Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

RAG 132 PENGANTAR ALAM BINA DAN PENEMPATAN MANUSIA

Apakah ertinya sebagai warganya negara bersekutu yang bertambah mutu?

globalisasi bermaksud dunia tanpa sempadan.Untuk menghadapi cabaran globalisasi,sesuatu negara haruslah mempunyai rakyat yang bersatu padu,mawujudkan "dunia tanpa sempadan" dalam negara itu terdahulu.Negara bersekutu bermaksud gabung.Malaysia merupakan sebuah negara bersekutu. Negeri-negeri bersekutu telah bergabung untuk mencapai tujuan tertentu.Sebuah negara bersekutu mempuntai kerajaan pusat dan kerajaan negeri dengan hak masing-masing. Menurut sistem bersekutu, negeri-negeri yang bergabung telah bersetuju untuk menyerahkan sebahagian daripada kuasa mutlaknya kepada kerajaan pusat iaitu kerajaan bersekutu pengabungan didorong oleh faktor keselamatan ataupun kepentingan ekonomi. British ingin menubuhkan Malayan Union, tetapi rancangan ini ditentang oleh kaum Melayu di bawah UMNO. Kerajaan British membubarkan Malayan Union dan digantikan oleh persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948. Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 menjamin hak istimewa orang Melayu serta kepentingan kaum lain.

Dalam globalisasi ini, perpaduan antara kaum yang marupakan kekuatan yang memajukan negara adalah amat membantu. Dengan kekuatan yang menambah keyakinan, cabaran globalisasi dapat diharungi. Setelah negara bersekutu ditubuhkan, pengabungan negeri dilakukan, begitu juga dengan kaum-kaum di Tanah Melayu. Namun, masih ada masalah yang wujud yang masih mengasingkan antara kaum

Secara mudah, asas perpaduan kaum ialah satu kumpulan etnik yang mengamalkan bahasa, kebudayaan dan agama yang sama serta tinggal dalam satu kawasan yang bersempadankan keadaan alam tertentu. Pada masa dahulu kemudahan perhubungan dan perjalanan sangat terhad, apa yang disebut bangsa itu hanyalah merupakan lanjutan rangkaian suku-kaum. Rangkaian suku-kaum ini pula adalah lanjutan rangkaian keluarga. Faktor yang manghadkannya ialah sempadan ala, samada jarak, gunung-ganang, laut ataupun sungai. Di dalam kawasan yang tertentu itu suku-suku ini bersatu semasa aman atau perang melalui perkembangan satu bahasa, kebudayaan dan agama yang sama, lalu berpadu manjadi sebuah negara. Rasa kesetiaan dan perpaduan di dalam sesuatu negara timbul oleh kerana kebolehan untuk memahami satu bahasa, kebudayaan dan agama yang sama. Apabila lain-lain kumpulan kaum yang berlainan kebudayaan dan sebagai bertembung, maka timbullah pertikaian kerana ketiadaan rasa saling mengerti.

Pertubuhan persekutuan telah menyediakan asas perpaduan iaitu menetapkan bahasa rasmi iaitu bahasa melayu. Dari pelbagai latar belakang manusia ini perpaduan dibina terutama sekali berdasarkan bahasa. Contohnya Amerika Syarikat menghadapi kebanjiran pendatang asing akhirnya berjaya mencapai perpaduan kerana pendatang asing menerima bahasa rasmi dengan sepenuhnya.

Jadi, sebagai warganegara Malaysia, adalah tanggungjawab kita untuk mewujudkan perpaduan di mana asas perpaduan telah disediakan melalui penubuhan persekutuan. Kita hendaklah mencapai persefahaman, persetujuan dan titik pertemuan ke arah perpaduan. Kita haruslah mangarahkan semua usaha menuju kepada titik-titik pertemuan ini. Salah satu caranya ialah melalui roses penyerapan budaya secara semulajadi dan tanpa paksaan yang berlaku akibat daripada pertembungan berbagai kebudayaan. Dalam konteks Malaysia, asimilasi budaya pelbagai kaum telah, sedang dan akan terus berlaku. Rakyat harus mempunyai sifat bersih, cekap dan amanah, di mana sebagai sikap murni. Hal ini meyebabkan semakin luaslah titik pertemuan antara kaum. Titik pertemuan yang manjadi nilai hidup bersama, yakni budaya masyarakat yang menginginkan kebaikan.

Jadi, titik pertemuan adalah kunci untuk mencapai matlamat terpenting negara, iaitu penyatuan melalui keperibadian kebangsaan yang jitu.

Nama:OOI JIIN YUAN No. Matrik: 75996/03

Thank you for visiting my page at Angelfire. Please come back and visit again!

Email: quietcircle@yahoo.com