Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
     
Sejauh mana pengetahuan anda tentang PC Tablet
Pada penghujung tahun 2000, pengerusi Microsoft iaitu Bill Gates telah mendemonstrasikan sebuah prototaip bagi PC Tablet yang lebih merupakan gabungan antara komputer desktop, notebook dan PDA. Menurut Microsoft, PC Tablet ini memasuki pasaran sepenuhnya pada pertengahan tahun 2002. Harganya pula dijangka adalah seperti komputer notebook kelas pertengahan.

Antara syarikat-syarikat gergasi yang menyokong pembangunan PC Tablet ini selain dari Microdoft ialah NEC Corporation, Compaq, Acer, Fujitsu, Adobe Systems Incorporated, Autodesk Inc, VIA Technologies, Intel, ATI Technologies dan Flextronic Design. Tetapi sebenarnya, apakah itu PC Tablet? Adakah anda benar-benar tahu tentang PC ini? Mari kita jawab soalan-soalan dibawah ini bagi menambahkan lagi pengetahuan kita tentang PC Tablet.

Apakah ciri utama PC Tablet?
a. PC yang mempunyai papan kunci siap terbina seperti notebook.
b. PC yang hanya mempunyai skrin sesentuh.
c. PC yang tidak menggunakan bateri untuk beroperasi.

Yang manakah antara berikut, merupakan pemproses yang digunakan oleh PC Tablet?
a. Maxtor.
b. Seagate.
c. Intel.

Sistem operasi yang digunakan dalam PC Tablet ketika ini?
a. Windows NT.
b. Windows ME.
c. Windows XP.

Bagaimanakah konsep PC Tablet ini diguna?
a. Berkonsepkan pengecaman penulisan dengan menggunakan dakwat digital.
b. Berkonsepkan pengecaman tetikus dengan menggunakan tetikus khas.
c. Menggunakan papan kunci untuk menginputkan setiap data kedalam PC.

Teknologi Microsoft yang terdapat pada Pocket PC yang turut digunakan dalam PC Tablet.
a. Teknologi berasaskan pen.
b. Teknologi berasaskan mesin.
c. Teknologi berasaskan wayar.

Adakah PC Tablet ini merupakan teknologi PC yang julung-julung kali diperkenalkan berasaskan penggunaan pen selain dari PDA?
a. Ya.
b. Tidak.

Standard tanpa wayar yang disokong oleh PC Tablet.
a. GSM.
b. AMPS.
c. Bluetooth.

Apakah nama pemproses yang mula-mula sekali digunakan oleh Bill Gates ketika demonstrasi di Comdex 2000?
a. Intel Pentium 100 MMX.
b. AMD Triathlon.
c. Transmeta Crusoe 600 Mhz.

1. b - Umumnya, PC Tablet hanya mempunyai skrin sesentuh dan kaedah yang digunakan untuk memasukkan data adalah sama seperti Pocket PC iaitu menggunakan konsep pengecaman penulisan. Walaubagaimanapun, pengguna boleh menggunakan papan kunci dengan menyambungkannya ke PC Tablet.
2. c. - Selain Intel, syarikat pembuat mikropemproses yang lain yang turut terlibat dengan PC Tablet ini ialah VIA Technologies dan Transmeta Corp.
3. c. - Pada ketika ini hanya Windows XP sahaja yang menyokong PC Tablet.
4. a - Konsepnya adalah sama seperti Transcriber yang terdapat pada Pocket PC.
5. a - Ini adalah kerana ia menggunakan konsep pengecaman penulisan.
6. b - Sebuah syarikat yang dikenali sebagai Momenta turut mengeluarkan PC yang menggunakan konsep yang sama dengan PC Tablet yang menggunakan sistem operasi Windows 3.1 pada tahun 1992. Walaubagaimanapun, ia tidak begitu popular kerana proses pengecaman terlalu perlahan dan tidak begitu tepat.
7. c - Standard tanpa wayar yang disokong oleh PC Tablet ialah 802.11 dan Bluetooth. PC Tablet lebih stabil berbanding dengan notebook apabila menggunakan standard tanpa wayar ini kerana PC Tablet direka khusus untuk digunakan tanpa menggunakan wayar.
8. c - Rujuk jawapan no.2.
     

 

| BACK |