Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

C-heart Online                

Laman kesihatan untuk semua

LAMAN UTAMA

 

           C-Heart Online adalah satu laman baru dalam era ini dimana laman ini mempamerkan pelbagai info-info terkini berkenaan aspek kesihatan dalam kehidupan seharian masyarakat Malaysia pada hari ini. C-Heart Online juga mendedahkan jenis-jenis penyakit yang biasa dihidapi oleh masyarakat kita dan juga menerangkan cara-cara mengawalnya. Ada juga ruangan yang memberi penerangan tentang kerjaya dalam bidang perubatan dam masa depan kerjaya tersebut. Setiap warkah dari pembaca juga akan diulas dan dipaparkan dalam laman ini sebagai wadah buat pembaca-pembaca lain yang melayari laman web ini. Ada juga satu ruangan dalam bahasa Inggeris yang kami paparkan dimana ruangan itu adalah ruangan kajian-kajian yang agak unik yang dibuat oleh para pengkaji bidang perubatan. Sidang C-Heart Online juga telah membuka keahlian kepada para penggemar internet untuk menjadi ahli kami.

 

OBJEKTIF C-HEART ONLINE :

 

· Menyediakan wadah dan info-info kesihatan terkini kepada masyarakat.

· Memberi pendedahan kepada masyarakat yang mencari maklumat tentang kesihatan.

· Memupuk kesedaran kepada masyarakat tentang pentingnya pengetahuan tentang kesihatan.

· Menawarkan cara mudah untuk pembaca melayari internet untuk mendapatkan maklumat kesihatan.