Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

(CARA CARA HENDAK MEMFORMAT HARD DISK)


    LANGKAH-LANGKAH

  1. Pertama sekali sebelum hidupkan komputer, masukkan disket start_up disk 98 kedalam floppy drive. Selepas itu barulah hidupkan komputer.
  2. Biarkan komputer itu berfungsi dan membaca disket start_up disk 98. Tunggu sehingga keluarnya perkataan A:/>
  3. Taip command (arahan) Format c:/u:/v/s pada a:/ seperti di bawah dan tekan button ENTER yang terdapat pada keybord.
  4. Format merupakan salah satu program yang tedapat pada disket start_up disk98 Format bermaksud mengosongkan data-data di dalam Hard Disk dengan menggunakan disket. satu lagi cara untuk memformat hard disk iaitu memformat melalui BIOS setup. Tetapi untuk BIOS yang terkini, program tersebut tidak digunakan lagi kerana proses yang diambil untuk memformat melalui BIOS, sangatlah lama dimana terpaksa mengambil masa sehari untuk menyiapkannya. ini disebabkan program tersebut memformat satu demi satu. Ini dipanggil Low Level Format. sekiranya anda tidak mahu membazirkan masa, anda lakukan cara format menggunakan disket start-up disk98.
  5. apabila anda menaip command tersebut, anda akan deberi amaran bahawa semua data-data yang terdapat pada Drive C, akan hilang. adakah ingin melaksanakannya. pengarang sememangnya akan menjawab Ya kerana kerana itulah tujuan anda memformat hard disk.
  6. kemudian memproses memformat bermula dan proses mestilah sampau 100%
  7. Didalam proses tersebut, sekiranya anda menggunakan hard disk yang lama mungkin Hard Disk tersebut ada Bad Cluster.
  8. sekiranya berlakunya invalid media semasa proses memformat, itu bermaksud Hard Disk tersebut telah mengalami kerosakan yang teruk pada Hard Disk tersebut dan ia tidak boleh dipakai lagi. Walaupun anda mencuba menaggunakan Low Level Forrmat. Kemungkinan akan berlaku `hang` semasa anda sedang melakukan proses memformat menggunakan Low Level Format.
  9. Setelah siap proses tersebut, anda diminta meletakkan nama `Volume Label`. hanya 11 perkataan sahaja yang dapat anda taip. Simbol tidak akan dibenarkan masuk, hanya perkataan sahaja.