Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

Kerjaya - (Career)


Dikemaskini pada 27 Mei 2003

Mustahak!

Ruangan ini bertujuan untuk memberikan panduan am tentang kerjaya polis. Ia bukannya bertujuan untuk menyatakan tentang kekosongan jawatan yang ada dalam PDRM atau satu iklan tentang sebarang eksesais pengambilan pegawai dan anggota pasukan. Pelayar dinasihatkan untuk merujuk kepada iklan yang disiarkan dari masa ke semasa oleh PDRM di akhbar-akhbar tempatan dan laman web ini untuk memohon mengisi jawatan kosong. Syarat-syarat yang disiarkan adalah tertakluk kepada pindaan semasa dan pihak yang menyediakan ruangan ini tidak bertanggungjawab di atas apa-apa kerugian atau liabiliti yang dihadapi oleh pengguna maklumat dalam ruangan ini.

[Prospek] [Bagaimana?] [Kenaikan Pangkat] [Kelayakan Kadet ASP] [Kelayakan Inspektor] [Kelayakan Konstabel] [Kelayakan Konstabel Tambahan] [Taraf Jawatan] [Kelayakan Fizikal] [Gaji] [Syarat Skim Perkhidmatan] [Faedah] [Cara Memohon] [Peringatan] [Pertanyaan]

Pendahuluan

Polis DiRaja Malaysia adalah salah satu perkhidmatan yang terbesar di negara ini. Oleh kerana fungsinya yang berbeza-beza dan unik maka sudah semestinya ia memberi banyak peluang yang tidak boleh didapati dalam lain-lain perkhidmatan. Pelbagai bahagian yang terdapat di dalamnya boleh menawarkan peluang kerjaya yang mencabar dan menyeronokkan yang membuat hidup menjadi lebih bermakna. Di samping berkhidmat untuk negara, anda juga berpeluang mencungkil dan mengasah bakat terpendam yang mungkin ada pada diri anda.

Prospek Kerjaya

Peluang-peluang sentiasa terbuka bagi anda untuk memilih salah satu daripada unit-unit yang tersebut di bawah ini bagi merealisasikan impian anda.


-Pasukan Simpanan Persekutuan

-Polis Marin

-Pasukan Gerakan Am

-Komunikasi

-Teknologi Maklumat

-Unit Berkuda

-Unit Udara

-Trafik

-Tugas Am

-Pengangkutan

-Unit Tindak Khas

-Cawangan Kereta Perisai

-Persenjataan

-Jabatan Siasatan Jenayah

-Bahagian Siasatan Jenayah Perdagangan

-Jabatan Narkotik

-Cawangan Khas

-Jabatan Logistik

-Cawangan Perhubungan Awam

-Unit Pengesan

-Pancaragam

-Polis Pelancong

-Unit Pencegahan Penyeludupan

Bagaimana?

Anda boleh memasuki perkhidmatan polis melalui 3 cara iaitu, sebagai Konstabel Tambahan, Konstabel, Inspektor dan Kadet ASP. Jika anda terpilih, anda akan menjalani kursus asas selama 12 bulan di pusat-pusat latihan polis bagi mempelajari undang-undang, sains kepolisan, kawad, persenjataan, latihan jasmani, termasuk seni mempertahankan diri. Anda juga akan menjalani latihan amali di daerah-daerah polis selama 9 bulan.

Setiap ahli pasukan mesti melalui tempoh percubaan selama 3 tahun sebelum disahkan dalam jawatan.

Kenaikan Pangkat

Setiap anggota dalam perkhidmatan polis mempunyai peluang yang sama untuk kenaikan pangkat. Untuk layak dinaikkan pangkat, setiap anggota akan dinilai dari aspek tempoh perkhidmatan, kecemerlangan dalam tugas dan rekod perkhidmatan yang baik. Anugerah Khidmat Cemerlang akan diberi kepada anggota polis yang telah mempamerkan prestasi kerja yang cemerlang dalam satu-satu tahun. Anugerah ini membawa ganjaran berbentuk sijil saham, cenderamata, bonus dan cuti tanpa rekod.

