Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

TOPOLOGI BINTANG

    Topologi Bintang merupakan satu sistem rangkaian yang mana semua komputer atau peranti lain yang berkenaan disambungkan kepada satu sistem pengagihan pusat yang dikenali sebagai Hub atau Switch. Hub atau Switch bertanggungjawab untuk menguruskan rangkaian komputer tersebut. Semua mesej atau data dihantar kepada hub yang sebagai pusat kawalan bagi menelakkan perlanggaran daripada berlaku.

    Terdapat dua operasi yang digunakan oleh hub atau switch iaitu operasi penyaebaran (broadcast) dan operasi peralihan (switching). Dalam operasi penyebaran, hub atau switch akan membuat penghantaran data yang diterima daripada satu stesyen kepada semua laluan yang bersambung kepadanya. Dalam operasi peralihan pula, hub atau switch akan menyimpan data yang diterima dan menghantar data tersebut melalui laluan stesyen penerima sahaja.

    Setiap nod boleh disambungkan ke sistem rangkaian dan juga boleh dikeluarkan pada bila-bila masa tanpa menjejaskan keseluruhan sistem secar langsung. Tambahan lagi sekiranya salah satu nod tidak berfungsi, ianya juga tidak akan menjejaskan rangkaian komputer yang lain.

    Sebarang kerosakan sambungan di antara nod dengan hub juga tidak akan menjejaskan sistem secara keseluruhan tetapi sekiranya kerosakan berlaku pada hub, keseluruhan sistem akan turut terjejas. Kelemahan utama topologi ini ialah ianya memerlukan kos yang agak tinggi memandangkan setiap sistem yang dihubungkan kepadanya(komputer, pengimbas, pencetak dan sebagainya) memerlukan kabel yang tersendiri.

 

Kelebihan topologi bintang

Kekurangan topologi bintang