Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

LATAR BELAKANG SEKOLAH


Taraf : Gred A (Sekolah Harian Luar Bandar)

Pada tahun 1953, sebuah sekolah aliran Inggeris telah ditubuhkan di Kuala Klawang dalam Daerah Jelebu. Sekolah tersebut diberi nama Goverment English (Primary) School dengan bilangan pelajar seramai lebih kurang 230 orang. Bangunan sekolah pada masa itu ialah bekas berek askar Gurkha yang berkhidmat dalam tentera British.

Pada tahun 1956, pendidikan peringkat menengah telah dimulakan di sekolah ini di bawah Guru Besar bernama J.A. Luis. Pada tahun 1960,nama sekolah ini telah ditukar kepada Sekolah Menengah Undang Jelebu. Sekolah rendah dan sekolah menengah diurus secara berasingan oleh dua pentadbir yang berlainan. Sekolah rendah terus kekal di tapak dan bangunan asal, manakala sekolah menengah berpindah ke tempat dan bangunan baru yang siap dibina berhadapan dengan sekolah lama.

Menjelang tahun 1964, sebanyak 10 kelas aliran Inggeris dari tingkatan 1 hingga lima dan empat kelas aliran Melayu tingkatan satu hingga tiga diwujudkan. Pada tahun 1968, pelajar aliran Melayu berpindah pula ke sekolah yang baru iaitu Sekolah Kebangsaan Bandar Tinggi (kini Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Undang Musa Al-Haj, Bandar Tinggi, Jelebu).

Sekolah Menengah Kebangsaan Undang Jelebu telah berpindah ke kompleks yang baru sekarang ini di Pekan Petaling, Jelebu pada tahun 1982. Bangunan lama Sekolah Menengah Kebangsaan Undang Jelebu di Kuala Klawang dahulu telah diambil alih sepenuhnya oleh Sekolah Rendah Kebangsaan Undang Jelebu.

Keluasan                       : 25 ekar

Sidang Persekolahan  : Pagi sahaja

Jumlah Pelajar            : 1002 orang

Staf Akademik            : 61 orang

Staf Sokongan            : 20 orang