Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

TELEKOMUNIKASI DAN RANGKAIAN KOMPUTER

Rangkaian Komputer
Jenis-jenis rangkaian sebenarnya ditakrifkan mengikut lingkungan geografi sesuatu rangkaian itu. Selain daripada itu, perbezaan di antara skema rangkaian-rangkaian tersebut turut melibatkan jarak dan orientasi. Biasanya, ia berorientasikan kerangka pusat dan menggunakan talian telefon atau bergantung kepada geganti gelombang mikro untuk menghantar data. Terdapat tiga jenis rangkaian komputer yang asas iaitu:
  1. Rangkaian Kawasan Setempat (Local Area Network - LAN)
  2. Rangkaian Kawasan Metropolitan (Metropolitan Area Network - MAN)
  3. Rangkaian Kawasan Luas (Wide Area Network - WAN)
    • Rangkaian Kawasan Luas (Wide Area Network – WAN) menghubungkan suatu kawasan yang lebih luas dari segi geografinya, contohnya menghubungkan Florida, Amerika Syarikat dengan dunia.
    • Ia memerlukan pelbagai perkakasan dan perisian sebelum membolehkan rangkaian setempat dan metropolitan berhubung dengan komunikasi secara global dan antarabangsa seperti Internet.
Kelebihan Rangkaian
Internet

Internet berasal dari gabungan perkataan inter dan network, ia itu inter-net atau antara rangkaian. Jika Internet merujuk kepada rangkaian yang di bina dengan menyambungkan rangkaian-rangkaian komputer di antara satu sama lain maka Internet adalah nama khas yang merujuk kepada rangkaian komputer yang di bina dengan menggunakan protokol rangkaian atau 'bahasa rangkaian' yang di kenali sebagai TCP/IP. Begitulah takrifannya jika internet di lihat dari sudut yang teknikal.

Mencapai Internet Dari Rumah
    Perkakasan yang diperlukan :-
  1. Komputer
  2. Pendaftaran sebagai ahli ISP
  3. Perisian Pelungsur Internet
  4. Modem
  5. Talian telefon
Protokol Rangkaian
Protokol adalah tata tertib yang perlu diikuti oleh dua pihak yang ingin berinteraksi di antara satu sama lain supaya interaksi dapat berjalan dengan lancar seperti yang di kehendaki. Oleh itu protokol rangkaian boleh di takrifkan sebagai protokol yang di gunakan oleh komputer-komputer dan perkakasan-perkasasan yang terdapat dalam satu rangkaian untuk membolehkan komputer-komputer berkomunikasi dengan baik. Perkataan protokol rangkaian sering di gelar sebagai protokol komunikasi atau protokol sahaja.
Hyper Text Markup Language
HTML adalah kata singkatan kepada Hyper Text Markup Language. Ia adalah bahasa sejagat yang digunakan untuk memaparkan dan menjalin dokumen hypermedia dalam rangkaian global komputer. Sebelum kita memahami bahasa ini, elok kita jelajahi secara ringkas persekitaran dimana HTML berfungsi. Bermakna, kita tinjau beberapa konsep utama yang berkaitan dengan rangkaian global seperti hypermedia, hyperteks, World Wide Web, protokol, penerbitan web, URL dan pelayan HTTP.
Tapak Web
Tapak web ialah sekelompok fail khas yang dinamakan halaman Web,yang disimpan di satu “pelayan” Web. Fail tersebut dihasilkan mengikut piawai yang membenarkan sebarang pelayar Web menterjemah dan mempersembahkan maklumat didalamnya. Maklumat yang terkandung itu mungkin ialah teks ringkas,teks dengan imej atau termasuk kandungan multimedia seperti animasi ,sedutan video dan bunyi.Ataupun,aturcara saling tindak yang berbalas terhadap input pengguna. Salah satu ciri yang paling menakjubkan mengenai fail halaman Web ini ialah keupayaan menyirat”pautan”didalam fail itu.”Pautan” itu tersirat di dalam teks atau imej atau unsurs lain didalam laman Web,dan boleh mengarahkan pelayar Web memuatkan halaman Web lain.Halaman Web ini dialamatkan mengguna system alamat piawai agar halaman yang betul dapat dicari dan dimuatkan.Ini bererti fail yang hendak dimuat boleh dicari dari sebarang pelayan Web di seluruh dunia.

