Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

KOMUNIKASI BERASASKAN TEKS  

Mel Elektronik atau E-Mel merupakan mel yang dihantar secara elektronik, khasnya menerusi system komputer. E-Mel hampir sama dengan mel yang biasa Cuma ianya tidak memerlukan penggunaan setem bagi tujuan penghantaran.

            Perbezaan di antara e-mel dengan mel secara tradisi ialah proses penghantaran mel menerusi teknologi elektronik adalah lebih pantas dan lebih murah. Proses surat-menyurat dapat dilakukan dalam masa yang lebih singkat dan murah. Proses surat-menyurat dapat dilakukan dalam masa beberapa saat sahaja sebelum e-mel yang dihantar boleh diterima oleh penerima walau di penghujung dunia mana mereka berada. Seorang pengguna juga boleh menghantar salinan atau menyertakan lampiran dengan mel elektronik.

           Mel elektronik bukan sahaja terhad kepada penghantaran teks      malah berupaya menghantar gambar, grafik, video, audio, animasi dan sebagainya. Satu mel elektronik yang dihantar kepada satu alamat mel elektronik yang diketahui boleh terus dihantar kepada seorang pengguna mahupun kepada beberapa orang pengguna secara serentak. Justeru itu, mesej yang sama boleh disalurkan kepada ramai pengguna internet yang lain tanpa perlu menyalin semulamel tersebut.

       Komunikasi menerusi mel elektonik juga membolehkan seseorang itu berhubung dengan orang lain dengan lebih cepat dan mudah. Mel elektronik juga membolejkan pengguna berhubung dengan pengguna lainsama ada dengan kehadirannya ataupun tidak, di dalam atau di luar negara.

      Mel eletronik adalah satu perkhidmatan internet yang popular dan                   memudahkan pengguna berkomunikasi antara satu sama lain. Setiap pesanan       yang dihantar, akan melibatkan kos yang amat minimum . Pesanan dan                 pertanyaan boleh ditulis bila-bila masa dan dihantar dari rumah atau pejabat dan   akan sampai kepada penerima dalam masa yang singkat. Selain daripada bentuk  teks, penghantaran melalui e-mail boleh melibatkan imej grafik dan suara ( voice mail ). Penghantaran maklumat tersebut boleh dilakukan sama ada dari seorang ke seorang atau dari seorang kepada ramai, yakni se kumpulan penerima secara  serentak. Seorang guru atau pensyarah boleh menerima dan memeriksa hasil tugasan pelajarnya melalui kemudahan e-mail.

·        Perbincangan Dalam Kumpulan (News Group).

Satu lagi penggunaan internet ialah untuk mengambil bahagian di dalam kumpulan perbincangan (News Group). Terdapat banyak kumpulan perbincangan elektronik di merata dunia.

Semasa dalam perbincangan elektronik, seseorang yang terlibat boleh memainkan peranan yang pasif ataupun aktif. Aktif bererti mereka akan membaca mesej yang diterima daripada kumpulan perbincangan dan bertindak ke atasnya. Pasif pula bererti seseorang itu akan membaca kiriman daripada kumpulan perbincanagn tetapi tidak bertindakbalas kepadanya.

Di internet, kita boleh membaca atau menyertai perbincangan tentang pelbagai subjek mengikut minat dan cita rasa kita. Kumpulan perbincangan secara asasnya adalah aplikasi dan lanjutan kepada penggunaan e-mail secara berkesan. Komuniti-komuniti yang terbentuk secara elektronik yang mempunyai minat yang sama membolehkan ahli-ahli yang menyertai kumpulan perbincangan berkongsi pendapat dan membantu di antara satu sama lain tanpa batasan sempadan geografi. Terdapat beribu-ribu kumpulan diskusi yang boleh disertai oleh pendidik mengikut minat mereka.

 

·        Internet Relay Chat (IRC)

Salah satu cara berkomunikasi paling cepat yang dapat disertai ialah kumpulan perbualan yang terdapat dalam  internet. Internet Relay Chat tidaklah merujuk kepada sekumpulan orang berbual sesama sendiri dan mereka dapat mendengar suara masing-masing. Sebaliknya, IRC bermakna kita berbual dengan orang lain dengan menggunakan papan kekunci.  Kita boleh berbual serentak dengan ramai orang di seluruh dunia. Beribu-ribu orang di seluruh dunia berbincang tentang berbagai tajuk setiap masa melalui IRC. Setiap tajuk yang berlainan dinamai “saluran”.

IRC sebenarnya berdasarkan model pelayan pelanggan. Ini bermakna, perisian pelanggan dan pelayan diperlukan untuk melihatnya. Terdapat banyak perisian pelanggan IRC untuk pelbagai komputer yang berlainan. Antara yang terkenal ialah mIRC ( http://www.mirc.com ), netmeeting, ICQ ( http://www.mirabilis.com ), dan lain-lain lagi.

Perisian pelanggan IRC akan berkomunikasi dengan pelayan IRC dalam Internet. Kita log masuk pelayan dengan menggunakan perisian pelanggan dan kemudian pilihlah saluran yang diminati. Melalui kemudahan yang disediakan oleh beberapa web server ( contohnya Xoom – http://www.xoom.com ) , kita berpeluang membina ruang perbualan sendiri. Ruang-ruang perbualan ini boleh diubahsuai untuk digunakan sebagai bilik mesyuarat siber.