A'KUM W.B.T & SALAM BICARA,
Selayang pandang,selaut kasih saya tujukan buat anda yang sudi meluangkan
masa untuk sama-sama menjelajah laman web ini untuk sama-sama
mendekati,berkenalan dan berkongsi suka duka hidup "BINTANG-BINTANG 5 SAINS
1/2003" ini.
Terlebih dahulu terima kasih daun keladi buat saudara Syuhairie kerana
memberi ruang kesempatan untuk saya melahirkan rasa hati saya terhadap
kelahiran laman web ini.Sebelum saya terlanjur bicara,ingin saya mengucapkan
syabas dan melahirkan rasa gembira buat saudara Syuhairie atas usaha
gigihnya mereka laman web ini.Tidak lupa juga buat kroni-kroninya yang
sama-sama mengembleng tenaga untuk menghasilkan satu laman web yang cukup
mantap & hebat sekali.Buat individu-individu yang turut sama membantu dalam
menyumbangkan material-material,kerjasama anda sangat dihargai dan hanya
ucapan terima kasih yang mampu diberikan.
Sesungguhnya,kelahiran laman ini mampu mengungkap kembali segala
nostalgia,segala memori yang telah lama tersimpul rapi di"kotak ingatan"
kita yang sarat dengan lakaran senario kehidupan "BINTANG-BINTANG 5 SAINS
1/2003".Apatah lagi,laman ini bakal menjadi "jambatan" yang menghubungkan 2
individu yang mungkin terpisah lama @ menjadi "tali pengikat persahabatan"
yang diharap akan terus berkekalan ke akhir hayat.
Harapan saya,semoga laman web ini bakal menjadi medan kepada keutuhan
persahabatan "BINTANG-BINTANG 5 SAINS 1/2003" dan dapat kita manfaatkan
bersama sebaik mungkin.Semoga usaha murni ini direstui Illahi.Apa yang
pasti,segala yang terkandung dalam laman web ini,bukanlah satu cerekarama
sebaliknya adalah suatu senario yang menjadi lakaran kepada sebuah
kehidupan.Akhir kata,syabas dan tahniah sekali lagi buat saudara Syuhairie
dan semoga kalian ceria selalu disamping insan tersayang.
"THERE IS NO MORE BEAUTIFUL LIFE THAN THAT OF A STUDENT"
"FRIENDSHIP ARE FRAGILE THINGS AND REQUIRE AS MUCH CARE IN HANDLING AS ANY
OTHER FRAGILE AND PRECIOUS THING."
Salam Sayang,
-SHOLIHIN- sHoEL@AndAs