World Wide Web (WWW)
WWW telah direka oleh Tim Berners Lee dari European Centre for High Energy Physics (CERN). Aplikasi Internet yang berfungsi dengan menggabungkan teks dan grafik dalam satu dokumen atau antaramuka pengguna yang sama. Web menggabungkan audio, video dan animasi dalam dokumen yang sama. WWW popular kerana :
Perkhidmatan Asas Internet
  1. Mel Elektronik (E-MEL)

    • Aplikasi yang membolehkan pengguna Internet berkomunikasi dalam bentuk teks di antara satu sama lain secara langsung. Melalui emel,
      1. pengguna internet dapat menghantar mesej yang sama kepada lebih daripada seorang penerima.
      2. mengepilkan pelbagai jenis fail bersama emel
      3. mudah digunakan, murah, cepat dan reliabel
      4. boleh ditulis dalam bentuk formal dan tidak formal
    • Alamat emel adalah alamat yang digunakan oleh pelayan emel yang mengendalikan penghantaran emel ke destinasinya.
    • Ia adalah gabungan nama pengguna (nama akaun emel) dengan nama domain bagi pelayan emel dimana pengguna mendaftar akaun emel
    • Format alamat adalah seperti cikgu_tm@hotmail.com, spmteam@yahoo.com, stpm@teacher.com, cikgu@jea3037.01.moe.edu.my
  2. Gopher
    adalah peranti dalam internet yang membolehkan pengguna untuk mengakses dokumen, fail, tapak FTP, tapak WWW dan sumber lain. Berbeza dengan FTP, arahan Gopher adalah seragam tanpa mengira jenis mesin komputer dimana ia digunakan. Pelayan Gopher dirangkaikan dengan meluas sekali – membuat anda boleh mengkases apa jua fail dalam Internet dengan mudah. Untuk menggunakan Gopher, menu antara mukanya adalah konsisten dalam semua sistem komputer. Anda boleh mencari menggunakan kata kunci dan nama fail.
  3. Telnet
    • satu kemudahan komunikasi yang membolehkan kita log masuk ke dalam komputer lain secara dwihala atau menggunakan khidmat interaktif dalam komputer atau hos lain atau yang jauh. Untuk menggunakan Telnet, kita memerlukan aplikasi Telnet.
    • .....
  4. FTP Aplikasi Internet yang membolehkan seseorang pengguna Internet masuk ke dalam sebuah komputer jauh dan mengambil fail yang terdapat di dalamnya.
  5. Archie
  6. Internet Relay Chat
  7. Usenet
  8. Senarai Mel
Kelemahan Internet
Adalah tidak dapat di nafikan bahawa suatu perkara atau benda itu memang terdapat pro dan kontra. Begitu juga Internet, ada kebaikan dan ada juga keburukannya. Keburukan didalam Internet yang jelas dan nyata adalah seperti berikut: a. Senang untuk mendapatkan bahan-bahan berunsur lucah seperti gambar, dan video clip. Ini boleh mendorong kepada perbuatan maksiat dan menyalahi hukum agama dan undang-undang negara. b. Chatting atau borak di dalam Internet yang terlalu lama tanpa faedah akan menyebabkan bil telefon meningkat. c. Penyebaran maklumat yang berunsur negatif kepada sesiapa sahaja melalui emel atau laman web. Walaubagaimana pun mengikut pendapat pakar kaji selidik tentang penggunaan Internet ini, adalah didapati keburukan di dalam Internet ini hanya meliputi 5% sahaja daripada keseluruhan keupayaan Internet.

Sistem Komputer | Perisian Aplikasi | Multimedia | Sistem Maklumat | Pengaturcaraan BASIC | Rujukan