Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

Sistem Operasian UNIX

   Pendahuluan

Sistem operasian UNIX dianggap sebagai sistem operasian yang universal kerana ia disokong oleh hampir kesemua sistem komputer walaupun mempunyai nama yang berbeza seperti:

 

            AIX                sistem komputer IBM,

            ULTRIX         sistem komputer DIGITAL,

            HP-IX            sistem komputer HP,

 

sementara kebanyakan komputer-komputer yang lain menggunakan UNIX 4.2BSD atau UNIX System V.

 

Selain dari itu, perlu juga diingat di sini akan terdapatnya beberapa cengkerang (shell) dalam sistem operasian UNIX ini seperti Bourne shell, c shell dan t shell.  Di antara shell-shell ini, c shell-lah  yang paling lazim digunakan.

 

  Memulakan Sesi

  Seperti dalam sistem operasian multi-pengguna yang lain, sebelum seseorang pengguna menggunakan sistem komputer ini, ia perlu memberikan id pengguna (user id) dan katalaluan (password)nya terlebih dahulu. Rajah 0.1 memberikan contoh permulaan sesi:-

login: kbj

Password:

Last login: Wed May 11 10:32:53 from exl316

SunOS Release 4.1.3 (GENERIC) #2: Wed Apr 28 16:08:57 SST 1993

Return-Path: <MAILER-DAEMOYou have mail.

kbj @ vlsi>

Seperti biasa katalaluan yang dimasukkan tidak ditunjukkan di paparan, sementara kbj @ vlsi> hanyalah merupakan prompt yang digunakan.  Prompt ini boleh diubah mengikut selera pengguna.

 

         Arahan-arahan UNIX

  Arahan-arahan asas yang terdapat dalam UNIX dan DOS tidak banyak berbeza.  Jadual 0.1 memberikan kesetaraan arahan antara dua sistem operasian ini. Satu perbezaan yang jelas di antara kedua-dua sistem operasian ini adalah penggunaan "\" dalam DOS dan "/" dalam UNIX.

Contoh:

           cd  \tc\bin            tukar direktori ke \tc\bin dalam DOS

           cd  /tc/bin            tukar direktori ke /tc/bin dalam UNIX