Kelayakan Kadet ASP:

1) Warganegara Malaysia

2) Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak melebihi 26 tahun pada tarikh tutup iklan

Kelayakan Akademik :

1) Ijazah Sarjana Muda dari univerisiti-universiti tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;

ATAU

Ijazah Sarjana Muda Kepujian dari universiti-universiti tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan (Gaji permulaan ialah pada Gred Y6 : P1T2 RM1606.88); ATAU

3) Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari universiti-universiti tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan (Gaji permulaan ialah pada Gred Y6 : P1T3 RM1707.31); ATAU

4) Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan dalam bidang-bidang yang diperlukan dari universiti-universiti tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan (Gaji permulaan ialah pada Gred Y6 : P1T4 RM1807.74); ATAU

Salah satu daripada yang berikut :

1) Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dari universiti Malaya atau kelayakan dalam bidang berkaitan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan (Gaji permulaan ialah pada Gred Y6 : P1T6 RM2008.60); ATAU

2) Ahli Penuh Badan-Badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan (Gaji permulaan ialah pada Gred Y6 : P1T6 RM2008.60);

ATAU

Ijazah Sarjana Muda Perakaunan serta menjadi Ahli Penuh Badan-Badan Ikhtisas Perakaunan yang mana kedua-duanya diiktiraf oleh Kerajaan (Gaji permulaan ialah pada Gred Y6 : P1T7 RM2109.03); ATAU

3) Ahli Penuh Malaysia Institute of Accountants (Gaji permulaan Gred Y6 : P1T8 RM2209.46) DAN

4) Kepujian Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Kelayakan Inspektor:

1) Warganegara Malaysia

2) Berumur tidak kurang daripada 18 tahun dan tidak melebihi 26 tahun pada tarikh tutup iklan

Kelayakan Akademik :

STPM atau kelulusan yang setaraf dengan kelulusan Sijil Penuh STP/HSC atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;ATAU

Diploma Pentadbiran Awam atau Perakaunan dari UiTM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan (Gaji permulaan ialah pada Gred Y8 : P1T4 RM1150.71); ATAU

Diploma Kejuruteraan dalam bidang-bidang yang diperlukan atau Senibina atau Ukur Bahan dari UTM atau UiTM atau kelayakan dalam bidang berkaitan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan (Gaji permulaan ialah pada Gred Y8 : P1T5 RM1217.26); ATAU

Diploma Sains Komputer dari UTM atau UiTM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan (Gaji permulaan ialah pada Gred Y8 : P1T4 RM1150.71); DAN

Kepujian Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Calon-calon yang menunggu keputusan STPM boleh juga memohon. Salinan slip keputusan yang disahkan hendaklah dihantar selepas keputusan diumumkan.

Pegawai polis yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Pegawai Rendah Polis dan Konstabel boleh juga memohon. Sila rujuk Perintah Pasukan Khas PDRM untuk maklumat lanjut.


Kelayakan Konstabel:

Warganegara Malaysia

1) Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak melebihi 26 tahun pada tarikh temuduga

2) Lulus SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan mendapat Kepujian Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan (Gaji permulaan RM669.13)

Konstabel Tambahan yang sedang berkhidmat juga layak memohon. Perintah Pasukan Khas PDRM hendaklah dirujuk.

Kelayakan Konstabel Tambahan:

1) Warganegara Malaysia

2) Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak melebihi 26 tahun pada tarikh temuduga

3) Tamat Tingkatan III atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya

4) Berkebolehan bertutur dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan

5) Keutamaan diberi kepada calon-calon yang mempunyai pengalaman mengendaklikan bot, berkebolehan di dalam bidang sajian makanan atau memiliki lesen memandu Kelas D

Taraf Jawatan : TETAP

Kelayakan Fizikal:

1) Kelayakan fizikal bagi jawatan tersebut di atas hendaklah mempunyai ukuran badan dan pancaindera seperti berikut :

2) Tinggi sekurang-kurangnya 1.65m bagi calon lelaki dan calon wanita sekurang-kurangnya 1.60m

3) Berat badan sekurang-kurangnya 47.6kg bagi calon lelaki dan 46.2kg bagi calon wanita

4) Mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kuranya 81cm dan 86cm semasa menarik nafas (lelaki sahaja)

5) Lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan dengan ketetapan V6/9 tanpa cermin mata. (Bagi jawatan Kadet ASP dan Inspektor, kelonggaran diberi sehingga V6/12)

6) Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat

7) Diakui sihat oleh Pegawai Perubatan Kerajaan termasuk pemeriksaan X-ray

Gaji

Kadet ASP

-P1T1 RM 1506.45 - P1T19 RM3314.19

-P2T1 RM 1610.51 - P2T19 RM3483.59

-P3T1 RM 1718.20 - P3T19 RM3656.62

Inspektor

-P1T1 RM 1004.30 - P1T16 RM2112.66

-P2T1 RM 1045.44 - P2T16 RM2255.44

-P3T1 RM 1087.79 - P3T16 RM2404.27

Konstabel

-P1T1 RM 586.85 - P1T15 RM 1162.81

-P2T1 RM 629.20 - P2T15 RM 1222.10

-P3T1 RM 672.76 - P3T15 RM 1282.60

Konstabel Tambahan

-P1T1 RM 515.46 - P1T15 RM 1009.14

-P2T1 RM 557.81 - P2T15 RM 1066.01

-P3T1 RM 601.37 - P3T15 RM 1124.09

Penaklukan di bawah syarat-syarat Skim Perkhidmatan:

Pegawai yang memasuki perkhidmatan di atas adalah tertakluk kepada syarat-syarat Skim Perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari masa ke semasa.

