
[PERKAKASAN] [JENIS RANGKAIAN] [TOPOLOGI] [SISTEM PENGOPERASIAN] [KOMUNIKASI] [PERISIAN APLIKASI] [PROTOKOL] [KEBAIKAN INTERNET] [PERISIAN EDITOR] [WEB BROWSER] [KOMPONEN] [KESAN PENGGUNAAN INTERNET]
KEBAIKAN INTERNET
Pengenalan
Penggunaan teknologi
komputer dalam bidang pendidikan bukanlah sesuatu yang baru, malah telah lama
diperkenalkan di negara-negara maju seperti Amerika dan Eropah sejak awal tahun
60 an lagi.
Aspek teknologi telah digabungkan dalam kurikulum sekolah sebagai satu daya usaha ke arah menyemai dan memupuk minat serta sikap yang positif terhadap perkembangan teknologi. Budaya persekolahan seharusnya diubah daripada sesuatu yang berdasarkan memori kepada yang berpengetahuan, berpemikiran, kreatif dan penyayang dengan menggunakan teknologi terkini ( KPM, 1997 ). Atas alasan inilah pihak kerajaan melalui Kementerian Pendidikan berhasrat untuk mengujudkan Sekolah Bestari yang sekali gus bertindak mengisi agenda perancangan dan pelaksanaan Koridor Raya Multimedia ( Multimedia Super Corridor atau MSC ). Pelaksanaan Sekolah Bestari akan membuka ruang seluas-luasnya kepada teknologi komputer dan internet, yang akan membolehkan fleksibiliti dan kepelbagaian dibina dalam sistem pendidikan (KPM, 1997). Penggunaan dan perkembangan internet yang meluas dalam bidang perniagaan dan komunikasi, akan memudahkan pelaksanaannya dalam bidang pendidikan.
Peranan komputer dan internet dalam pendidikan
Penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran matematik dapat memperkembang dan memperkayakan lagi tajuk yang diajar. Lebih sedekad yang lalu, NCTM (National Council of Teachers' of Mathematics, 1980) mencadangkan supaya pengajaran matematik mengambil peluang luas yang ditawarkan oleh komputer. Cockcroft (1982) menyarankan bahawa penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran matematik bukan sahaja boleh memperbaiki kualiti pengajaran matematik malah penggunaan komputer juga boleh merubah kepentingan sesuatu tajuk dalam silibus matematik. Keadaan yang sama juga mungkin wujud dalam pengajaran dan pembelajaran matapelajaran lain di sekolah. Aktiviti penyelesaian masalah adalah bahagian terpenting dalam pendidikan matematik. Pencapaian yang tinggi dalam matematik tidak bermakna jika seseorang pelajar tidak mampu melakukan proses penyelesaian masalah. Laporan Cockcroft (1982) menegaskan bahawa masalah matematik harus diterjemahkan kepada sebut an dan bahasa matematik sebelum ianya diselesaikan. Langkah terjemahan seperti ini memerlukan fahaman yang lengkap terhadap struktur konsep yang terkandung dalam masalah tersebut. Keadaan ini telah menyebabkan kesukaran pembelajaran di kalangan setengah-setengah pelajar. Masalah dan kesukaran ini boleh diatasi melalui penggunaan komputer ( Lim, 1989 ).
Dalam beberapa kajian yang telah dijalankan (Funkhouser, 1993; Henderson and Landersman, 1992; Chazan, 1988; Mc Coy, 1991; Al Ghamdi, 1987) didapati bahawa:
Penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran melibatkan beberapa aplikasi, seperti spreadsheet, multimedia dan internet. Peranan dan penggunaan internet telah mula dikenalpasti dapat membantu pengurusan dalam sistem pendidikan negara khususnya dalam pelaksanaan proses pengajaran pembelajaran di dalam dan luar bilik darjah yang secara langsung melibatkan para pendidik, pelajar dan ibubapa serta ahli masyarakat yang prihatin.
