TANGISAN MENGIRINGI
PERPISAHAN
Ibnu Al-Mubarak telah berjumpa dengan
seorang yang jahat pekerti dan rendah budinya dalam satu perjalanan. Namun
dia terus pergaulinya dan berjalan bersamanya, walaupun terpaksa menanggung
kesabaran atas pekertinya yang kurang menyenangkan itu.
Detik berpisah akhirnya tiba. Ibu
Mubarak menjadi sebak dan menangis. Apabila ditanya kenapa dia menangis,
dia menerangkan "Aku menangis kerana masih sayang kepadanya. Aku terpaksa
berpisah dengannya dalam keadaan dia belum dapat berpisah dengan kelakuannya
yang buruk itu."
MORAL &
IKTIBAR
-
Buatlah kawan dengan siapa saja asalkan
bertujuan untuk memperbaiki hubungan silaturahim serta mendekatkan diri
kepada Allah
-
Bersabar dalam pergaulan suatu kebajikan.
Berusaha memperbaiki akhlak kawan satu kebajikan yang lain.
-
Mencari kawan mudah tetapi mencari kawan
yang seia dan sekata amat sukar
-
Perbaiki hubungan sesama manusia (hablum-minan-nas)
di samping perbaiki hubungan dengan Allah (hablum-mina-Allah)
-
Dua sahabat yang menangis lantaran berpisah
kerana Allah akan dinaungi Arasy pada hari yang tiada naungan kecuali naungannya.
-
Jangan mamandang keji terhadap seseorang
kerana akhlaknya tapi bersimpatilah di samping cuba untuk mengubah kelakuannya
-
Berusaha dalam dakwah adalah tanggungjawab
kita tetapi pemberian taufiq dan hidayat adalah di tangan Allah
Berkawan dengan orang yang jahat
akhlak adalah sebagai satu cara untuk menguji diri sejauh mana kesabaran
dan kesediaan kita untuk memaafkannya.
|