PERKEMBANGAN MAZHAB DALAM SEJARAH ISLAM.
Berikut adalah sejarah lahirnya mazhab dalam Islam, dalam makalah ini berbagai permasalahan tentang mazhab akan dibincang secara ringkas, penjelasan dalam hal ini diperlukan oleh kerana adanya salah faham tentang mazhab baik bagi golongan yang bermazhab maupun golongan yang tidak bermazhab. Istilah-istilah seperti ‘ta’assub’, ‘taqlid’ dan ‘salafi’ juga dibincangkan.
1.. Mazhab Hanafi (80-150H.)
Mazhab
hanafi dinisbahkan kepada pengasas mazhab tersebut yaitu Imam Nu’man bin
Tsabit al-Kufi al-Hanafi. Beliau lahir di Kufah Iraq dari keturunan Parsi pada
80 H. dan meninggal 150 H. beliau memulakan kehidupannya sebagai peniaga sutera
akan tetapi berpindah untuk menuntut ilmu dan berguru dengan ulama-ulama
terkenal pada masa itu seperti al-Syaikh Humad bin Abi Sulaiman yang telah
mewarisi ilmu dari Abdullah bin Mas’ud seorang sahabat yang terkenal dalam
bidang fiqih dan Ra’yi.
Imam
abu hanifah banyak dikritik ulama lain karena dikatakan telah mengutamakan
pendapat (ra’yu) daripada hadith, hal ini dibantah oleh sebagian ulama bahwa
beliau lebih banyak menggunakan pendapatnya sendiri daripad hadith kerana pada
masa itu penipuan hadith sangat berleluasa dan beliau takut terambil hadith yang
palsu.
Manhaj
Abu Hanifah dalam fiqih jelas, beliau akan mengembalikan segala persoalan kepada
Al-Qur’an kemudian al-Sunnah lalu Aqwal
al-Sahabah yaitu pendapat para sahabat Nabi. adapun apabila perkara tersebut
tidak pernah dibincangkan sebelumnya maka beliau akan berijtihad, yaitu dengan
mengikut metode Qiyas dan Istihsan. Ijtihad telah dibenarkan sejak zaman Nabi lagi, ketika
Rasulullah S.A.W. mengutus Muaz bin Jabal ke Yaman beliau bertanya: Bagaimana
cara engkau dalam berhukum?, dengan merujuk kepada Kitab Allah, Bagaimana kalau
tidak ada dalam kitab Allah?, maka dengan merujuk kepada Sunnah Rasulullah,
bagaimana kalau tidak ada , maka aku akan berijtihad dengan betul) dalam hadith
yang lain Nabi bersabda: Apabila seorang mujtahid berijtihad dan betul
ijtihadnya maka dia akan mendapat dua pahala, apabila salah dia akan mendapat
satu pahala.
Diantara
murid Abu hanifah yang terkenal adalah Abu Yusuf , Muhammad bin Hasan, merekalah
orang yang bertanggung jawab menyebarkan Mazhab hanafi dan memperkuat kedudukan
mazhab tersebut. Adapun kitab-kitab yang terkenal dalam mazhab Hanafi ialah Kitab
al-Kafi oleh imam Muhammad bin Muhammad al-Marwazi dan Kitab
al-Mabsut oleh imam Muhamamd bin Ahmad al-Sarkhasi. Dengan adanya dukungan
ulama-ulama tersebut maka tersebar luaslah mazhab Hanafi dan ianya telah menjadi
mazhab rasmi bagi Khilafah Osmaniyah di Turki.
2.
Mazhab Maliki (93-179 H).
Imam Malik bin
Anas al-Asbahi, berasal dari Yaman dan lahir di Madinah, dan tak pernah
meninggalkan Madinah kecuali untuk Haji, beliau lebih suka duduk bersebelahan dangan Nabi, walaupun telah ditawarkan untuk
mendampingi Khalifah di Baghdad. Beliau telah banyak berguru dengan para
Tabi’in, diantaranya ialah Ibn al-Shihab al-Zuhri dan Rabi’ah al-Ra’yi,
Yahya ibn Said , Abdul Rahman bin Hurmuz dll. Beliau belajar dan mengajar di
Masjid Nabawi dan diantara murid beliau adalah Imam syafi’I, anak kahalifah
Harun al-Rashid yaitu al-Amin dan al-Ma’mun, abdullah bin Wahb, Abdul
Rahmanbin al-Qasim, Abul Hasan al-Qurtubi dll.
Imam Malik telah menulis sebuah Buku yang dinamakan al-Muwatta’, Buku ini mengandungi Hadith-Hadith yang Sahih dan Mursal, Fatwa sahabat dan pendapat para Tabi’in, dan juga mengandungi Ijtihad beliau sendiri dalam bentuk qiyas, tafsir , tarjih. Beliau menulis buku tersebut dalam masa empat puluh tahun, ini adalah merupakan karya terbesar Imam Malik dan merupakan buku pertama dalam ditulis seumpamanya, setelah al-Qur’an dan Hadith. Al-Muwatta ingin dijadikan kitab dan Mazhab rasmi bagi Khilafah Abbasiah masa itu tetapi Imam Malik dengan tawadu’ menolak permintaaan tersebut. Selain al-Muwatta’ kitab yang terkenal dalam mazhab Maliki adalah al-Mudawwanah yang ditulis oleh murid-murid beliau dan menjadi pegangan rasmi pemerintahan Umawiyyah di Andalus/ Spain.
3.
