Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

[PERKAKASAN] [JENIS RANGKAIAN] [TOPOLOGI] [SISTEM PENGOPERASIAN] [KOMUNIKASI] [PERISIAN APLIKASI] [PROTOKOL] [KEBAIKAN INTERNET] [PERISIAN EDITOR] [WEB BROWSER] [KOMPONEN] [KESAN PENGGUNAAN INTERNET]

 

PERISIAN APLIKASI

Perisian E-Mel
Kandungan e-mel dikendalikan oleh perisian e-mel. Terdapat banyak jenis perisian e-mel yang boleh digunakan. Jenis yang anda gunakan bergantung kepada banyak faktor, yang paling utama ialah jenis sistem pengoperasian yang digunakan. Jika anda mengguna sistem pengoperasian yang mempunyai kebolehan rangkaian dalaman (seperti UNIX), maka perisian e-mel telah tersedia dalam sistem pengoperasian tersebut. Sebaliknya, jika perisian e-mel itu adalah salah satu daripada fungsi yang ditambah kepada sistem pengoperasian, maka e-mel itu merupakan atur cara yang ditambah.

 Sekarang ini melunsuri World Wide Web adalah satu kemestian kepada pengguna Internet. Justru itu, pelayar seperti Netscape Communicator dan Internet Explorer telah menyediakan kemudahan e-mel yang diletakkan bersama-sama dalam sistem mereka.