FALSAFAH SEKOLAH
Setiap insan Berpotensi menjadi insan kamil melalui pendidikan berkualiti.
MOTTO SEKOLAH
Ilmu Berkuasa
WAWASAN SEKOLAH
Sentiasa menjadi sekolah yang cemerlang dan terbilang, berdaya saing, berdaya tahan, beriltizam, dan mengamalkan budaya positif sebagai asas mencapai kejayaan.
MISI SEKOLAH
Merancang dan melaksanakan perancangan strategik peningkatan prestasi akademik tahun semasa dan jangka panjang.
Melaksanakan ujian dan penilaian bulanan seragam dengan lebih kerap.
Melaksanakan sistem penilaian pelajar melalui kaedah himpunan purata gred mata (CGPA).
Menggerakkan dengan lebih giat unit 3K melalui penglibatan setiap warga sekolah.
Memberi latihan dan kursus kepada pelajar dan staf dalam pelbagai bidang bagi meningkatkan kualiti pendidikan.
Mewujudkan iklim sekolah yang aman, mesra, selamat, dan kondusif untuk pembelajaran.
Menyediakan pusat kebajikan pelajar dan kompleks kokurikulum sekolah, hubungan akrab dengan segenap lapisan masyarakat.