemeriksaan gig terlebih
dahulu sebelum diberi temujanji kecuali rawatan untuk mencabut gigi.
|