Kajian oleh Christie (1996) terhadap penggunaan mel eletronik (e-mail) dan penerokaan maklumat di kalangan para pelajar sekolah rendah mendapati bahawa, selain daripada semangat belajar secara kumpulan (cooperative learning), para pelajar juga semakin mesra dengan alat teknologi ini dan sentiasa berusaha untuk meneroka 'alam yang baru ditemui' (virtual reality). Mereka sentiasa menemui maklumat baru dan bahan-bahan yang amat menarik perhatian. Nolan dan Martin (1994) menyatakan bahawa pembelajaran dalam suasana baru seperti menggunakan internet di sekolah telah membawa banyak perubahan kepada pelajar. Pelajar didapati lebih mahir membuat kajian dan lebih berfikiran secara kritikal. Walau bagaimanapun jurang perbezaan sosial ekonomi di kalangan pelajar harus diambil kira semasa pendedahan teknologi komputer dan internet diberikan (Bier et. al, 1996).
Kang (1995) dalam kajiannya untuk menilai kesan aktiviti mel
eletronik ke atas sikap pelajar terhadap internet telah mendapati bahawa para
pelajar amat kagum dan tertarik kepada internet. Mesej yang dihantar sejauh
25,000 batu jauhnya boleh sampai dalam masa beberapa minit sahaja.
Internet akan menjadi sebahagian dari sekolah bestari
menjelang Januari 1999 kelak. Telah pun diumumkan bahawa, semua sekolah menengah
akan mendapat akses ke internet menjelang tahun 2000. Kementerian Pendidikan
Integrasi internet dalam pendidikan
Internet atau ‘Internasional Network of Networks’ ialah
sebuah rangkaian gergasi komputer di peringkat antarabangsa (TMB, 1998) dan
merupakan cara komputer berkomunikasi antara satu sama lain ( Crumlish, 1996 ).
Ia mengandungi lebih daripada 50 ribu rangkaian komputer di seluruh dunia, lebih
daripada 6.6 juta komputer hos dan lebih daripada 50 juta pengguna dari lebih
daripada 160 buah negara (Zoraini, 1995). Dalam rangkaian Internet, terdapat
berbagai jenis bahan yang berjuta-juta bilangan dan sentiasa bertambah dari
sehari ke sehari. Bahan-bahan ini termasuklah artikel, imej grafik, perisian
komputer, video, audio, majalah, kertas persidangan, permainan, projek dan
sebagainya. Di dalam Internet terdapat lebih daripada 8 000 kumpulan diskusi
eletronik. Kumpulan ini mungkin terdiri daripada beberapa orang sehinggalah ke
beberapa ribu orang yang berbincang tentang perkara yang sama, termasuklah
matematik. Terdapat beberapa perkara penting yang perlu difahami oleh
para pendidik berhubung dengan penggunaan internet dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.
Pertama
Internet hanya akan bertindak sebagai sumber dan alat bantu dalam P&P . Aktiviti pembelajaran hendaklah dirancang dengan teliti oleh guru supaya internet dapat digunakan dengan berkesan.
Kedua
Komputer dan internet tidak mengubah peranan guru. Malah sebaliknya ,guru akan sentiasa berusaha untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka, khususnya dalam bidang IT. Ketrampilan dan keperibadian yang mulia akan tetap menjadi tunjang dan ikutan utama.
Ketiga
Penggunaan komputer dan internet dapat mengurangkan beban tugas guru dan murid di samping setiap kerja dapat dilakukan dengan kemas, teratur dan sistematik.
Keempat
Internet amat bermanfaat kepada guru dan murid serta ibubapa khususnya dalam menghadapi cabaran IT dan era globalisasi. Industri berasaskan maklumat yang akan mencorakkan kehidupan pada masa hadapan , perlu diberi perhatian sewajarnya oleh setiap ahli masyarakat, khususnya warga pendidik dan para ibubapa.
Internet telah menyediakan beberapa kemudahan, antaranya:
· E – mail (Mel Eletronik)
· Laman Web (WWW)
· Internet Relay Chat (IRC)
· Telnet
· Kumpulan Diskusi dan Berita
· File Transfer Protocal (FTP)
Semua
kemudahan di atas boleh dimanfaatkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Antara aktiviti yang boleh dilakukan oleh guru dengan mengunakan e-mail ialah (Zulkifli, 1998):
Antara aktiviti yang boleh dilakukan oleh pelajar melalui e-mail ialah:
Aktiviti-aktiviti seperti di atas akan memberi banyak faedah kepada para pelajar ( Zoraini, 1996):
Pelajar dapat meningkatkan kemahiran berfikir, kemahiran bahasa atau kemahiran berkomunikasi