Mazhab al-Syafi’i (150-204 H).
Imam Abu Abdullah
Muahammad bin Idris al-Syafi’i, mempunyai nasab yang bertemu dengan Rasul
yaitu dengan datuk beliau yang bernama Abd Manaf. Beliau lahir di Ghazzah,
Palestin, dan wafat di Mesir. Menimba ilmu di Mekkah sampai berumur 15 tahun dan
diberikan izin berfatwa, kemudian beliau pindah ke Madinah berguru dengan Imam
Malik sampai wafat, lalu mengembara ke Yaman untuk berguru dengan Yahya bin
Hassan Murid Imam al-Auza’i, beliau ditangkap pada tahun 184 H. kerana didakwa
menentang pemerintahan Abbasiyah dan dibawa ke Baghdad disinilah beliau bertemu
dengan Imam Muhammad al-Syaibani dari Mazhab Hanafi, beliau terus mengembara
untuk belajar dan mengembangkan ilmunya sampailah akhirnya beliau mukim di Mesir
pada tahun199 dan meninggal tahun 204 H.
Oleh kerana imam Syafi’i banyak mengembara dalam menuntut ilmu maka mazhabnya juga merupakan kombinasi dari beberapa madrasah / pemikiran dan kecendrungan, beliau mengambil sikap tengah antara madrasah ahlul Hadith (menolak ijtihad-qiyas) dan madrasah ahlul Ra’yi (menolak hadith ahad), beliau tidak menolak hadith Ahad yang sahih,dan menolak hadith Mursal yang bukan oleh kibar Tabi’in. dan beliau menggunakan metode qiyas dalam ijtihadnya, ini berarti beliau seorang pro ahlul Hadith dalam masa yang sama pro ahlul Ra’yi.
4.
Mazhab Hanbali 164-241 H.
Imam Ahmad bin Hanbal bin Hilal bin Asad al-Syaibani lahir di Baghdad dan mengembara ke Mekah madinah, Syam, Yaman, dan lain-lain untuk menuntut ilmu dan berguru, dan diantara guru beliau adalah imam Syafi’i. Beliau amat arif dalam ilmu Sunnah, dan berjaya menghasilkan sebuah Musnad yang mengandungi lebih daripada 40.000 hadith.
Kesimpulan.
Demikianlah sejarah lahirnya mazhab dalam Islam, ia adalah fenomena yang normal dan sihat dalam sesuatu ajaran. Shari’ah Islam tidak bersifat Jumud ia akan berkembang mengikut perubahan zaman, pintu ijtihad sentiasa terbuka bagi para mujtahid bagi menangani permasalahan yang timbul dalam masyarakat Islam. Mazhab dalam Islam bukan sesuatu yang sakral dan harus diikuti dan dipatuhi seratus peratus, ini kerana mereka hanya berijtihad dan ijtihad ada yang betul ada yang salah yang mana kedu-duanya tetap mendapat pahala.
Yang menjadi
permasalahan kepada ummat Islam adalah adanya sifat ta’assub
dikalangan penganut mazhab, sehingga seseorang itu lebih mengutamakan qaul
mazhab daripada hadith atau nash yang sahih. Ini jelas
apabila mereka masih enggan meninggalkan perbuatan bid’ah dan khurafat yang
telah lama diamalkan oleh masyarakat. Imam-imam mazhab sendiri sebenarnya tidak
bertanggung jawab terhadap amalan-amalan tersebut, kebanyakan yang terjadi
adalah ulama-ulama mazhab yang mentafsirkan dan mengembangkan mazhabnya, jadi
yang sepatutnya menjadi ukuran adalah al-Qur’an dan Sunnah, qaul
mazhab boleh diterima selagi tidak bercanggah dengan Hadith
Sahih. Jadi kesimpulannya tidak salah bermazhab (mengikut imam tertentu)
akan tetapi tidak boleh ta’assub
atau taqlid a’ma (taqlid buta) pada mazhab tertentu, seseorang muslim
dituntut untuk menuntut ilmu dan mendalami fiqih agar tidak taqlid dan jauh
daripada bid’ah dan khurafat.
Istilah “salafi” ternyata bukan sesuatu yang baru, istilah ini timbul ketika bid’ah mula berleluasa di zaman khilafah Abbasiyah, maka sebagai reaksi dari ulama-ulama Islam timbullah istilah ulama salaf yaitu ulama yang berpegang teguh dengan ajaran nabi dan memerangi bid’ah. Bid’ah yang timbul ketika itu adalah dalam permasalahan Aqidah dan bukan ibadah, termasuk bid’ah bahwa al-Qur’an itu makhluk, maka ulama yang membantah keras pada masa itu adalah imam Ahmad bin Hanbal (imam mazhab hanbali),beliau dipenjarakan dan diseksa oleh kahalifah, maka sejak itu beliau digelar sebagai imam ahlu salaf dan imam Ahlussunnah wa al-Jama’ah. Manhaj salaf ini kemudian diperjuangkan oleh penerus beliau yaitu Imam Ibn taymiyah pada abad ke enam hijriah. Kemudian pada zaman ini lahirlah Muhammad bin Abdul Wahhab (1206H) di Jazirah Arab yang konsisten dengan perjuangan salaf dalam Aqidah dan mazhab Hanbali dalam fiqih, dengan bantuan Raja Sa’udi maka ajaran beliau tersebar luas dan mazhab Hanbali menjadi mazhab rasmi di Saudi Arabia hingga kehari ini.