Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

AYAT AL-QURAN TIDAK HANGUS

masjid terbakar

al-quran tidak hangus ayat tidak hangus

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis - Dengan kebesaran Allah s.w.t sebuah jam dinding yang berlatar belakangkan ayat suci Al-Quran (gambar) selamat daripada dijilat api dalam satu kebakaran pagi tadi.

Kebakaran yang berlaku di salah sebuah rumah di Kampong Perumahan Rakyat Jati Tungku, Gadong, itu mengejutkan penduduk kira-kira pukul 9.30 pagi.

Sebanyak enam jentera bomba dikejarkan ke tempat kejadian. Mereka berjaya mengawal kebakaran itu daripada merebak.

Walaupun pada dasarnya jam dinding tersebut diperbuat daripada bahan aluminium namun dengan kebesaran Allah, jam dinding yang tertera tulisan nama Allah dan Nabi Muhammad s.a.w. serta ayat suci Al-Quran itu masih dalam keadaan baik.

Ini jelas membuktikan kebenaran agama Islam yang bawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. untuk disebarkan kepada seluruh warga dunia tanpa mengira bangsa dan keturunan.

Bukan setakat itu, kemuliaan dan keagungan nama tersebut tetap terpelihara hingga ke akhir zaman, seperti yang disabdakan oleh junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

 

 

 

previous  menu  next

HakciptaŠjustlook.com, 2003.