Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
 
USB Tanpa Wayar Akan Muncul...
Cypress Semiconductor telah mengeluarkan cip persampelan untuk siri USB Tanpa Wayar (WirelessUSB) bagi memberikan sebuah alternatif tanpa wayar kepada USB. Persampelan pertama daripada Cypress Semiconductor telah dikeluarkan dengan penghasilan cip Cypress CY694X. Dengan ini para pengeluar perkakasan seperti tetikus, papan kekunci dan konsol permainan akan mengeluarkan produk yang tiada wayar.
"WirelessUSB menyelesaikan banyak isu rekabentuk yang berkaitan dengan peranti antaramuka" kata Cathal Phelan, naib presiden Jabatan Komunikasi Peribasi Cypress. "Teknologi semasa peranti antaramuka tanpa wayar mempunyai kelemahan dan kehadiran Bluetooth tidak sesuai dengan aplikasi ini."
Beroperasi pada 2.4 GHz, iaitu frekuensi yang sama dengan Bluetooth dan rangkaian tanpa wayar 802.11b, CY694X boleh menyambungkan sebanyak tujuh peranti sehingga jarak 10 meter dan ia adalah penyelesaian RF tanpa wayar yang murah dan sebuah alternatif kepada Bluetooth. Dengan jangkamasa capaian kurang daripada 8 milisaat ketika penggunaan empat peranti dan 20 milisaat pula ketika jumlah peranti yang maksima. WirelessUSB berkeupayaan untuk menyokong pasaran peranti permainan yang mempunyai permintaan yang tinggi di mana jangkamasa capaian sehingga 30 milisaat dibenarkan.


"Teknologi semasa yang menggunakan frekuensi 27 MHz untuk peranti antaramuka menawarkan keupayaan yang terhad untuk tetikus dan papan kekunci dan ia tidak menyokong pasaran peranti permainan" kata Dale Ford, pengarah perkhidmatan pasaran untuk iSuppli. "Teknologi itu hanya boleh menyokong dua peranti pada satu-satu masa dan ia perlahan dan terhad berbanding dengan penyelesaian yang menawarkan nod aktif, jangkamasa capiaan yang rendah dan teknologi sebaran spektrum."

 
CY694X menyokong tujuh nod setiap hos dan mempunyai pelbagai sambungan berasingan dalam ruang yang sama. Dengan penggunaan loncatan frekuensi teknologi sebaran spektrum Cypress Semiconductor mendakwa CY694X membolehkan penggunaan pelbagai peranti WirelessUSB dalam pejabat dan bilik darjah tanpa sebarang gangguan di antara peranti. Syarikat itu juga berkata pengurusan kuasa termaju membolehkan bateri bertahan sehingga enam bulan dalam sesebuah peranti. Manakala komunikasi dua arah membolehkan ia menghantar data berenkrip (encrypt) yang menjamin tahap keselamatan yang tinggi.

Namun begitu teknologi ini masih belum dihasilkan dalam kuantiti yang besar. Cypress Semiconductor mungkin akan mula menghasilkan peranti yang menggunakan teknologi pada suku pertama tahun 2003. Menurut Cypress banyak syarikat yang berminat dengan teknologi ini dan ini juga menunjukkan yang teknologi semasa tidak mendapat sambutan ketika ini.

 

 

| BACK |