Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

TOPOLOGI CINCIN

        Topologi cincin atau Token-Ring menghubungkan semua nod sebagai satu rantaian membulat seperti cincin. Mesej atau data akan dipindahkan secara turutan mengikut satu laluan yang sama di dalam cincin yang sama. Teknologi rangkaian ini mula digunakan oleh sistem IBM dengan menggunakan Kabel Type I dalam kategori Shielded Twisted Pair (STP).

        Setiap data yang melalui nod akan disemak lokasi penghantarannya. Sekiranya tidak sama dengan nod yang dilaluinya, ia akan diserahkan kepada nod yang seterusnya dan ini akan berterusan sehingga alamat penghantarannya sama dengan nod yang dilaluinya.

        Memandangkan data dipindahkan mengikut satu laluan yang sama secara turutan maka kemungkinan untuk berlakunya pelanggaran data seakan-akan sama dengan sistem rangkaian dan juga boleh dikeluarkan pada bila-bila masa tanpa menjejaskan keseluruhan sistem sacara langsung. Namun satu masalah yang timbul ialah sekiranya satu nod gagal berfungsi, keseluruhan sistem rangkaian kemungkinannya akan turut terjejas.

        Susunan nod dalam topologi ini juga secara fizikalnya adalah hampir sama seperti topologi bintang, cuma secara logikalnya adalah berbentuk cincin. Alat tambahan yang diperlukan dalam topologi ini dinamakan Multi Station Access Unit (MSAU). MSAU ini dipasang dalam satu rangkaian berbentuk cincin jika ianya lebih dari satu unit. Jika hanya satu unit saja digunakan maka secara fizikalnya topologi ini adalah sama dengan sambungan dalam bintang.