Faedah Kerja

-Calon-calon yang berjaya dilantik akan mendapat faedah kerja yang menarik, antaranya :-

Imbuhan Tetap Perumahan

-Kadet ASP - RM 450.00

-Inspektor - RM 420.00

-Konstabel - RM 230.00

-Konstabel Tambahan - RM 230.00

-Imbuhan Tetap Khidmat Polis

-Kadet ASP - RM 170.00

-Inspektor - RM 115.00

-Konstabel - RM 65.00

-Konstabel Tambahan - RM 65.00

-Bayaran Insentif Wilayah (Bertugas ke Sabah dan Sarawak dan sebaliknya ke Semenanjung) diberi berdasarkan peratusan yang diterima

-Bayaran kerja lebih masa - RM 100.00

-Elaun pakaian seragam - RM 250.00

-Bayaran Insentif Pertukaran/Perjalanan/Penginapan/Makan dan Sarapan

-Kemudahan perubatan percuma

-Kenaikan pangkat

-Bayaran Insentif Teknikal

Cara Memohon

| Kadet ASP & Inspektor | Konstabel & Konstabel Tambahan |

Kadet ASP & Inspektor

Permohonan bagi jawatan Kadet ASP dan Inspektor hendaklah menggunakan borang yang boleh didapati di semua Ibu Pejabat Polis Daerah berhampiran. Borang hanya dikeluarkan kepada pemohon yang mengemukakan Sijil Kelulusan Asal dan memenuhi syarat kelayakan fizikal yang ditetapkan.

Semua permohonan hendaklah disertakan dengan :

Fotostat Ijazah, Diploma (termasuk transkrip keputusan peperiksaan semua semester), STPM/SPM/PMR, Sijil Berhenti Sekolah dan lain-lain sokongan yang disahkan oleh Guru Besar/Pendaftar Universiti/Pegawai Dalam Kumpulan Pengurusan & Profesional.

Permohonan daripada Pegawai-Pegawai Kerajaan hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Perintah Am Bab A Perkara 21.

Hanya borang permohonan yang lengkap diisi akan dilayan.

Permohonan hendaklah dihantar dalam sampul surat berukuran 32cm x 23cm dan tuliskan jawatan yang dipohon di sudut atas sebelah kiri.

Sertakan juga satu sampul surat berukuran 22cm x 11cm bersetem dan beralamat sendiri.

No. Rujukan Fail hendaklah dicatat di penjuru kiri sebelah atas sampul surat.

 

Konstabel & Konstabel Tambahan

Bagi jawatan Konstabel dan Konstabel Tambahan, calon-calon hendaklah hadir di pusat-pusat temuduga terbuka, seperti yang dinatakan dalam iklan dalam akhbar-akhbar tempatan dan laman web ini, bersama-sama dokumen-dokumen berikut:-

3 keping gambar berukuran pasport

Kad pengenalan dan 2 salinan fotostat

Sijil Beranak (asal)

Sijil peperiksaan, Sijil Berhenti Sekolah (asal) dan lain-lain sijil kemahiran (asal), jika ada

Pemegang Resit Kad Pengenalan (JPN 1/11) mesti dicop dan disahkan oleh Pejabat Pendaftaran Negara, Petaling Jaya atau negeri-negeri

Surat sokongan Ketua Jabatan. 1salinan fotostat Penyata Perkhidmatan (bagi mereka yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan)

Baju 'T' dan seluar pendek

Alat menulis - Ball point pen

Nama, No. Kad Pengenalan, Tarikh Lahir keluarga (adik-beradik) yang berumur 18 tahun ke atas

1 salinan fotostat bagi setiap perkara di para 3 - 5

 

Peringatan

Hanya pemohon yang layak selepas proses akan dipanggil untuk temuduga

Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 3 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan sebagai tidak berjaya.

Pertanyaan

Penguasa Perhubungan Awam

Cawangan Perhubungan Awam

Polis DiRaja Malaysia

50560 Kuala Lumpur

Tel : 03-22626297, 03-22626300, 03-22626301, 03-22626299, 03-22626302

Fax : 03-22626311 E-mail : rmp@rmp.gov.my

BACK