Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

Belimbing

Mengandungi antioksidan lebih banyak daripada buah yang lain. Antioksidan merupakan senjata untuk melawan penyakit yang berkaitan penambahan usia seperti kanser, jantung dan kencing manis. Untuk membeli buah belimbing yang segar, pilihlah yang hujungnya berwarna coklat

Betik

Betik mempunyai banyak khasiat. Dan ia mudah didapati di negara ini. Betik dikatakan sesuai untuk mereka yang mengidap angin ahmar dan sembelit. Ia mengandungi vitamin E dan folate. Pilihlah yang berwarna kuning. Itu tanda nya ia sudah masak

Kiwi

Buah kiwi antara buah import yang kaya denga vitamin C berbanding oren. Biarpun rupanya tidak cantik serta berbulu tetapi rasanya masam masam manis seperti buah strawberri. Ia mengandungi potassium dan sedikit bahan anti kanser seperti chlorophyll. Untuk mendapatkan buah kiwi yang baik ialah ambil yang keras dan tidak berkedut.

Markisa

Kita jarang menemui pokok Markisa kecuali di Sabah. Buah Markisa dikatakan sangat berkhasiat kerana mengandungi banyak phyrosterois iaitu bahan yang boleh membersihkan kolesterol dalam saluran darah. Malah menurut USRDA, ia boleh menurunkan kadar kolesterol sehingga 17%. Untuk mendapatkan buah markisa yang terbaik, pilihlah yang kecil, berkedut dan berwarna ungu gelap

Anggur

Para pakar mendapati jus anggur dapat menurunkan tekanan darah dan risiko mendapat angin ahmar bagi lelaki. Mengambil jus anggur secara teratur dapat mengurangkan risiko penyakit angin ahmar serta hipertensi bagi lelaki sekitar 14% dan bahaya kematian akibat penyakit jantung sekitar 9%. Penemuan ini berdasarkan kepada penyelidikkan terhadap sukarela yang meminum dua gelas jus anggur setiap hari selama 12 minggu dan hasilnya penyelidik mendapati berlaku pengurangan terhadap tekanan darah mereka. Meminum jus anggur antara langkah mudah untuk menurunkan tekanan darah. Anggur merah sangat baik bagi tubuh kerana dapat menurunkan risiko sakit jantung dan angin ahmar. Penyelidikan itu juga menjelaskan semua jenis anggur memiliki manfaat terhadap pelbagai masalah kesihatan terutama selesema. Para doktor mengakui dengan mengambil jus anggur secara teratur dapat membantu memperbaiki kekebalan terhadap 200 jenis virus penyebab penyakit.