Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

 

 
10 perkara untuk anda tahu sebelum membeli sistem komputer P4
1. Ketahui pilihan anda
Buat masa ini terdapat dua versi Pentium 4. Pertama, versi asal yang berfungsi di antara 1.5GHz hingga 2GHz dan muat dalam Socket 423 atau 478, bergantung kepada pengeluar. Kedua, versi terbaru yang juga dikenali sebagai Pentium 4 "A", berfungsi daripada 2.2GHZ ke atas dan muat dalam Socket 478 sahaja. Versi kedua Pentium 4 adalah lebih cekap dan menggunakan kuasa yang lebih rendah di samping menawarkan cache L2 sebanyak 512K. Dapatkan versi kedua jika boleh.
2. Suis soket
Pastikan yang papan induk (motherboard) yang komputer anda pakai itu serasi dengan jenis Pentium 4 yang anda gunakan. Terdapat dua jenis soket untuk Pentium 4 iaitu Socket 478 dan Socket 423.
3. Kaitan Memori
CPU Pentium mempunyai tiga jenis memori iaitu PC133, DDR, dan RDRAM. Anda hendaklah memilih jenis memori yang betul. PC133 adalah yang paling murah tetapi ia perlahan. Untuk mendapatkan kuasa Pentium 4 yang sebenar anda boleh gunakan RDRAM dan dapatkan papan induk dengan cipset Intel 850. Jika anda mahu menggunakan Pentium 4 versi pertama anda boleh dapatkan memori DDR yang menggunakan papan induk dengan cipset Intel 845 DDR atau VIA P4X266A. DDR adalah lebih murah daripada RDRAM dan menawarkan kuasa yang serupa.

4. Pasangan sesuai
Jika anda gunakan RDRAM pastikan yang anda menggunakan cipset 850 dengan dua saluran yang memerlukan anda memenuhi memori dalam pasangan. Anda hendaklah mengisi dua slot RIMM dengan modul yang mempunyai kelajuan dan kapasiti yang serupa. Rujuk kepada buku panduan papan induk anda cara untuk mengisi slot RIMM.


 
5. Palam sahaja
Oleh kerana Pentium 4 memerlukan kuasa yang lebih, dengan itu Intel telah menggunakan sebuah palam segiempat untuk memuatkan CPU. Pastikan yang kotak papan induk anda ada tulisan "Pentium 4 compatible" (serasi Pentium 4) atau "ATX12V." Hampir semua pembekal kuasa P4 hendaklah mampu membekalkan kuasa sekurang-kurangnya 350 watt.
 
6. Kenalilah
Intel telah memperkenalkan P4 pada January 2001, penyahhaba (heatsink) CPU memerlukan kekisi komputer (computer casing) dengan empat lubang skru. Pastikan yang kekisi anda boleh memuatkan papan induk dan penyahhabanya sekali. Jika anda gunakan CPU Socket 423 Pentium 4 pastikan yang kekisinya serasi. CPU Pentium 4 Socket 478 menggunakan penyahhaba Pentium 4 plastik yang boleh dilekatkan pada CPU dan papan induk.
7. Berhati-hati
Pastikan yang cipset papan induk anda memuatkan pemacu (driver) cipset sebaik sahaja anda memuatkan OS. Jika pemacu ini tidak berfungsi maka komputer anda secara keseluruhannya tidak akan berfungsi dengan baik.
 
8. Tingkatkan kelajuan
Jika anda menggunakan cipset Intel 850, 845, atau 845-DDR, anda mempunyai dua pilihan untuk pemacu IDE iaitu pemacu standard Ultra DMA atau pemacu Intel Application Accelerator (IAA) yang terkini. IAA adalah pemacu UDMA untuk cipset Intel siri 800. IAA mampu meningkatkan keupayaan Pentium 4 semasa capaian data sebanyak 58 peratus dan meningkatkan keupayaan storan melebihi 137GB. Gunakan pemacu-pemacu ini.
 
9. Versi B
Pentium 4 "B" masih misteri di mana ia dikatakan mempunyai sistem bas yang tinggi iaitu sehingga empat kali 133MHz. Intel tidak mengesahkan kehadiran CPU ini. Dengan itu jangan tunggu gunakan apa yang ada sekarang, jika anda masih mahu tunggu lebih baik tunggu untuk Pentium 5 atau 6 atau 7.
 
10. Lawan AMD
Jika anda menjadi pengguna Pentium 4, anda pasti akan diusik oleh pengguna AMD. Yang anda perlu tahu bahawa P4 adalah lebih laju daripada Athlon dan ia lebih serasi dengan perisian atau perkakasan yang ada di pasaran.

| BACK |